CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bapa Tidak Puas Rogol Anak Dua Kali!

19-5-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22279| Komen: 106

KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu.

Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam.

Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tykarib 19-5-2014 03:34 PM
Quote PenjualAPAD 19-5-2014 03:40 PM
betul ker orang kata, lelaki botak nie gatal?
Quote tumpanglalu74 19-5-2014 03:41 PM
tykarib posted on 19-5-2014 03:34 PM

Ade hati nak merogol anak sendiri.  Aku slalu pandang lelaki pendek dengan penuh musykil.  Tak tau kenape.

Quote namirulmukminin 19-5-2014 03:42 PM
Bodo punya "bapak haruan"... memalukan org ganu je... Patut bagi maksimum 20 tahun terus...
Quote Changa 19-5-2014 03:45 PM
akak syak ummah melayu sunni? ke syiah??
Quote ifanonline 19-5-2014 03:45 PM
ini semua salah ibunya
Quote damiqula 19-5-2014 03:46 PM
13 tahun n 10 kali sebatan je?kasi la sebat sampai mampos.
Quote amiraira 19-5-2014 03:50 PM
potong je bagi anjing mkn....
x layak jadi bapak pn.....
Quote jerukkedondong 19-5-2014 03:51 PM
setannnnnn
Quote kucingTomey 19-5-2014 03:51 PM
biar le dia.....dia rogol anak dia...bukan anak kita...saya yakin kalau kita tarbiyah si ayah..ayah akan berubah.....mesia belum bersedia
Quote mak_wa95 19-5-2014 03:53 PM
bunuh je....
Quote Badut.Sarkas 19-5-2014 03:53 PM
Changa posted on 19-5-2014 03:45 PM
akak syak ummah melayu sunni? ke syiah??

sudah tentu la syiah..gile ko sunni wat keje camni.. sunni baik tarak tipu punya worang..

pakcik tu juga telah terpengaruh ngan dakyah yahudi dan nasrani..
Quote _ejat_ 19-5-2014 03:54 PM
macam mana lah anak tu dah besar perangai tak serupa manusia . kalau bapak dah macam ni .
Quote AbukRokok 19-5-2014 03:58 PM
Abang botak di kepala
Adik botak dibawah xreti kontrol
Quote AbukRokok 19-5-2014 03:59 PM
Changa posted on 19-5-2014 03:45 PM
akak syak ummah melayu sunni? ke syiah??

segala yg buruk itu dari shia...segala yg baik semuanya dalam sunni
Quote AbukRokok 19-5-2014 04:00 PM
mgkin bapa dia adalah penganut ajaran sesat shia dan mereka sebenarnya melakukan nikah bermutah shia kan suka suki mutah mutah kan anak2 depa
Quote ida88 19-5-2014 04:00 PM
Tergamakla si bapak merosakkan idup anak die
Quote Changa 19-5-2014 04:00 PM
AbukRokok posted on 19-5-2014 03:59 PM
segala yg buruk itu dari shia...segala yg baik semuanya dalam sunni

akak syak kalau sunni pun sebenar nya syiah yg bertakiyah??
Quote matamata 19-5-2014 04:02 PM
Sebat anu 100 kali dgn lidi
tak pun tempelkan sambal cili satu hari suntuk.....baru ada akal sikit

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.097035 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top