CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Filem 'Abang Long Fadil', Yusof Haslam Kesali LPF

22-5-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20113| Komen: 98

Filem 'Abang Long Fadil', Yusof Haslam Kesali LPF
 

Yusof Haslam berharap pihak LPF lebih terbuka dalam menapis sesebuah filem tempatan.


PETALING JAYA: Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil  diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi.

Sedangkan banyak filem lain terutamanya karya antarabangsa yang lebih ganas tetapi diberi pula tontonan untuk golongan berumur 13 tahun ke atas (P13).

"Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak dapat ditonton oleh budak sekolah kerana klasifikasinya ialah PG18.

"Saya rasa sangat kecewa apabila LPF tidak terbuka dengan filem-filem Melayu, sebaliknya mereka lebih terbuka dengan filem luar negara.

"Sudahlah ia mendapat sembilan kali potongan, diberi pula had tontonan hanya untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas," katanya dengan nada kesal kepada mStar Online.

Tambah Yusof, pihak LPF sepatut lebih bersikap terbuka dalam menapis sesebuah filem tempatan kerana kebanyakkan filem Melayu sering ditapis sedangkan ia bukanlah babak yang boleh menjejaskan fikiran penonton.
Syafiq Yusof


Dalam pada itu Yusof berkata ia juga sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri filem negara tanpa sedar.

"Saya harap isu filem ditapis tanpa alasan relevan tidak berlaku lagi. Bukannya saya nak minta pihak LPF bersikap terbuka sehingga melanggar adat dan tatasusila budaya negara Timur.

"Kalau nak cakap filem Melayu boleh mengubah fikiran penonton ke arah perkara negatif, tak perlu susah-susah. Di laman sosial YouTube sendiri, video-video yang di muat naik lebih dasyat malah banyak berunsur lucah," tegasnya.

Abang Long Fadil  merupakan kesinambulangan filem KL Gangster berkonsepkan gangster komedi parodi menampilkan barisan pelakon Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Zizan Razak dan Harun Salim Bachik.

Filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil lakonan Zizan Razak mahu menjadi samseng sehebat Malik (Aaron) dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).

Selepas keluar daripada kumpulan gangster Shark, Fadil diminta untuk menawan Kampung Berani menjadi ketua gangster di kampung tersebut agar tidak dibunuh oleh Shark.

Abang Long Fadil  bakal ditayangkan di 81 pawagam bermula 29 Mei 2014.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 21-5-2014 03:21 PM
zizan nih mmg sesuwai watak bodo2 alang gini...
Quote maxim 21-5-2014 03:22 PM
trailer

[youtube]9_bfXMngC2A[/youtube]
Quote doubleA 21-5-2014 03:27 PM
zizan razak? sorry la, tapi  
Quote kucen_miang 21-5-2014 03:30 PM
cukup2 la buat citer pasal keganasan kesamsengan kegangsteran rempit ke hulu bohsia ke hilir ni. tak bawak apa2 kesedaran pun pada masyarakat jauh sekali membangkitkan moral value di kalangan remaja.
Quote kucen_miang 21-5-2014 03:32 PM
kaklehot posted on 21-5-2014 03:21 PM
zizan nih mmg sesuwai watak bodo2 alang gini...

sesuai ngan muka
Quote fifie_olin 21-5-2014 03:33 PM
cam best je...bli kt kt astro 1st je la
Quote ex-bantal.B 21-5-2014 03:35 PM
eh.. yusuf haslam tak tahu ke ada gak filem negara luar tak lepas di tayangkan di negara kita. contohnya filem indon the raid 2. mmg ganas betol filem ni wei..

indon kata kita dengki 1 filem ni tak nak ditayangkan. choi.. mrk tu baru dengki boikot semua terus produk kita.
Quote fiezameysekali 21-5-2014 03:45 PM
ala iols 17thun xley tgk laa
Quote sidewinder 21-5-2014 03:49 PM
cite lawak je pun.....sajer2 jer pun.....kalu nak compare cite dr syamsul pastu dr adik dia ni jauh lagi baik kot dgn cite ahmad idham...prof razak mamak tu....david teo....farid kamil tu....nak cite bg kesedaran tgk laa Tanah Kubur tu
Quote CikE 21-5-2014 03:51 PM
kaklehot posted on 21-5-2014 03:21 PM
zizan nih mmg sesuwai watak bodo2 alang gini...

zizan ada skrip bole la...kalo buat live melawak mesti kena ada partner utk backup...nanti dok lentur2 badan jer keje..
cukup la mr bean sorg aje yg karektor mcm tu..
Quote chaintea 21-5-2014 04:05 PM
ex-bantal.B posted on 21-5-2014 03:35 PM
eh.. yusuf haslam tak tahu ke ada gak filem negara luar tak lepas di tayangkan di negara kita. conto ...

the Raid pon aku dah seriau tgk bertetak berparang..

Raid 2 aku x sanggup..ganaih sgt..
Quote mzzenma 21-5-2014 04:05 PM
Lpf memang over sikit..tapi cerita2 mcm ni tak ada pun lagi bagus

Tapi dah aku x tengok cerita melayu so y bother
Quote mzzenma 21-5-2014 04:08 PM
chaintea posted on 21-5-2014 04:05 PM
the Raid pon aku dah seriau tgk bertetak berparang..

Raid 2 aku x sanggup..ganaih sgt..

Lahh cerita indon ka. Aku duk ingat cerita omputih.

Yang hero tu yang berlakon merantau ka?
Quote bedahmulutpuaka 21-5-2014 04:09 PM
kelako cerita ni..

zizan kalau dalam filem, lawak memang menjadi.. tgk jela, hantu bonceng dan bikers kental..kelakar hokeyy..

bila nak 'live' jer, dia ni cam harom sikit lawaknya..
Quote encikWawad 21-5-2014 04:17 PM
ala 18 pun akan laku - ramai je rempit keje 7e nanti akan berbondong2 g tengok
Quote chinta89 21-5-2014 04:18 PM
kucen_miang posted on 21-5-2014 03:30 PM
cukup2 la buat citer pasal keganasan kesamsengan kegangsteran rempit ke hulu bohsia ke hilir ni. tak ...

ak baru je nk komen mcm tu tp ko dah cakap dulu. mekasih
Quote rimau_manja 21-5-2014 04:35 PM
Edited by rimau_manja at 10-1-2023 08:11 PM

Edited
Edited
Quote mamaezah 21-5-2014 04:50 PM
alah datuk, dah kayaaaaa......rilek arrr
Quote dubuk 21-5-2014 04:59 PM
balik balik cerita gini

tak bosan ke

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063271 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top