CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Mahathir Puji Dyana Sofya

22-5-2014 12:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11970| Komen: 88

Anak Mahathir puji Dyana Sofya


Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satukenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.

2

Bagus

Marah

Terkejut
7

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 22-5-2014 10:19 AM
jangan la pulak ada macai cakap aku tetiba setuju dgn marina
sbb rasanye aku sejak dulu aku tak sorok yg aku ni pro marina and the gang

by the way.. girl power
Quote dino 22-5-2014 10:25 AM
atira posted on 22-5-2014 10:19 AM
jangan la pulak ada macai cakap aku tetiba setuju dgn marina
sbb rasanye aku sejak dulu aku ...

tp marina ni terlalu liberal.... klau di klgn PAS orthodok... paham2 je la pandangan diorg
Quote Knights 22-5-2014 10:27 AM
[youtube]MT6UDIruUkU[/youtube]

pernah tengok perjuangan Cut Nyak Dhien dalam mempertahankan kemerdekaan bangsa Aceh?

tengokah filem movie di atas

apa yang pasti, iktibar dari movie di atas, kita dapat simpulkan yang aceh jatuh ke tangan belanda pun sebab orang Aceh juga
ada pengkhianat dalam bangsa aceh yang menjual bangsa Aceh kepada Belanda

nak tahu siapa pengkhianat bangsa aceh?
lihat movie di atas minit 55.00

lihatlah dia
dia lah yang mengkhianat bangsa Aceh pada Belanda

sampaikan saat akhirnya, masih ketawa kerana dapat mengkhianati bangsa Aceh

sampaikan Cut Nyak Dhien berkata
"Ugama apakah kau ini, bikin malu sama kaum"

inilah pengkhianat bangsa

dan dalam movie di atas, kita mengenali seorang watak Belanda baik yang membantu perjuangan bangsa Aceh dengan membekalkan senjata senjata untuk bangsa Aceh... inilah "Belanda baik"



IKTIBAR DARI CERITA DI ATAS

dari cerita di atas, kita mengenali beberapa watak

i) Cut Nyak Dhien - memperjuangkan bangsa Aceh . samalah seperti UMNO yang sedang memperjuangkan bangsa Melayu sekarang
ii) Pengkhianat bangsa Aceh - samalah seperti watak Dyana Sofea sekarang, yang berjuang bersama sama DAP untuk merosakkan bangsa Melayu
iii) Watak Belanda Baik - samalah seperti Mah Su Keong, calon BN-Gerakan, yang membantu UMNO untuk memartabatkan bangsa Melayu seperti
                                   tidak menghalang peruntukan MARA, tidak mepersoalkan hak hak orang Melayu


jadikan sejarah Aceh sebagai pengajaran kepada kita semua

yang merosakkan bangsa Aceh adalah orang Aceh sendiri

jangan ulangi kesilapan aceh

jangan biarkan orang melayu sendiri merosakkan bangsa Melayu

tolaklah DYANA SOFEA DI TELUK INTAN!

Quote a_gen2 22-5-2014 10:28 AM
kalau ikut macai..Marina ni dah kena cop pengkhianat..

nasib baik tak hidup zaman Sultan Melaka..kalau tak Marina pun dihangkut UMNGOK utk dipancung..
Quote atira 22-5-2014 10:30 AM
dino posted on 22-5-2014 10:25 AM
tp marina ni terlalu liberal.... klau di klgn PAS orthodok... paham2 je la pandangan diorg

peduli hapa dgn pas orthodoks....
harap2 depa pupus cepat
Quote dino 22-5-2014 10:31 AM
atira posted on 22-5-2014 10:30 AM
peduli hapa dgn pas orthodoks....
harap2 depa pupus cepat

mcm lmbt la tira.... lmbt glgn pro nak naik...

Quote NIXAR 22-5-2014 10:32 AM
Marina boneka DAP


Quote atira 22-5-2014 10:32 AM
a_gen2 posted on 22-5-2014 10:28 AM
kalau ikut macai..Marina ni dah kena cop pengkhianat..

nasib baik tak hidup zaman Sultan Melaka.. ...

Marina pon tak hingin nak melayan macai2 politaik ni....

Quote atira 22-5-2014 10:33 AM
dino posted on 22-5-2014 10:31 AM
mcm lmbt la tira.... lmbt glgn pro nak naik...

lantak pi la dgn set ortodoks....
atleast profesional dalam PAS ramai... even belakang tabir je...
Quote atai 22-5-2014 10:35 AM
orang dekat malaysia ni dah tak kisah kot asalkan BN jatuh..pastu baru la nak berebut sesama sendiri nak buat kerajaaan..
Quote fcl29 22-5-2014 10:37 AM
Knights posted on 22-5-2014 10:27 AM
pernah tengok perjuangan Cut Nyak Dhien dalam mempertahankan kemerdekaan bangsa Aceh?

tengoka ...

tp kan.. kalo kita pulak.. sapa yg dulu2 jual tanah kat org cina.. jual mall kat spore eh.. bla bla bla
Quote atira 22-5-2014 10:38 AM
Knights posted on 22-5-2014 10:27 AM
pernah tengok perjuangan Cut Nyak Dhien dalam mempertahankan kemerdekaan bangsa Aceh?

tengoka ...

ye.. jadikan sejarah sebagai pengajaran
kita nyahkan umno pengkhianat dari bumi malaya
Quote finding 22-5-2014 10:39 AM
Berfikir, berkata-kata dan menulis...?
Hurmm......
Quote MelahJanda 22-5-2014 10:39 AM
aku ketinggalan ye
skang ni ramai tak suka pas? pas ortodoks?
ce citer sikit.
for me as long as ABU mak ok je
Quote hzln 22-5-2014 10:39 AM
penat cai buat karangan panjang2
korang bulih buat dunno mcm beliau tak wujud saja

Quote dino 22-5-2014 10:41 AM
atai posted on 22-5-2014 10:35 AM
orang dekat malaysia ni dah tak kisah kot asalkan BN jatuh..pastu baru la nak berebut sesama sendiri ...

dah keje merompak je.... org gile je tak kisah.....

Quote DTECCONAN 22-5-2014 10:41 AM
geng2 nak masuk neraka akan sokong juga geng masuk neraka ~ sekadar iklan
Quote atira 22-5-2014 10:42 AM
MelahJanda posted on 22-5-2014 10:39 AM
aku ketinggalan ye
skang ni ramai tak suka pas? pas ortodoks?
ce citer sikit.

mmg pon..
PAS caprut pon aku pakoh gak
tapi kutuk tetap kutuk maaaa
Quote tasha 22-5-2014 10:42 AM
dino posted on 22-5-2014 10:25 AM
tp marina ni terlalu liberal.... klau di klgn PAS orthodok... paham2 je la pandangan diorg

xyah tunggu orthodok...aku pun xsetuju dgn marina ni...
n pada aku xmembanggakan lansung dipuji marina...

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.203539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top