"Saya Tidak Pernah Tolak Hudud" - Dyana TELUK INTAN 22 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya mempertikai dakwaan beliau telah menolak hudud seperti yang beliau katakan sebelum ini. Beliau berkata beliau tidak pernah menolak hudud dan meminta untuk para hadirin yang hadir ceramah untuk membaca kenyataan beliau sebelum ini "Saya tidak pernah tolak hudud. Boleh baca kenyataan saya. Terima kasih," katanya ketika segera menyahut suara daripada hadirin yang hadir ke sesi ceramah di Selebak Luar di sini, malam tadi. Pada 19 Mei lalu, Dyana tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut. Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya. PAS sebelum ini berhasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan. Bagaimanapun hasrat itu ditangguh bagi membolehkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan seperti yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
|
highcastle posted on 23-5-2014 08:04 AM
Aku rasa Dyana ni belum matang lah ngan politik Malaysia.. Aku dok risau atas tekanan nanti dia akan ...
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:06 AM
takkan tinggalkn DAP nya, mereka dah melabur banyak untuk dia kan? Mentor dia dh berusaha n ...
Muntz posted on 23-5-2014 08:07 AM
Jelas apa yg dia maksudkan. Dia menentang perlaksaaan hudud di Malaysia, sbb kat Malaysia nie pendak ...
Muntz posted on 23-5-2014 08:07 AM
Jelas apa yg dia maksudkan. Dia menentang perlaksaaan hudud di Malaysia, sbb kat Malaysia nie pendak ...
highcastle posted on 23-5-2014 08:13 AM
Itulah aku cakap, kalau dia tak tahan dengan tekanan politik benda ni tak mustahil berlaku.. Kan d ...
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:19 AM
then dia sebagai loyer dlm pakatan patut membantu pelaksanaa hudud ni dgn kemaskan lagi strukt ...
yipun_78 posted on 23-5-2014 08:19 AM
then dia sebagai loyer dlm pakatan patut membantu pelaksanaa hudud ni dgn kemaskan lagi strukt ...
ADVERTISEMENT