CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gaji Rm5k Ke Atas Dianggap Berpendapatan Tinggi

23-5-2014 11:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22582| Komen: 274


KUALA LUMPUR 21 Mei - Pertambahan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia mampu mendorong kenaikan kos kehidupan masyarakat jika tidak dipantau dengan baik.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pemantauan itu termasuklah menyediakan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat.

Beliau berkata, penumpuan penuh kepada pertumbuhan ekonomi secara amnya telah melahirkan kelompok berpendapatan sederhana yang ramai, dan fenomena itu dijangka berterusan dalam jangka masa panjang.

Katanya, di Asia ketika ini hampir 500 juta penduduk merupakan golongan berpendapatan sederhana dan dijangka mencecah tiga bilion pada 2030 dengan pembangunan ekonomi yang berterusan menyebabkan lebih ramai berpindah untuk hidup di bandar-bandar utama, khususnya golongan berpendapatan sederhana.

"Jika tidak ditangani, hal itu boleh mengakibatkan kemiskinan bandar dan seterusnya mewujudkan masalah sosioekonomi," katanya semasa menyampaikan ucaptama Persidangan Perbankan Asia 2014 di sini hari ini.


Jelasnya, walaupun Asia kini mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding benua yang lain tetapi masih menguasai dua pertiga kadar kemiskinan global.
Sebelum ini, beberapa kajian yang dilakukan telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang mengalami perangkap pendapatan sederhana. Bagaimanapun hal itu telah disedari oleh kerajaan yang giat melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi mengalihkan rakyat negara ini kepada golongan berpendapatan tinggi.

Berdasarkan buku Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013, negara ini dibahagikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah, manakala RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana dan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan lain, Zeti berkata, BNM hanya akan memutuskan sebarang perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai ini menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada bulan itu.

Perubahan OPR itu akan mengambil kira persekitaran kewangan pada waktu tersebut meliputi aspek inflasi, pertumbuhan negara dan ketidakstabilan pasaran.
Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan BNM akan menaikkan OPR pada Julai ini, dalam usaha mengawal kadar inflasi negara lebih-lebih lagi selepas negara mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi pada suku pertama 2014.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jojo67 22-5-2014 10:45 PM
malas akak nk baca,panjang sangat.....baca tajuk ja....bodoh ka apa ka...rm5k dah dianggap tinggi
Quote AHMADVW 22-5-2014 10:46 PM
Quote sharfox 22-5-2014 11:02 PM
Gabenor cakap lain. Ada manusia dlm Parlimen kata yg pakai BMW pun miskin lagi.
Quote alinone78 22-5-2014 11:23 PM
Aik....kata sebulan haji rm5900 pun x mampu nak beli rumah semi D
So celah mana kata berpendapatan rm5k tu consider pendapatan kategori tinggi?
Quote noor2 22-5-2014 11:25 PM
taraf hidup makin tinggi..gaji takut lama..
Quote noor2 22-5-2014 11:25 PM
takuk.........

huh typo....
Quote pakwetizzaqyah 22-5-2014 11:34 PM
AHMADVW posted on 22-5-2014 10:46 PM

tambah no 11...saya dapat cgpa 3.8
Quote aechae 22-5-2014 11:39 PM
ingatkn berpendapatan tggi tu 10k, 15k keatas.... ni 5k taraf pencen mak ayah aku je
Quote totokreturn 22-5-2014 11:41 PM
5k pendapatan tinggi....
Quote pyropura 22-5-2014 11:43 PM

..pada acik2 pelda, 5K tu kira habis tinggi lar, syukur pada umeno...
Quote mak_wa95 23-5-2014 12:33 AM
Ye la berpendapatan tinggi...tengok cukai kena berapa...
Quote Centurion 23-5-2014 12:55 AM
Menda 5k inkam tggi...zmn bas mini dulu blh la..
Quote poison_paradise 23-5-2014 12:58 AM
5k tahap sederhana kot..
Quote Anak_Nogori 23-5-2014 01:06 AM
5k kalau berlagak macam pendapatan 30k...memang lah berpendapatan rendah..miskin papa kedana..pinjam along bagai..
Quote mbhcsf 23-5-2014 01:58 AM
I see...interesting.
Quote clarizsa 23-5-2014 02:00 AM
tinggi ke.......
Quote Lagubestbest 23-5-2014 02:30 AM
Siapa yang buat kenyataan bodo ni?
Quote miss_baby 23-5-2014 02:41 AM
5k berpendapatan tinggi? kena tambah zero kat blkg 5 tu baru tinggi
Quote sueism 23-5-2014 02:48 AM
hallow!!! RM5 K pendapatan tinggi??? kalau dok kat KL tak ada makna nya.
kalau duduk dalam hutan yes 5K memang nilai tinggi.

Lihat semua komen(274)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.079679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top