CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Lari Dari Rumah Lagi

29-5-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7815| Komen: 56

Gambar hiasan


Ibu sedih tidak lagi terima hadiah Hari Ibu

KUALA LIPIS 26 Mei - Seorang ibu di sini sedih berikutan tidak lagi menerima hadiah Hari Ibu berupa kek cawan apabila anak perempuannya menghilangkan diri dari rumah dipercayai mengikut teman lelaki.

Zalimi Mohamad Akhir, 43, ketika ditemui di Felda Chegar Perah di sini berkata, anak perempuannya, Noraini Halimudin, 23, menghilangkan diri pada 19 Mei lalu kira-kira pukul 3.30 pagi.

Menurutnya, dia dan suami, Halimudin Yeop Yahaya, 56, menyedari anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah ketika mereka mahu menunaikan solat Subuh pada hari berkenaan.

"Pada malam berkenaan, saya melihat Noraini tidur di sofa dan berdekatannya ada sebuah beg pakaian. Kami tidak mengesyaki apa-apa kerana dia menunjukkan wajah ceria malah memasak untuk makan bersama kami pada malam berke-naan," katanya.

Menurut Zalimi, anaknya yang sudah pun bertunang dengan seorang pemuda, Nurhafizal Ibrahim, 27, dari Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut pada awal tahun ini dipercayai melarikan diri kerana mengikut seorang lelaki lain yang berusia 20-an.

Katanya, sebelum keluar rumah pada 19 Mei lalu, Noraini yang bekerja sebagai sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Raub menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang berasal dari Taman Seremban Jaya, Senawang, Negeri Sembilan.

"Sebelum ini, Noraini pernah meninggalkan rumah dibawa oleh lelaki berkenaan tetapi saya dan suami berjaya memujuk dan membawanya pulang.

"Tetapi, kejadian pada pagi 19 Mei lepas benar-benar menyentap perasaan dan betapa sedihnya kami kerana Noraini sanggup bertindak demikian malahan meninggalkan tunangnya tanpa sebab," katanya.

Selepas kejadian itu katanya, Noraini tidak dapat dihubungi malah hanya sekali membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dan memberitahu mahu pergi jauh daripada ibu bapa dan tidak mahu diganggu.

Katanya, mereka diberitahu polis bahawa Noraini terlebih dahulu membuat aduan di Balai Polis Bandar Raub bahawa dia keluar dari rumah dengan rela hati.

Dalam pada itu, Halimuddin berkata, mereka pernah menasihatkan lelaki berkenaan supaya tidak menganggu anaknya dan berharap dia datang ke rumah untuk berunding secara baik.

"Tetapi, alasan daripada lelaki berkenaan mengatakan dia masih muda dan belum bersedia berkahwin sehinggakan kami tertanya-tanya tujuan sebenar dia berkawan dengan anak saya," ujarnya.

Orang ramai yang terserempak atau mengenali Noraini diminta menghubungi Zalimi di 012-9458974, 013-9172837 dan 09-3240352.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
17

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cfa 27-5-2014 11:06 AM
kena kawin paksa kot..?
Quote prettyuglybabe 27-5-2014 11:08 AM
esok dah susah balik la tu..
Quote haryatie 27-5-2014 11:13 AM
da sengsara kat luar..
xde org nk bertanggungjwb klau apa2 terjadi
balik la nnti..dgn muka poyo...
Quote manehnya 27-5-2014 11:15 AM
lagi 2-3 tahun sms mak bapak

saya susah nak makan pun x ada, anak pun tiada susu, laki x kerja
Quote ren0_0 27-5-2014 11:20 AM
baiklah adik ni makan je cadbury. makan cadbury ada babi.
Quote amiraira 27-5-2014 11:21 AM
nk wat camne
dia dh pilih cara kehidupan mcm tu.....
Quote dino 27-5-2014 11:23 AM
amiraira posted on 27-5-2014 11:21 AM
nk wat camne
dia dh pilih cara kehidupan mcm tu.....

apa la bdk tu pkir ek.... ikut jate... dr situ dah nmpk jate tak guna
Quote alinone78 27-5-2014 11:25 AM
tunggu j la....
kejap lagi kembali k pangkal jalan
Quote amiraira 27-5-2014 11:31 AM
dino posted on 27-5-2014 11:23 AM
apa la bdk tu pkir ek.... ikut jate... dr situ dah nmpk jate tak guna

tah la apa ade dipikiran diorg...
halang pn mcm tu jugakkn..
so biar la...
Quote Dewa19XKangen 27-5-2014 11:33 AM
patut mak pak buat kering ja,xpayah risau,esok perut boyot dia balik la..
Quote dino 27-5-2014 11:34 AM
amiraira posted on 27-5-2014 11:31 AM
tah la apa ade dipikiran diorg...
halang pn mcm tu jugakkn..
so biar la...

mcm lari kat lombok tu kan....  bg aku bior je takyah susah nak cari jln bwk balik..
takde maknanya bahagia kawin lari nih....

Quote asermullen 27-5-2014 11:37 AM
cuba cari kat kl ni bawah jembatan.. kot2 ada di situ.
Quote amiraira 27-5-2014 11:39 AM
dino posted on 27-5-2014 11:34 AM
mcm lari kat lombok tu kan....  bg aku bior je takyah susah nak cari jln bwk balik..
takde mak ...

diorg dh kena br tahu
langit tinggi rendah
so biar diorg alami
pasal apa yg diorg buat
akan diorg alami semula
Quote soebyuk 27-5-2014 11:40 AM
pengalaman ...... pergilah ke mana pun ... sejauh mana pun kita melangkah .... pangkuan ibu juga yg kita akan rindui ... ... teringat ibu kat kg la plak ....
Quote lizaliza 27-5-2014 11:45 AM
ala...umur 23 pun dah...
panggil balik buat kenduri elok elok
kes tak bagi nikah je ni
gadis gatal tersebut tak tau nak pilih yang mana
yang bertunang tu sayang,yang ikut lari tu cinta
Quote BotakChinPeng 27-5-2014 11:54 AM
Apo nak dikato
Quote orange878 27-5-2014 11:56 AM
Hurmm , kesian mak bapak . Susah hati beb anak hilang/lari .. lagi susah kalau taw-taw anak mtk tolong amik kat negeri seberang jauh pelusuk sana. Hahaha. Kalau nafsu dh menguasai diri, mmg ibu bapa kandung pun boleh buang. Ini semua sebab C.I.N.T.A Ba.Wau.Ta.Alip.
Quote naina 27-5-2014 11:56 AM
23 thn umur dh besar dah.dh boleh pk scra matang
msh jugak nk lari rumah
Quote bangcak 27-5-2014 12:00 PM
bak kata @d'zeck  minah tu terlebih makan coklat cadbury dna dacing kot?

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055319 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top