CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Saya Bukan Pengkhianat Negara

2-6-2014 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8963| Komen: 54




NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai.   
       
Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.
       
Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.
       
Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.  
       
Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.
         
Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.
       
Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.
       
Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.
       
Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.
       
Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan  menurunkan ilmu kepada anak didik.
         
Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?  
       
Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.
       
Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.
       
Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).
       
Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?
       
Izuan: Sebelum perlawanan akhir,  saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.
       
Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.
         
Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?
       
Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.

Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 1-6-2014 08:33 AM
apa pulak dicop sebagai pengkhianat negara?
org yang mentality tak matang jer yang berfikiran sedemikian ghuper....
Quote amiraira 1-6-2014 08:36 AM
Kannnn....
Mmg org x skola suka wat kenyataan sebegini
Sabo je la......
Quote kodokke 1-6-2014 08:38 AM
Bodohnye wartawan.
Quote cascutes 1-6-2014 08:39 AM
Yup... Bg aku dia bukan pengkhianat negara....  Better ko stay jepun dr dok sertai team malaysia.... Persatuan sukan malaysia ni xsuka akan perubahan.... Byk tangan2 ghaib....
Quote jengkoil 1-6-2014 08:40 AM
Barua mana bagi cop tu? Emang x pernah tgk world cup..international sport ke?
Quote obelisk 1-6-2014 08:42 AM
Setuju dengan satu komen kat situ...

Tahniah Izuan! Seperti kata M.Nasir M Yusof tu memang betul. Di negara sendiri orang bukan ambil kisah. Ibarat orang miskin, kalau tiba-tiba jadi kaya orang mula mengaku adik beradik. Tidak kurang juga cacian. Dunia!
Quote _mangifera_ 1-6-2014 08:43 AM
Sepatutnya check balik, kenapa diorg boleh berjaya..kalau pelatih dr lubuk yg sama
Quote budaktua 1-6-2014 08:45 AM
rasanya org jepun ni tak perlukan mereka yg handal main utk jd jurulatih... merreka cuma perlu org pandai membimbing... so, bila mereka memilih seorng CIKGU, mereka membuat / diberikan pilihan yg tepat krn ilmu membimbing pada seorg guru sgt jauh bezanya dgn ilmu yg ada pd seorang bekas pemain walaupun handal ketika bermain (yg biasanya dipilh olh persatuan sukan malaysia utk mejd jurulatih ketika bersara).
Quote burque 1-6-2014 08:55 AM

Selayaknyalah kento menang Last edited by burque on 1-7-2014 06:11 AM

Quote sup@rm@n 1-6-2014 08:57 AM
Tahniah izuan.
Quote nazrey11 1-6-2014 09:15 AM
nasib jepun menang malam tu kalau kalah takde sape pun kesah dia ni sapa
Quote TanSriJess 1-6-2014 09:24 AM
bendera pas

pffggthhh

Quote satrianaga 1-6-2014 09:28 AM
tak penah plak aku terbaca dalam Fb or terdengar mana2 org sembang kata dia ni pengkianat...
aku rasa wartawan tu jer bullshit nak timbulkan isu jadi tajuk berita nak lariskan cerita dia.... damm uuu
Quote Leonarzi 1-6-2014 09:30 AM
Bangang punyer wartawan... Benda ni x de isu pun
Quote OrangKita 1-6-2014 09:31 AM
dulu kat malaysia bakat dia pun xpandang...
pastu bila b'jaya sorg2 kat jepun mula dengki...
bila byk sgt birokrasi terpimpin, mana nak maju...

tahniah abe wan...
Quote Decaffeinated 1-6-2014 09:34 AM
kalau dia main untuk Jepun pun aku OK jer...

bangga ler jugak...

Quote raxief 1-6-2014 09:40 AM
satrianaga posted on 1-6-2014 09:28 AM
tak penah plak aku terbaca dalam Fb or terdengar mana2 org sembang kata dia ni pengkianat...
aku ra ...

betul, xde sape pun ckp dia pengkhianat. dah terang2 itu kerja dia..

bruno metsu relax je bawak senegal kalahkan france masa world cup 2002..
Quote MengkuduMasam 1-6-2014 09:43 AM
kalo dia hebat kat luar skali pun... bila train player malaysia... xde kemana.... sbb?? badan induk tu yg hancus...

cth.. nusa mahsuri groom dia atau ramai lg org yg  sampai buleh jadi jurulatih... asas dah bagus dari segi seni badminton tuh....
tp bila masuk mainstream kat mesia nih.. involve politik dalaman.. kelaut jugak...

BAM & FAM lebih kurang je akhlak dia...

hoki je so far ok... tp presiden dia pun dah bayangan tohan yg pegang... laa ni FAM pun dia sapu... mampu merubah ka?
Quote elastico 1-6-2014 09:55 AM
nazrey11 posted on 1-6-2014 09:15 AM
nasib jepun menang malam tu kalau kalah takde sape pun kesah dia ni sapa

betul sedangkan anak didik dia menang kejohanan dunia remaja pun orang tak tahu..biarlah dia menabur bakti di sana,balik sini belum tentu mampu didik pemain2 pelapis malaysia yang langsung tak nampak harapan nak ganti lee chong wei..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.049589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top