CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

2 Sahabat Karib Hidup Tertekan Kerna Dituduh Suspek Langgar Polis

3-6-2014 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11364| Komen: 63


AZHAR (kiri) bersama Mohd. Nizam menunjukkan gambar mereka yang kononnya dikehendaki polis tersebar luas di media sosial pada satu sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN –  Dua sahabat karib hidup tertekan apabila gambar mereka tersebar luas di laman sosial Facebook dan blog sebagai suspek dikehendaki polis berhubung kes merempuh mati seorang anggota polis dalam satu kejadian di Bagan Serai, Perak 26 Mei lalu.

Semuanya berlaku berikutan penyebaran butiran diri berserta gambar Mohd. Nizam Ali Hassan, 39, dan Azhar Ramli, 40, selepas sehari insiden itu berlaku sehingga nyawa kedua-dua mereka kini terancam dengan pelbagai ugutan jenayah.

Bukan setakat itu, kediaman mereka di Butterworth dan Nibong Tebal dekat sini juga didakwa kerap dikunjungi pihak tidak dikenali selain dipandang serong masyarakat setempat.

Mohd. Nizam mendakwa, sejak wajahnya tersiar di laman sosial, perniagaan barangan lusuh yang diusahakannya sejak lapan tahun lalu terpaksa ditutup kerana bimbang keselamatan diri terancam.

“Setiap kali keluar dari rumah, banyak mata memandang  dan bayangkan ahli keluarga termasuk anak-anak saya kini semakin ketakutan.

“Saya bimbang tentang keselamatan ahli keluarga, sedangkan saya tidak tahu angkara siapa yang menyiarkan gambar saya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, Azhar  turut berdepan nasib sama apabila dia juga terpaksa gulung tikar dalam perniagaan kain pasang di Parit Buntar, Perak yang beroperasi sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak mampu berdepan situasi sebegini yang membuatkan dirinya dan keluarga semakin dibelenggu tekanan.

“Anak-anak turut terkena tempias apabila mereka tidak mahu ke sekolah kerana tidak tahan dicaci oleh rakan-rakan disebabkan penyebaran gambar saya sebagai suspek dikehendaki polis.

“Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah dengan melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu,” jelasnya.

Berikutan kejadian tersebut, mereka telah membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai dan Parit Buntar baru-baru ini.

Pada 28 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar kedua-dua lelaki terbabit dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tersebut.

Pada 27 Mei lalu, Kosmo! melaporkan seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal,  Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah yang sepatutnya mendirikan rumah tangga  terbunuh apabila motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta penjenayah jenis Toyota Wish di Bagan Serai.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 tengah hari  itu, mangsa mati ditempat kejadian selepas tercampak kira-kira 30 meter ke dalam semak.

5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 2-6-2014 03:54 PM
kesian. ntah sapa yang sesuka hati memula sebarkan gambar diorang. aku ada gak baca, polis nafi gambar tu bukan suspek
Quote mak_wa95 2-6-2014 03:55 PM
sapa lah yang pedajal depa ni
Quote Dahsyat!! 2-6-2014 04:01 PM
busuk hati ni... jahat betul
Quote chinta89 2-6-2014 04:05 PM
saman jangan tak saman... dpt duit byk2 lps ni hope semua kembali oke pniagaan masing2..
Quote tasha 2-6-2014 04:08 PM
alamak aku ada share kt FB.. mintak ampun  maaf yea abg2 berdua.. saya ingatkan betol2....
Quote asher 2-6-2014 04:09 PM
saman kasi ajaq itu org..lenkali jgn sesuka ati jer post x tentu hala dlm fb..
Quote myvios 2-6-2014 04:11 PM
kesian nye....
Quote ainie_1008 2-6-2014 04:44 PM
aku ader dpt jugk pic dorg, nasib baik aku tak repost or share.. klu tak aku dah bersalah dgn dorg.. kesian dorg..
Quote sapp73 2-6-2014 04:47 PM
Siapalah yang pedajal..
Quote nebulagazer 2-6-2014 04:50 PM
Saman je ...dpt juta juta larik pindah negara lain ka
Quote annehuda 2-6-2014 04:51 PM
sapelah yg tak bertanggungjawab sebarkan gmbr diorg ni? kesian...

SKMM sila jgn buang masa tahanla sape yg start sebarkan dulu
Quote supernaturalee 2-6-2014 04:57 PM
si penjenayah sebenar punye keje kot?
Quote cubby_qt 2-6-2014 04:57 PM
Tersebar luas di media sosial.. bkn dlm paper.. bkn sumber polis... mmg x btanggungjawab la org tu..
Quote batmana 2-6-2014 04:57 PM
senang je nk trace sapa sebar,

kene buat mcm yg skmm buat pada org hina raja tu..
Quote Dia_Yuni 2-6-2014 04:59 PM
kesian dgn anak2 dorang sampai x nak gi sekolah sbb kena cerca
Quote mamapea 2-6-2014 05:08 PM
aku ada la tertengok...tak sangka lak diorg difitnah...kesiannya
Quote tripple_M 2-6-2014 05:18 PM
yupp btoi tuh..
saman tetap saman!!!
baru la up cite dlm paper..
bole bersihkan nama baik diorang...
Quote mast3rshad0w 2-6-2014 05:31 PM
gambaq depa berdua, kena pula sahabat karib, musykilll...

bermaksud gambar yg di siar tu dua dua individu wujud, kemudian dua dua sahabat karib...
cuma nak tanya kepastian, kalau polis yg siar gambar tu....yg langar lari tu...
so...apa yg tak kena di sini?????

kalau orglen yg siarkan bukan polis, maka barulah ceritanya lain.....
Quote tobby 2-6-2014 05:49 PM
mak_wa95 posted on 2-6-2014 03:55 PM
sapa lah yang pedajal depa ni

sapa la yg pedajal. ramai pulak yg sebar.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077673 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top