CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Warga Korea Dominasi Kawasan Elit Lembah Klang

6-6-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29270| Komen: 286

Warga Korea dominasi kawasan elit Lembah Klang







KUALA LUMPUR: Kalau di Jalan Chow Kit dan Jalan Yap Ah Loy, kita dapat lihat warga asing seperti Nepal dan Bangladesh. Berlainan pula di Desa Sri Hartamas dan Mont Kiara.

Siapa sangka, sosio-budaya Korea yang terkenal dengan tarian Gangnam Style dan muzik K-pop itu secara perlahan-lahan berkembang dalam negara terutamanya di Lembah Klang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, Hartamas mungkin akan menjadi Little Korea suatu hari nanti. Tinjauan wartawan mendapati, bukan sahaja bilangan restoran Korea semakin bertambah, malah rakyat itu turut memulakan perniagaan lain seperti membuka butik pakaian dan pasar mini yang menjual pelbagai barangan Korea.

Lebih 30 premis dimiliki warga Korea yang bertapak di Desa Sri Hartamas.

Pasangan suami isteri ini sudah lebih dua tahun menjalankan perniagaan runcit. Mengakui selesa dengan persekitaran Malaysia yang aman damai, Jang Won Sock turut memberitahu faktor pendidikan merupakan faktor mereka ingin mahu menetap di Kuala Lumpur.


"Malaysia indah dan aman. Dari segi pendidikan juga bagus. Saya hantar anak saya ke sekolah antarabangsa. Dan banyak perkara menarik dalam negara ini,' katanya.

Bagi Lim Sang Hee, perniagaan di Kuala Lumpur menguntungkan. Malah katanya kos hidup lebih rendah berbanding negara asalnya.

"Saya sudah berniaga di sini lebih dari setahun. Saya tinggal di kondominium di Mont Kiara dan ada dua anak. Saya berniaga di sini selepas membeli kedai dari kawan dan anak saya juga suka bersekolah di sini," kata ibu yang berumur 38 tahun ini dengan bersahaja.

Bagi orang ramai yang ditemui pula, kebanjiran rakyat Korea sedikit sebanyak menyumbang kepada pertukaran budaya.

Selain menjana pendapatan ekonomi negara, mereka juga tidak menolak faktor mata wang negara yang lebih tinggi menjadikan warga ini mendominasi kawasan elit ini.

"Di sini sudah macam Korea Town. Kedai makan Korea bersepah-sepah. Dan mereka juga pandai berniaga dan peramah," kata Mohamad Khairul Nizam Ariffin yang sudah bekerja di Hartamas lebih 3 tahun.

"Kehadiran mereka membuatkan permintaan terhadap perumahan turut meningkat. Itu kita tidak dapat nafikan," kata Kamaruzaman Mohamad yang mengakui turut risau dengan kebanjiran warga itu akan menjejaskan masyarakat Malaysia.

Bersetuju dengan itu Nur Atiqah Ahmad berpendapat kehadiran warga Korea mempunyai kesan baik dan buruk dari segi ekonomi.

"Mereka turut sumbang pendapatan kepada negara, tapi dari segi milik hartanah, kerajaan perlu pantau agar mereka tidak mengambil kesempatan.


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 5-6-2014 07:45 PM
Kpop pi. Pandai Niaga tempat elit, tak macam Nepal, maingmar Dan bagai tu standard chow kit aje lah.
Quote pakwetizzaqyah 5-6-2014 07:45 PM
apa dosa ummah kpop??? sampai digelar ummah kpop
Quote the_killer 5-6-2014 07:45 PM
Tak silap aku..rakyat malaysia keturunan korea memang ramai...
Quote CiliPadiSedap 5-6-2014 07:46 PM
bila lagi malaysia nak buat MPOP ( malay pop)
Quote sueism 5-6-2014 07:47 PM
CiliPadiSedap posted on 5-6-2014 07:46 PM
bila lagi malaysia nak buat MPOP ( malay pop)

Mpop x Sedap hangit Dan tengit
Quote cmf_rambutan 5-6-2014 07:50 PM
mai kpop... komen pertukaran budaya.. pandai berniaga .. berhemah.. kalau bangla, nepal... ganggu pompuan, rasa tak slamat semua azab2 komen yg kuar...
Quote mesmerize 5-6-2014 08:06 PM
kalau weekend jenjalan the curve ke ikano ke bersepah bangsa depa ni..  cakap bahasa korea
Quote NeoMatrix 5-6-2014 08:17 PM
Kat Msie ni banyak expat Korea yg berkerja ngan company gergasi spt Samsung, Hyundai, Daewoo, Lotte, Kia, LG dll. Expat2 ni nak juga makan makanan korea...tak kan lah depa nak makan KFC, Budu, Belacan sokmo...sebab tu lah biznes Restoran Korea & Kedai Runcit Korea masyuk...
Quote AbukRokok 5-6-2014 09:33 PM
xpelah...janji bukan bangsa caprut dan kulit berkerak mcm bangla indon negro...pxxistan ..yindia
Quote SissySembah 5-6-2014 09:38 PM
Mana tak lakunya, dah sah kan yang restoran korea tu penuh dengan cina dan sissy sunni kpop wannabe yang rembes kat oriental sahaja. low class sangat taste mereka ini. akak syak kebanyakannya ummah LGBTQ bottom atau flex?
Quote famri7 5-6-2014 09:46 PM
Dua tiga bulan lagi musti ummah sunni terhina lagi...ustak2 seebriti pon muncul memberikan hukum melayan kpop masing2..and mulayu suchi semakin tertindas dan terhina tanpa sebab.
#fagpop
#terhina
#dealwithit
Quote cmf_premierleag 5-6-2014 09:48 PM
Kat area ampang point tu mmg dah lamaa ummah k pop berkuntum
Dr 90s lagi udah ada rumah dan kedai2 korean di kejiranan ampang
Quote kakikuDibibirmu 5-6-2014 10:21 PM
subulum ada KPOP, kita sudah ada MPOP Feminin



[youtube]fm3t3fhdxRY[/youtube]

http://youtu.be/fm3t3fhdxRY
Quote roblucci 5-6-2014 10:37 PM
kakikuDibibirmu posted on 5-6-2014 10:21 PM
subulum ada KPOP, kita sudah ada MPOP Feminin

bukan kak sebelum feminin kpop belum capai tahap mainstream
Quote Artemesiaa 5-6-2014 11:08 PM
cmf_premierleag posted on 5-6-2014 09:48 PM
Kat area ampang point tu mmg dah lamaa ummah k pop berkuntum
Dr 90s lagi udah ada rumah dan kedai2  ...

Betul tu dah lama je geng kpop ni berkuntum kat area Ampang Avenue sejak dulu lagi sebelum adanya peniaga kpop area Hartamas.
Quote lordvoldemort 5-6-2014 11:08 PM
korean bakal dominasi import Liga M
Quote cmf_WonBin 5-6-2014 11:12 PM
Habis lah ummah PPRT lepas ni tiada lagi PPRT di ibukota, lepas ni PPRT akan dibina di pinggir hutan mcm ummah Felda sebab harga tanah mahal di kotaraya
Quote clavriene 5-6-2014 11:13 PM
I'm no fans of Kpop, but why nak gelar diorang ni ummah k pop? they're Koreans for crying out loud.
Quote tobby 5-6-2014 11:15 PM
kakikuDibibirmu posted on 5-6-2014 10:21 PM
subulum ada KPOP, kita sudah ada MPOP Feminin

zaman bila ni ... tua gila sapa dari zaman ni.

Lihat semua komen(286)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.195665 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top