CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Johan As'Ari Bersyukur Masih Baik Dengan Bekas-Bekas Teman Wanita

6-6-2014 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17102| Komen: 94


Johan As’ari Syukur Masih Baik Dengan Bekas-Bekas Teman Wanita

Kalau disenarai-pendekkan nama-nama artis popular yang pernah bercinta mahupun digosipkan bercinta dengan Johan As’ari ni, rasanya boleh buat satu laporan khas.

Tapi janganlah terus melabel Johan sebagai playboy, anggap sahaja pelakon Juvana ini masih belum cukup bertuah dalam hubungan percintaan.

Apa yang pasti, Johan bersyukur dia tidak bermusuhan dengan bekas-bekas teman wanitanya, malah mereka masih baik dengan ahli keluarga Johan.


Al-kisahnya, Johan yang ditemui di lokasi penggambaran filem di Kuala Lumpur semalam membuka cerita tentang gandingan semula dengan bekas kekasihnya, Nabila Huda dalam sebuah drama.


Sebenarnya saya bersyukur kerana Udin Glamor Balik Kampung meletup. Bila nak digandingkan semula, saya dengar Abil sendiri yang setuju. Alhamdulillah, saya pun nak buatlah drama tu. Dia seorang yang profesional dan begitu juga saya.
Bagi saya tak akan ada masalah, sebab saya dengan dia memang baik. Dan walaupun kami tak berhubung setiap hari, ada juga bertanya khabar sekali-sekala, ucap Mother’s Day.

Secara tiba-tiba berlanjutan pula hingga termasuk sekali kisah Fasha Sandha, Izreen Azminda dan Shila Amzah. Cuma nama Lana Nodin sahaja tidak disebut. Terlupa, mungkin?
Fasha Sandha baru-baru ni pun luangkan masa dengan mak saya dan dia baik dengan saya. Dia juga pesan, ‘Johan, you jagalah mak you, i baik dengan mak you tau.’

Kalau korang masih ingat, Izreen pernah memutuskan hubungan dengan Johan pada tahun 2011 kerana aktor itu enggan mengaku yang mereka sedang bercinta.


Dalam masa yang sama, Fasha juga turut dikaitkan dan dianggap sebagai punca kepada perpisahan mereka hanya kerana dia dan Johan bergandingan dalam sebuah drama.

Hari tu di Anugerah Bintang Popular, saya sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan Izreen. Shila Amzah pun masih baik dengan keluarga saya. Alhamdulillah, thank God.

Soal kerjaya pula, Johan akan kembali menghidupkan watak Botak di dalam filem Juvana 2 arahan Faisal Ishak yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Azwan Kombos, Nad Zainal dan ramai lagi.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 6-6-2014 12:18 PM
Satu lg sewel dlm industri... Dahla x hensem .. Mohon g terjun bangunan
Quote khailya 6-6-2014 12:19 PM
puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote akuMNdia 6-6-2014 12:19 PM
tak sudah2 citer pasal pempuan...


nextttttt!!!

Quote CiliPadiSedap 6-6-2014 12:20 PM
perasan good2 je . spesis hanis suraya. muka tembok cina tahap dewa 10
Quote hanshinbi 6-6-2014 12:21 PM
meluatnye aku dengan mamat ni..
Quote bambimo 6-6-2014 12:26 PM
Ni apahal pulak ni...xde cerita ttiba nk up cerita...update thread sedia ada je lah..semak lah mamat ni....
Quote enot_sibudak 6-6-2014 12:36 PM
dia perasan sorg...padahal ex ex dia xhingin nya nk baik2...
Quote wookiehoney 6-6-2014 12:37 PM
tade fungsi pon mamat ketap bibir ni dalam industri.
Quote hanamunir 6-6-2014 12:41 PM
x abis-abis..
blueeekkk..
sibuk plak nak canang2 kn ko tu konon2 baik dengan ex2 ko..
yg reporter pn da x de bnda lain nk di report kan?
Quote asampodeh 6-6-2014 12:46 PM
mnyampah - meluat - muntah
Quote redliner 6-6-2014 12:47 PM
delusional tahap kerajaan langit ayah pin.
Quote menjad 6-6-2014 12:48 PM
Perasan nyer pulak
Quote lunalisa 6-6-2014 12:54 PM
xsuke laki perasan bagus cm dia ni...


*tak pasal2 aku dapat dosa komen pasal dia nie*
Quote skymania 6-6-2014 12:56 PM
keparat punyer jantan...
Quote tomet05 6-6-2014 01:00 PM
kau pi la kapel dengan rihanna tuh lak kan
Quote sunquick 6-6-2014 01:09 PM
xde cite lain ke si dia ni...
balik2 pasal pompuan...
Quote seb_baik 6-6-2014 01:23 PM
sgt publisiti murahan
Quote meensha 6-6-2014 01:25 PM
dia xpernah mengaku izreen gf dia pon.. alik2 reporter cakap ex gf.. huhu.. nway.. pamela anderson mana?

Quote AshkieLa 6-6-2014 01:28 PM
johan sehari dan hanez suraya perlu dikawenkan ajer...

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.214301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top