CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bahan Berubah Sifat Boleh Jadi Halal Jika Diproses

9-6-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10899| Komen: 77


Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr Asri

KUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.

"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.

"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.

"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.

"Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah," kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru.

"Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah," katanya.

Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang.

“Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis,” tulis beliau.

Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah.

Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang.

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 7-6-2014 09:04 PM
ape2 la maza. i meluat kt u.
Quote Acong 7-6-2014 09:07 PM
noraidil_06 posted on 7-6-2014 09:04 PM
ape2 la maza. i meluat kt u.

mabuk ketum?
Quote noraidil_06 7-6-2014 09:08 PM
Acong posted on 7-6-2014 09:07 PM
mabuk ketum?

mabuk air setup :
Quote Leonarzi 7-6-2014 09:09 PM
Ustaz yg selalu mengambil haluan berbeza untuk tunjuk yg dia lebih pandai dr ulamak lain dan berfikiran terbuka Last edited by Leonarzi on 7-6-2014 09:10 PM

Quote Acong 7-6-2014 09:10 PM
Leonarzi posted on 7-6-2014 09:09 PM
Ustaz yg selalu mengambil haluan berbeza

haluan sama tu betul ke?
Quote Leonarzi 7-6-2014 09:11 PM
Kalau dh babi , babi lah jugak... Kalau mcm tu perencah babi kira halal la??
Quote Acong 7-6-2014 09:12 PM
Leonarzi posted on 7-6-2014 09:11 PM
Kalau dh babi , babi lah jugak... Kalau mcm tu perencah babi kira halal la??

dah hilang zat babi tu?
Quote Leonarzi 7-6-2014 09:16 PM
Acong posted on 7-6-2014 09:12 PM
dah hilang zat babi tu?

Aiskrim ada gelatin babi halal? Bahaya betul ustaz ni... Tanggung la dosa
Quote DTECCONAN 7-6-2014 09:18 PM
Sekarang kan dah ada alternatif menggunakan sayur utk menggantikan gelatin @Acong?
Quote AbukRokok 7-6-2014 09:18 PM
dpt juga akhirnya merasai rasa Dna Babi yg lazat  
Quote Acong 7-6-2014 09:22 PM
cuka asalnya dari arak juga halal........
Quote Acong 7-6-2014 09:23 PM
Leonarzi posted on 7-6-2014 09:16 PM
Aiskrim ada gelatin babi halal? Bahaya betul ustaz ni... Tanggung la dosa

udara yg ko hirup tu ada DNA babi, sila berhenti bernafas
Quote v(T.T)v 7-6-2014 09:23 PM
Sebelum wabak JE, malaysia tiap2 tahun dapat 10 juta cukai dr export babi  ke luar negeri, heran tiada orang kata duit tu haram masa tu.
Quote exclusive_vvip 7-6-2014 09:24 PM
i nak share 1 bende...harap2 takder la yg salah faham...waktu mula2 dr maza ni femes, i penah tny sorang ustaz psl pendapat2 dr maza ni....ustaz tu kata, dr maza ni membawa pandangan yg mmg betul2 ada dlm Islam...dia bgtau, kalu pegi belajar kat universiti al azhar tu, mmg pensyarah2 ajar sumer selok belok pendapat..tapi student malaysia dah dipesan, balik malaysia cuma ajar ikut mazhab syafie saja...sbb takut jadi keributan antara masyarakat islam kita kat malaysia ni...sbb kita kan berpegang pada mazhab syafie..kiranya dr maza ni antara yg berani nak beritahu perkara2 yg sebenarnya lah...Wallahualam...i cuma share apa yg i penah tanyakan satu ketika dahulu...pandangan ustaz yg i tny tu sekarang, taktaula camner plak...kot2 dia dh ada pendapat lain pulak ker...Wallahualam...kalu i salah bg info, mohon maaf sgt2...mungkin ada yg lebih arif...mohon betulkan, if i salah..
Quote Leonarzi 7-6-2014 09:27 PM
Acong posted on 7-6-2014 09:23 PM
udara yg ko hirup tu ada DNA babi, sila berhenti bernafas

Udara tu diluar kawalan... Just kerana dna babi ada diudara maka boleh makan babi? Kalau makanan tu sengaja diletakkan unsur babi...
Quote Acong 7-6-2014 09:28 PM
Leonarzi posted on 7-6-2014 09:27 PM
Udara tu diluar kawalan... Just kerana dna babi ada diudara maka boleh makan babi? Kalau makanan t ...

cuka diperbuat drpd arak
Quote Acong 7-6-2014 09:28 PM
exclusive_vvip posted on 7-6-2014 09:24 PM
i nak share 1 bende...harap2 takder la yg salah faham...waktu mula2 dr maza ni femes, i penah tny so ...

kalau ikut mazhab syafie, zakat dibayar dgn beras dan bukan RM
Quote pakwetizzaqyah 7-6-2014 09:32 PM
abis tu....anak babi hasil mengawan ngn kambing amacam??? kata haram gak..tapi sudah proses maa
Quote Acong 7-6-2014 09:36 PM
pakwetizzaqyah posted on 7-6-2014 09:32 PM
abis tu....anak babi hasil mengawan ngn kambing amacam??? kata haram gak..tapi sudah proses maa

ada ke?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.152476 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top