KAPAL nelayan China itu membawa seramai 12 orang.- AFP MANILA - Sebuah kapal nelayan China ditemui pihak berkuasa Filipina terkandas di kawasan Terumbu Tubbataha di Laut Sulu yang terletak dalam perairan Filipina pada Isnin lalu. Kapal itu yang membawa 12 orang nelayan dipercayai dari Fujian. Sebelum ini sebuah kapal tentera pembersih periuk api, USS Guardian turut terkandas di terumbu tersebut. Semua nelayan China itu yang kini ditahan berdepan hukuman penjara selama 12 tahun dan didenda sehingga AS$300,000 (RM908,999) kerana menangkap ikan secara haram. Kapal nelayan itu ditunda ke Pulau Palawan. Terumbu itu telah disenaraikan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu. Badan kapal tentera USS Guardian itu telah dipotong dan diangkut dengan kren ke dalam kapal tunda Archon Tide pada 30 Mac lalu selepas ia terkandas sejak 17 Januari lalu. - Agensi
|
mute posted on 11-4-2013 08:40 AM
china die tak potong2 die cabut aje satu2...sebab plug n play punyer konsep
ADVERTISEMENT