CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Akibat Diracun Termasuk Anak Berusia 2 Tahun

12-6-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6992| Komen: 30


ntara penternak dan warga Felda menunjukkan lembu yang mati sejak tiga hari lalu.


Anak lembu berusia 2 tahun ini didakwa mati pagi semalam selepas terkena racun itu.


Benda berwarna merah dipercayai racun tikus yang ditabur berdekatan takungan air.

BERA - Lapan penternak alami kerugian lebih RM35,000 apabila kira-kira 30 lembu di sekitar kawasan tanah rancangan Felda Bukit Puchong, di sini mati secara berperingkat sejak Khamis lalu.

Seorang penternak, Azizul Ismail, 41 berkata, sejak mengusahakan penternakan lembu 18 tahun lalu, ini adalah kali pertama insiden seumpama ini berlaku dan dipercayai berpunca dari racun tikus.

Menurutnya, semua penternak yang terlibat mendakwa racun tikus yang ditabur di kawasan kebun kelapa sawit yang dilaksanakan pihak pengurusan Felda tidak diuruskan dengan baik, malah ada yang dibuang ke dalam kawasan parit.

“Pada awal kejadian, kita tidak mensyaki apa-apa sehinggalah lembu-lembu ini mati secara berperingkat sejak minggu lepas.

“Bila meninjau kawasan kebun, kami dapati ada racun tikus yang tidak ditaburkan di kawasan sepatutnya. Malah, ia turut dicampak ke kawasan air bertakung tempat lembu-lembu itu minum,” katanya.

Bagaimanapun, Azizul berkata, semua penternak tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu pihak berkenaan memandang serius perkara ini.

Azizul memberitahu, ada di antara penternak-penternak turut terlibat dengan projek penternakan lembu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengalami kerugian apabila lembu mereka turut mati.

Sementara itu, Hamzah Daud, 52 berkata, sekiranya lembu-lembu itu makan atau minum air yang mengandungi racun tikus, ia akan menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi dan sel darah haiwan itu akan pecah.

“Kebiasaannya, dalam sehari atau dua hari selepas itu, darah akan keluar dari mana-mana bahagian badan dan kita akan tahu, ia akan mati bila-bila masa,” katanya.

Katanya, tindakan pekerja yang menabur racun tikus secara tidak sistematik dan teratur boleh membahayakan lembu serta menganiaya penternak.

Menurutnya, keadaan ini sekali gus menjejaskan pendapatan sampingan mereka lebih-lebih lagi ada yang sudah menempah lembu terbabit untuk dikorbankan menjelang Aidiladha nanti.

Felda Akan Teliti

Pengurus Rancangan, Misbari Nazir berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada peneroka dan penternak mengenai masalah ini, dan pihaknya sedang meneliti permasalahan tersebut.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian sampel darah yang diambil Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, sebelum membuat sebarang keputusan.

“Tidak dinafikan, sekarang kita dalam proses taburan butik (racun tikus) yang dijalankan serentak di seluruh Wilayah Mempaga dengan menggunakan teknik yang sama memandangkan serangan tikus di zon Mendi terlalu tinggi.

“Namun, buat masa ini, kes seumpama ini hanya berlaku di sini sahaja. Sebab itu, kita kena tunggu keputusan ujian sampel darah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sementara keputusan itu diumumkan, beliau meminta supaya peneroka atau penternak yang terbabit bersabar dan meneruskan usaha penternakan mereka.

Mungkin sebab racun tikus

Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah, Osman Yusof mengenai perkara ini.

Menurut Osman, pihaknya sudah mengambil sampel darah lembu terlibat pada hari pertama perkara itu dilaporkan kepada pihaknya.

“Berdasarkan tinjauan dan penglihatan mata kasar, jelas menunjukkan semua haiwan yang sakit dipercayai disebabkan racun tikus. Tetapi sekurang-kurangnya, kita akan mengetahui keputusan ujian dari Jabatan Kimia dalam tempoh tiga minggu untuk membuktikannya.

“Kita turut memberi haiwan yang sakit itu dengan ubat tetapi peluang untuk hidup adalah 50-50 sahaja,” katanya.


takziah diucapkan kepada keluarga lembu dan tuan punya lembu
semoga roh dicucuri rahmat
5

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kodokke 12-6-2014 08:26 AM
Sian tuan lembu dan lembu2nye
Quote kentel 12-6-2014 08:29 AM
lembu dok hutan vs lembu dok kondo . sape lagi sihat ?
Quote DayangKirana 12-6-2014 08:32 AM
khianat?

or sebab gunakan racun tu utk control rat damage?

why use poison in the first place?
burung hantu kan boleh..or tu pun masih tak berkesan?
Quote ellZack 12-6-2014 08:35 AM
rat poison untuk ladang kot...
mengharapkan rat yang makan, tapi lembu yang makan..
Quote penari 12-6-2014 09:00 AM
arwah baik orangnya...semasa hayatnya dia anti racun tikus
Quote Dewa19XKangen 12-6-2014 09:08 AM
salah tuan yang b*doh xreti nak pindah lembu ke tempat lain
Quote chickenwing 12-6-2014 09:09 AM
kesian......xpe la...mungkin xde rezeki.
Quote Simunggu 12-6-2014 09:13 AM
ingat manggis tadi....
Quote ~anya~ 12-6-2014 09:16 AM
Takziah...
Kesian penternak kehilangan 30 ekor lembu...
Quote zazazieglers 12-6-2014 09:17 AM
Kesian. Sampai hati racun. Aku ni tengok lembu kne sembelih mase korban tu pn bole menangis. Sayu
Quote the_killer 12-6-2014 09:21 AM
zazazieglers posted on 12-6-2014 09:17 AM
Kesian. Sampai hati racun. Aku ni tengok lembu kne sembelih mase korban tu pn bole menangis. Sayu

kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat
Quote ren0_0 12-6-2014 09:22 AM
ladang sawit tu. boleh aje biarkan lembu meragut kat ladang sawit kan? bukannya dia makan buah sawit pun. atau pemilik ladang sawit yang hot?
Quote supernaturalee 12-6-2014 09:24 AM
ren0_0 posted on 12-6-2014 09:22 AM
ladang sawit tu. boleh aje biarkan lembu meragut kat ladang sawit kan? bukannya dia makan buah sawit ...

ah!..org bela lembu ni mmg
biar lps bebas jek
bodo mcm lembu jgk

Quote zazazieglers 12-6-2014 09:25 AM
the_killer posted on 12-6-2014 09:21 AM
kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat

haha kelakar lah uolss ni
Quote ren0_0 12-6-2014 09:28 AM
supernaturalee posted on 12-6-2014 09:24 AM
ah!..org bela lembu ni mmg
biar lps bebas jek
bodo mcm lembu jgk

aku serius tak tahu ni. kalau dibiar lepas di kawasan perumahan/ kampung memang salah

kalau di ladang sawit atau padang ragut boleh kah?

aku speku mungkin ladang ni orang lain punya. bila nak ambil hasil sawit ada banyak ketahian lembu menyebabkan tuan ladang marah?

Quote asher 12-6-2014 09:32 AM
setiap perbuatan ada balasannyer..even buat gan binatang pun..insha allah tuhan akan balas perbuatan manosia ini..
Quote supernaturalee 12-6-2014 09:33 AM
ren0_0 posted on 12-6-2014 09:28 AM
aku serius tak tahu ni. kalau dibiar lepas di kawasan perumahan/ kampung memang salah

kalau di  ...

blh jd
ape kate forumer kt sini?....SELAYAKNYALAH
Quote rosasa 12-6-2014 09:40 AM
takziah kepada tuan lembu
Quote cmf_premierleag 12-6-2014 09:56 AM
supernaturalee posted on 12-6-2014 09:33 AM
blh jd
ape kate forumer kt sini?....SELAYAKNYALAH

diorang slalu kata ELOHIM BAYAR CASH

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.078934 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top