CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Kawasaki Lebar Rangkaian 250cc

13-6-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15109| Komen: 110


Kawasaki lebar rangkaian 250cc

BARU-baru ini, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) melancarkan model supersports yang dikenali sebagai Kawasaki Ninja 250SL untuk melengkapkan rangkaian produk dalam pasaran Malaysia.

Tidak dinafikan ada yang tertanya-tanya bukankah pengeluar terkemuka dari Jepun itu sudah pun memiliki model supersports 250cc iaitu Ninja 250R.

Pengenalan model ini tidak menggantikan model Ninja 250R yang sedia ada dalam pasaran. Sebaliknya, pengenalan Ninja 250SL dibuat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada peminat motosikal berkuasa 250cc.

Malah, model ini dikatakan menggantikan Ninja 150RR yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun lalu.

Menurut KMSB, terma SL merujuk kepada “Slim” (ramping) dan “Lightweight” (ringan). Ninja 250SL dikuasakan enjin empat lejang dengan sesaran 249cc silinder tunggal dengan sistem sejukan cecair.

Jentera ini mampu menjana kuasa sehingga 28PS @ 9,700 rpm dan tork puncak 22.6Nm @ 8,200 rpm.

“Walaupun ciri-ciri enjin 250SL tidak sama seperti varian KR150 yang menggunakan enjin dua lejang, kami komited dan berusaha untuk memastikan prestasi enjin empat lejang kekal memuaskan,” kata Pengarah dan Pengurus Besar KMSB, Jeffrey Lim.

Enjin empat lejang sejukan cecair yang digunakan sudah terbukti pada jentera sukan lasak KLX 250. Bagi kesesuaian karakter motosikal, enjin tersebut ditala semula.

Kuasa enjin dipindahkan kepada tayar belakang melalui pacuan rantai dan transmisi enam kelajuan.

Pada hari pelancaran, pihak media diberi peluang untuk menguji prestasi Ninja 250SL.

Tunggangan pertama menunjukkan prestasi pengendalian wajar diberi pujian. Ninja 250SL ringan dan memudahkan penunggang mengalih kecenderungan masuk dan keluar di setiap selekoh.

Prestasi enjin silinder tunggal perlu dikerah secara agresif untuk menghasilkan daya pecutan yang lebih baik. Kitaran pertengahan enjin hampir sama seperti Ninja 250R dan memuaskan.

Persepsi awal kepada Ninja 250L lebih baik dengan sistem gear yang lancar dan klac ringan yang mudah dikendalikan.

Kawasaki Ninja 250SL menggunakan tayar berukuran 110/80 pada roda hadapan dan 130/70 pada roda belakang.

Jentera ini dibina di atas kerangka trellis dengan sistem suspensi fork konvensional untuk roda hadapan dan jenis monoshock di bahagian belakangnya.

Tugasan membrek pula diserahkan kepada brek cakera tunggal pada kedua-dua roda. Cengkaman brek adalah memadai bagi tahap kelajuan motosikal ini.

Jentera 250cc baharu yang diperkenalkan mudah untuk mencapai kelajuan 120 kilometer sejam (km/j). Ketika sesi tunggang uji di dalam litar ini, catatan kelajuan tertinggi yang berjaya direkodkan ialah 156 km/j.

Secara keseluruhan, model ini dilihat mampu mengekalkan dedikasi pengeluar gergasi Jepun itu dalam segmen pasaran motosikal 250cc.

Malah, tindakan Kawasaki memperkenalkan Ninja 250SL dianggap sebagai satu langkah yang proaktif sebelum KTM melancarkan dua model supersports mereka tidak lama lagi.

Ninja 250SL dibawa masuk ke pasaran tempatan secara import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia.

Kawasaki menawarkan dua pilihan warna menarik iaitu hijau dan kuning dengan harga asas RM17,689 seunit bersama jaminan pengeluar dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagoo 11-6-2014 12:22 PM
baguslah....pembeli ada option tambahan utk cc250
Quote maleo 11-6-2014 12:31 PM
Sagoo posted on 11-6-2014 12:22 PM
baguslah....pembeli ada option tambahan utk cc250

boleh rekemen kat @genchi ni..tp kene kabo siap2 bukan 4 inline dan x guna 2t
Quote Sagoo 11-6-2014 12:41 PM
maleo posted on 11-6-2014 12:31 PM
boleh rekemen kat @genchi ni..tp kene kabo siap2 bukan 4 inline dan x guna 2t


wakakakakaa tergelak gelak teman ingt cita lama ni
Quote genchi 11-6-2014 02:09 PM
maleo posted on 11-6-2014 12:31 PM
boleh rekemen kat @genchi ni..tp kene kabo siap2 bukan 4 inline dan x guna 2t

amboihhh .. kurang asam jawa sgt mike kan??

time tu teman maseh buta

well teman mmg pki yg bertuti..

asap fogging boleh tahan hohoh.. llagi kalo lama tak bwk
Quote Sagoo 11-6-2014 03:02 PM
genchi posted on 11-6-2014 02:09 PM
amboihhh .. kurang asam jawa sgt mike kan??

time tu teman maseh buta

tuko le gen..amik fz baru tu...cantik..


Quote genchi 11-6-2014 04:24 PM
Sagoo posted on 11-6-2014 03:02 PM
tuko le gen..amik fz baru tu...cantik..

teman syang dan cintakan 125 tu sagoo.. teman tingin.. tp nak bonceng saja teman tak brani
Quote Sagoo 11-6-2014 04:29 PM
genchi posted on 11-6-2014 04:24 PM
teman syang dan cintakan 125 tu sagoo.. teman tingin.. tp nak bonceng saja teman tak brani

mike rajin topap 2T xpe le..teman dah x kuase nk hadap 2T...
kadang2 g keje pagi2..skali minyak 2t menyala ..bosan betol org nk cepat time tu la dia mintak minum

takpe la..mike bonceng teman je la... teman bwk pusing2 300m dlm bentuk separa bulatan ok x?
Quote genchi 11-6-2014 04:48 PM
Sagoo posted on 11-6-2014 04:29 PM
mike rajin topap 2T xpe le..teman dah x kuase nk hadap 2T...
kadang2 g keje pagi2..skali minyak 2 ...

haahaha.. teman bukan lasak moto tuh... mmg takde perlu isi slalu.. tp teman cek la..sbb lampu tuti dia menyala wlopong dah full
gen pun tataw tak paham.. ke masa baru on enjin dia mmg mnyala...

apa tu spara bulatan? gen tak paham
Quote Sagoo 11-6-2014 05:00 PM
genchi posted on 11-6-2014 04:48 PM
haahaha.. teman bukan lasak moto tuh... mmg takde perlu isi slalu.. tp teman cek la..sbb lampu tut ...

lampu 2T mmg akan menyala masa enjin ignition gen...lepas kita masuk gear 1 n so on baru dia hilang nyalaan dia.

tp pelik le kalo full pon dia tetap menyala....

separa bulatan tu..maksudnye..kejap je la teman bwk mike pusing2...


Quote genchi 11-6-2014 05:03 PM
Sagoo posted on 11-6-2014 05:00 PM
lampu 2T mmg akan menyala masa enjin ignition gen...lepas kita masuk gear 1 n so on baru dia hilan ...

owh yeke.. huhuh okeh .. paham bila msok gear satu jln mmg takde nyala dah la..
gen blom pndai stand tengah.. tak larat.. moto tu berat dan gen teda skill hahaha
dah byk kali try.. sudahnya gen mcm baru pas jogging dia punya pnat wakakak

cehh.. dekot.. boleh la teman nak test bwk moto baru mike
Quote Sagoo 11-6-2014 05:08 PM
genchi posted on 11-6-2014 05:03 PM
owh yeke.. huhuh okeh .. paham bila msok gear satu jln mmg takde nyala dah la..
gen blom pndai s ...

double stand x pandai lg? ekekeke xpe...nnt teman ajarkan..
lepas tu teman nk mike buat praktikel dpn teman haritu gak

kaki kanan tu letak atas stand kt bucu stand tu ade mcm besi terjulur sikit tu kan..ha pijak situ...tgn kanan pegang besi kt rear motor tu..
tgn kiri pegang handle...lepas tu mike pijak tongkat tu n dlm pada masa yg sama mike tarik besi pemegang kt rear motor tu..

xyah kuat pon xpe..janji ade sikit momentum je nnt dia menggelongsor dgn sendirinye...
Quote genchi 11-6-2014 05:20 PM
Sagoo posted on 11-6-2014 05:08 PM
double stand x pandai lg? ekekeke xpe...nnt teman ajarkan..
lepas tu teman nk mike buat praktikel ...

teman udah terai.. tupai kan ade besi bsar kt blakang tu.. teman taw camna nak buat.. tp mcm teman ckp
skill yillek.. tgk orang buat sng aje.. teman buat smpi kuar peloh jantan wakakak
napa ntah.. jgnkan tupai yg berat tuh.. moto lagenda yg rengan tu pun tak lepas
Quote Sagoo 11-6-2014 05:29 PM
genchi posted on 11-6-2014 05:20 PM
teman udah terai.. tupai kan ade besi bsar kt blakang tu.. teman taw camna nak buat.. tp mcm teman ...

kesiannye...ye la nnt teman tunjukkan caranye..mike x pas gak..mmg teman benam kepala mike dlm ekjos tupai
Quote genchi 12-6-2014 08:17 AM
Sagoo posted on 11-6-2014 05:29 PM
kesiannye...ye la nnt teman tunjukkan caranye..mike x pas gak..mmg teman benam kepala mike dlm  ...

hahahha jgn gelak.... yolah2.. teman akan jadik student yg baik
Quote Sagoo 12-6-2014 08:21 AM
genchi posted on 12-6-2014 08:17 AM
hahahha jgn gelak.... yolah2.. teman akan jadik student yg baik

student yg baik kene selalu blanje lecturernye minum
Quote genchi 12-6-2014 08:38 AM
Sagoo posted on 12-6-2014 08:21 AM
student yg baik kene selalu blanje lecturernye minum

blom hapa2 da mntk rasuah
Quote Sagoo 12-6-2014 08:49 AM
genchi posted on 12-6-2014 08:38 AM
blom hapa2 da mntk rasuah

biase la this is malaysia maaaaaa
Quote genchi 12-6-2014 08:52 AM
Sagoo posted on 12-6-2014 08:49 AM
biase la this is malaysia maaaaaa

puiiii.... nntlh teman lanje mike air suam.. ckplah.. kene kurangkan air tak sihat ni.. skunk pnyakit dtg scara snyap
Quote Sagoo 12-6-2014 08:58 AM
genchi posted on 12-6-2014 08:52 AM
puiiii.... nntlh teman lanje mike air suam.. ckplah.. kene kurangkan air tak sihat ni.. skunk pnya ...

alhamdulillah...sesungguhnye hanya air itu je yg teman boleh minum

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.156492 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top