CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perempuan Kena Tipu Rm90,000

16-6-2014 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11640| Komen: 122


Habsah (kiri) pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak semalam.


IPOH - Akibat terlalu percayakan seorang rakan yang dikenalinya sejak setahun lalu, seorang pesara kerugian lebih RM90,000 selepas terpedaya dengan tipu helah individu itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, 59, berkata, dia berkenalan dengan Gabriel Alexender, berusia dalam lingkungan 50-an di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mereka pernah beberapa kali berjumpa.

Menurutnya, lelaki itu berasal daripada United Kingdom dan mereka berkomunikasi menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

“Menerusi Whatsapp pada 18 Mei lalu, Gabriel mengatakan ada mengirimkan bungkusan mengandungi wang AS$300,000 (RM960,000) dan dua hari selepas itu saya dihubungi kakitangan syarikat penghantaran yang bernama Jonas Martin.

"Jonas meminta saya menjelaskan bayaran cukai kastam berjumlah RM2,550 dan RM15,000 untuk diberikan kepada pihak kastam," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak semalam.

Habsah berkata, dia berasa tidak sedap hati namun disebabkan bungkusan itu dikirimkan oleh Gabriel, dia tetap menjelaskan bayaran itu dengan harapan dapat menerima bungkusan dikirmkan itu.

Bagaimanapun katanya, Jonas sekali lagi menghubunginya dan meminta wang sebanyak RM40,000 dengan alasan untuk mendapatkan Lesen Pengubahan Wang Haram serta bayaran duti stamp sebanyak RM10,500.

Katanya, disebabkan terlalu banyak transaksi dilakukan kepada tiga individu berbeza, dia memutuskan untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan sendiri bungkusan tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, dia terkejut apabila Jonas enggan menemuinya dengan alasan dia tidak memasukkan wang RM25,000 ke salah satu akaun kakitangannya.

“Kami ada bertengkar melalui panggilan telefon, dia meminta saya masukkan wang atau datang bersama Gabriel untuk mendapatkan bungkusan tersebut. Saya kemudiannya pulang dengan tangan kosong.

“Hingga kini, saya tidak menerima sebarang bungkusan dan baru tersedar ditipu. Saya akan membuat laporan polis dan berharap pihak polis dapat membantu menyelesaikan kes ini sehingga tertangkapnya pelaku tersebut,”
katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya telah menerima 10 hingga 20 kes sama sejak 2011 namun masih ada mangsa yang terpedaya dengan sindiket seumpama itu.

“Mereka ambil masa untuk mengenali mangsa sebelum tabur janji manis sehingga mangsa sanggup menyerahkan wang mereka tanpa mengetahui asal usul rakan yang baru dikenali itu,” katanya.

12

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rdzaccess 14-6-2014 02:37 PM
duit yang terkumpul tak cukup untuk bayar zakat ...
Quote voiletiris 14-6-2014 02:38 PM
duit dlm bungkusan di kirim oleh sesorang pun pecaya..memang sewel .padan muka
Quote ultra78 14-6-2014 02:39 PM
Simple aje petua supaya tak ditipu.

Orang tidak akan senang-senang kirim duit kepada kita

Quote FanTasyCreaTioN 14-6-2014 02:43 PM
ultra78 posted on 14-6-2014 02:39 PM
Simple aje petua supaya tak ditipu.

Orang tidak akan senang-senang kirim duit kepada kita

tambah skit lagi..

Orang tidak akan senang-senang nak berkongsi cara nak kaya dengan kita

Amalkan petua2 ni .. Selamat hidop

Quote kumbang7 14-6-2014 02:48 PM
FanTasyCreaTioN posted on 14-6-2014 02:43 PM
tambah skit lagi..

Orang tidak akan senang-senang nak berkongsi cara nak kaya dengan kita

eh tu yang ramai2 tiap2 minggu g seminar nak kaya tu adakah mereka kena tipu?
Quote FanTasyCreaTioN 14-6-2014 02:49 PM
kumbang7 posted on 14-6-2014 02:48 PM
eh tu yang ramai2 tiap2 minggu g seminar nak kaya tu adakah mereka kena tipu?

abang kumbang ada pergi ka?
Quote sueism 14-6-2014 02:51 PM
tak serik2 lagi dengan bungkusan nie??? memang kalau org hantar barang minta clear kastam ke
apa yg konon hantar cash ke tak yah lah percaya. walaupun org yg kita kenal setahun . dari kena tipu duit banyak tu baik pergi holiday or beli beg chanel hehehe
Quote drivethru 14-6-2014 02:52 PM
bukan mudah nk jd kaya

bukan susah nk jd miskin

Quote kumbang7 14-6-2014 02:53 PM
FanTasyCreaTioN posted on 14-6-2014 02:49 PM
abang kumbang ada pergi ka?

penah pegi sekali kena bayar rm50..rupanya seminar tu cuma promo utk suruh pergi seminar next level yg yurannya riban2...
Quote FanTasyCreaTioN 14-6-2014 02:58 PM
kumbang7 posted on 14-6-2014 02:53 PM
penah pegi sekali kena bayar rm50..rupanya seminar tu cuma promo utk suruh pergi seminar next leve ...

hahahaha tau takpa ..
tipah tertipu jugak la kan bang
kata kan sorang rm50..
perghh.. bayangkan 10 orang ja la .. dah rm500 .. untuk sehari ja tu gaji..

tetiba teringat kat mat2 rempit yang kena tangkap tu..
daripada hukum dier rang dengan penjara ..
baik suruh dier rang edarkan pamplet untuk menyedarkan orang ramai tentang perkara macam ni


Quote poison_paradise 14-6-2014 03:07 PM
Janda gersang ke ni.. Desperet tau plak tutup muke
Quote soebyuk 14-6-2014 03:08 PM
memang ada .....
sorang kenalan ....
mula2 nak pinjam duit ngan aii , cakap barang die kena tahan kat kastam kena bayar lebih kurang 60k...
aii bagi pinjam lah 25k , utk top up yg selebihnya .. aii memang percaya die dan die pun  org yg boleh d percayai ...

tup2 esok nak pergi ... die p telefon kastam  tanya sekian2 no parcel .... bila check tak ada ,  no tersebut .... sib baik kalau tak leburlah duit die 60k ++...

bila suh die berterus terang barulah tahu ... barang apa yg kena sekat tuh .... die kata duit ... aii ingat die buat pelaburan ker ... apa ker... tapi pasal apa dgn cash bagai? .... guna transfer jer lah .... ishh .. macam mana boleh die terjebat dgn benda2 cam  gini ....  

itulah aii kata mana ada datang duit , kalau kita tak berusaha... nak duit berusahalah ... bekerja.... bukan dapat dgn cara mudah cam tuh ... tapi baik utk pengajaran die ....

dalam diri jgn ada sifat tamak ....
Quote Santeira 14-6-2014 03:11 PM
tamak punya pasal. gelap mata.
Quote ~boolean 14-6-2014 03:14 PM
Penipuan sebegini memang biasa.

Yang luar biasanya ada tolol percaya   bungkusan duit. Duit sebanyak itu kau percaya ada orang hantar melalui bungkusan. Ini tolol tidak boleh diubati lagi.
Quote GhostWalking 14-6-2014 03:16 PM
Habsah ni aku rasa ada spin cerita lah.slalu kes scammer takkan jumpa dengan mangsa.
Plus why would a woman needs to spend for the man?sila belajar bezakan kokesen dan local.
Pprt sangat.kesian.
Quote protonpersona 14-6-2014 03:20 PM
pengalaman hidup dah sampai senja..tapi bodoh juga tak ambil iktibar dari kisah org lain...kesian sungguh
Quote alinone78 14-6-2014 03:21 PM
Mak sapa la ni
Dah tua2 pun nak gatai berkawan dengan foreigner n bz update fb bagai
Dah senja2 ni bawa2 la k masjid n belaja agama makcik weih

Ps : gabriel ni kulit itam k kulit putih?
Quote encikWawad 14-6-2014 03:22 PM
haiiii kenapa lahhh vongok dan tamak sangatttt
padan lah mukaa tu je yang leh di cakap
takde baca newspaper ke? duk dalam gua mana ni?
Quote nana5788 14-6-2014 03:25 PM
Alahai senang sungguh kena tipu...

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.062166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top