CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nabil Bidas Kritikan Cium Pipi Isteri

16-6-2014 03:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20348| Komen: 51



Sebelum ini pasangan suami isteri sensasi Rozita Che Wan (Che Tah) dan Zain Saidin pernah dikecam dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram Che Tah menunjukkan mereka kononnya bercium mulut di depan menara Eiffel, di Paris. Menerima nasib yang sama baru-baru ini pula ialah pasangan suami isteri Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub.

"Cium pipi. Itu lah yang saya pelik sikit tu... sebab, minta maaf cakap la ya, banyak artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters releks jer tak pula kritik. Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa... sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain", kata Nabil ketika ditemui pada sidang media sitkom 'Cakap Melayulah! bertempat di Unitar, semalam.


Pelakon dan pelawak berusia 30 tahun ini diminta mengulas mengenai segelintir pengikut di Instagramnya yang melemparkan kritikan ekoran gambar menunjukkan dia mencium pipi isterinya di hadapan menara Eiffel, beberapa minggu lalu.

Tidak kisah dengan kritikan tersebut, Nabil bagaimanapun berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang itu kali pertama dia menjejakkan kaki di salah sebuah negara Eropah itu.

Kata Nabil, dia sebetulnya ke Paris kerana menjalani penggambaran telemovie 'Strawberi Karipap Lost in Paris'. Alang-alang menjejakkan kaki ke kota yang terkenal dengan jolokan 'kota cinta' itu, dia turut membawa Nazirah bersama untuk menemaninya sekaligus mengambil kesempatan bercuti.

"Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma nak kongsi momen tu dengan peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pula orang nak kondem. Saya rasa haters tu semua mereka tak ada arah hidup, kot.

"Tapi saya sebenarnya tak baca pun komen-komen tu, kawan-kawan yang beritahu saya. Saya tak block haters-haters tu. Biarkan sajalah, lagipun daripada 100 komen, 10 jer yang cakap tak elok, yang lain tu okay saja", katanya yang berada di sana selama sembilan hari.

Nak Anak Lagi


Dalam pada itu, Nabil juga berkata dia dan isteri kini sedang berusaha mahu memperolehi cahaya mata kedua. Nabil dan Nazirah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Naera Mikayla kini berusia hampir dua tahun.

"Kami memang rancang nak anak lagi. Kasihan pada Mika sebab dia main-main sorang-sorang. Kalau bawa dia ke Toys R Us di Mid Valley, dia tak mahu balik sebab di sana ada macam taman permainan mini. Dia seronok bila dapat main dengan anak-anak orang lain.

"Saya pun kalau boleh nak anak lelaki. Sebab kawan-kawan saya kalau kami keluar lepak minum bersama, ada yang bawa anak lelaki mereka. Seronok jer saya tengok. Baru-baru ni saya ada satu sesi fotografi bersama Zahiril Adzim. Dia bawa sekali anak dia, Anaqi. Comel betul anak dia.

Jadi sekarang ni kami amalkan semula amalan semasa nak dapatkan anak pertama dulu iaiatu makan kurma dengan susu kambing", katanya dengan nada teruja.

Dalam perkembangan lain, Nabil bakal muncul dalam sitkom 'Cakap Melayulah!' mulai 23 Jun ini yang akan disiarkan di saluran Astro Warna. Selain itu, dia sibuk dengan komitmen sebagai hos 'Meletop' dan 'Ceria Pop Star musim terbaru'.

Nabil juga baru saja tamat menjalani penggambaran sebuah program baru, 'Bam Bam Bel'. Program tersebut mengggandingkannya bersama penyanyi cilik popular Indonesia, Tegar.

Menurut Nabil, program berkenaan memaparkan tentang dia dan Tegar melakukan pelbagai aktiviti ekstrem seperti bungee jumping dan motocross. Penggambaran dijalankan sekitar Malaysia dan Indonesia.

Pada pertengahan bulan ini, dia juga bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie 'Nangkrong' arahan pengarah Michael Ng.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiratna 13-6-2014 10:19 AM
lorr mana kau tau yg retis couple g bercuti bercium bagi x kena kutuk
da xminat nabil..next
Quote miss_jay 13-6-2014 10:27 AM
lantak lah.
bini dia kan.

asal bibir anak dia mcm tu?
Quote funtasy 13-6-2014 10:34 AM
adiratna posted on 13-6-2014 10:19 AM
lorr mana kau tau yg retis couple g bercuti bercium bagi x kena kutuk
da xminat nabil..next

ko punyer avvy pun ciom molot dikk...
Quote okonkwo 13-6-2014 10:42 AM
huntong larr dapat bini cun
dapat repair keturunan.
Quote azie.dz 13-6-2014 10:44 AM
kalau diam je tak leh ke nabil...kena komen gak eh issue ni?
Quote ellZack 13-6-2014 10:51 AM
adiratna posted on 13-6-2014 10:19 AM
lorr mana kau tau yg retis couple g bercuti bercium bagi x kena kutuk
da xminat nabil..next

Ni gary ni, nak kena kutuk dengan haters jugak ke suka2 hati cium pipi ji hyo. Dah la tak kahwin lagi.








Quote adiratna 13-6-2014 10:53 AM
funtasy posted on 13-6-2014 10:34 AM
ko punyer avvy pun ciom molot dikk...

ehem ehem cium mulut mana nya adikkk..cium pipi je tu




Quote funtasy 13-6-2014 10:55 AM
adiratna posted on 13-6-2014 10:53 AM
ehem ehem cium mulut mana nya adikkk..cium pipi je tu

oh..ye ker..hehehe
Quote zazazieglers 13-6-2014 11:18 AM
aku pelik lah dengan artis yang salu buat statement, kalau artis lain buat tade pun kena bash. eh bahalol, kau tak reti bace paper, tak reti browse internet ke? tak nampak ke ramai je cerca dengan perbuatan level tapak kaki mcm korang selalu buat tu?
Quote nurfariezza 13-6-2014 11:26 AM
mmg sje up cite nk sruh org igt blik kn...

sorry abg babil, cite u hot mcm cite kuan....
Quote anayeizra 13-6-2014 11:30 AM
alaa... ape salah nye die cium bini die.. bini die bkn bini org lain.. che ta nk cium mulut zain pun biarlah.. laki bini punye citer.... ape lah... huhuhu
Quote anayeizra 13-6-2014 11:31 AM
adiratna posted on 13-6-2014 10:53 AM
ehem ehem cium mulut mana nya adikkk..cium pipi je tu

aku suke ji hyo... aku suke gary... wlupun gary tak hensem mcm min ho tp gary romantik dan nampak sgt die falling in love kt ji hyo... hahahahaha...
Quote hanezzafirah 13-6-2014 11:32 AM
nape masa saya cium uqasha xde hatez??
Quote NHolmes 13-6-2014 11:32 AM
miss_jay posted on 13-6-2014 10:27 AM
lantak lah.
bini dia kan.


Maksud ko ape? Besor ke? Ikot nabil la ko tgkla bibir nabil cmna
Quote tomet05 13-6-2014 03:11 PM
bini dia kan .. kui3 ..
Quote naszrain 13-6-2014 03:15 PM
Ok jer..pemandangan biasa jer.
Quote hanie_z 13-6-2014 03:22 PM
hanezzafirah posted on 13-6-2014 11:32 AM
nape masa saya cium uqasha xde hatez??

bhahahahaha..
dia dah lupa letteww..kikikikiki
Quote ouch! 13-6-2014 03:41 PM
hanie_z posted on 13-6-2014 03:22 PM
bhahahahaha..
dia dah lupa letteww..kikikikiki

dia tak lupa aku rasa
dlm hati dia ckp cium awek kena kondem
cium bini pun kena jugak...


mmg tak tentu arah haterzzzz ni!
Quote meensha 13-6-2014 03:46 PM
mana gamba dia cium bini dia..
tepek lah...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044484 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top