Laporan Sinar Harian 23 April lalu. KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam setelah didapati bersalah menyembunyikan kelahirannya. Bukan itu sahaja, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Teknologi Maklumat (IT) yang berusia 21 tahun itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda. Kesemua hukuman itu diputuskan selepas gadis yang berasal dari Kundasang, Ranau, Sabah itu mengaku salah telah menyembunyikan kelahiran seorang bayi di Tingkat 4, Flat Awam Padang Hiliran, di sini. Dia mengaku salah melakukan perbuatan itu pada 22 April lalu, kira-kira jam 2.30 pagi. Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi. Berdasarkan fakta kes, pada 22 April lalu, lebih kurang jam 2.30 pagi, semasa rakan serumahnya berada di rumah berkenaan, dia mendapati tertuduh telah terbaring di depan pintu bilik air. Kemudian rakan serumah tertuduh ternampak di dalam bilik air ada tompokan darah dan di dalam mangkuk tandas ada seperti tubuh bayi sebelum mengambil keputusan menghubungi ambulans untuk tindakan susulan. Pihak hospital sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 pagi dan ketika itu, doktor bertugas telah mengesahkan kematian bayi tersebut kerana mayat bayi telah biru; tidak bergerak dan kepala terendam di dalam air. Hasil bedah siasat mengesahkan bayi tersebut mati disebabkan semasa kelahiran. Terdahulu, tertuduh mengakui selepas kejadian itu, dia dihantui bayi tersebut dan dosa-dosa silamnya serta mengakui bertindak sedemikian kerana kurangnya didikan agama. Pengakuan itu dibuat melalui peguam belanya, Muhamad Hayatuddin Mohd semasa membuat rayuan bagi meminta diringankan hukuman terhadap dirinya. Sinar Harian keluaran 23 April lalu menyiarkan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Flat Awam Padang Hiliran, di sini, yang disewa sekumpulan pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini. Siasatan awal pihak polis percaya mayat bayi berkenaan adalah hasil hubungan pelajar itu dengan seorang tukang cat yang berasal dari negeri ini beberapa bulan lalu dan kehamilan itu juga disembunyikan daripada pengetahuan rakan dan keluarga.
|
STONER posted on 16-6-2014 12:23 PM
baca la wahai perempuan sekalian. seronok ngesek sama2, bila terberanak sorg2. mana boifren dia? atl ...
funtasy posted on 16-6-2014 12:37 PM
memalukan org sabah ja..elok la engko meringkuk dipenjara sambil dibayangi tangisan bayi..
kumbang7 posted on 16-6-2014 02:40 PM
xsempat nak merengkok...sesi lawatan dan berjalan2 di sekitar penjara pun rasanya xsempat...
STONER posted on 16-6-2014 02:37 PM
yg lagi sadis takde bapa nk azan atau iqama kan baby tk berdosa tu
ADVERTISEMENT