CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar 14 Tahun Mati Dibelasah Lelaki 70 Tahun

17-6-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16417| Komen: 143

Gambar hiasan


SHAH ALAM 16 Jun - Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya. 

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.
"Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut," katanya.

Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini petang ini. 


Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek. 

Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 16-6-2014 09:48 PM
.. gaduh pasai apa niee...sampai pukul memukul nieeeeeeeeeeeee
Quote gusikuberdarah 16-6-2014 09:48 PM
motif bergaduh?
Quote mak_wa95 16-6-2014 09:50 PM
tua dah xde akal lagi..

dengan budak umur 14 tahun kuttt..
Quote OmJualGas 16-6-2014 09:52 PM
gadu pasal world cup kot...
Quote noor2 16-6-2014 09:52 PM
sampai umur 70 pun tak hilang2 baran..
Quote gusikuberdarah 16-6-2014 09:55 PM
noor2 posted on 16-6-2014 09:52 PM
sampai umur 70 pun tak hilang2 baran..

tp xtau gak kot2 budak tu yg mula dlu..tua2 tu pon pantang dicabar
Quote mommymonster82 16-6-2014 09:57 PM
Budak skrg tak boleh dijangka kelakuan biadapnya..

Sekali p cik ni samseng kpg dusun..merasalah
Quote noor2 16-6-2014 09:58 PM
gusikuberdarah posted on 16-6-2014 09:55 PM
tp xtau gak kot2 budak tu yg mula dlu..tua2 tu pon pantang dicabar

itula....


nick ni buat i tergelak ja tiap kali ternampak...sama juga kalau ternampak kak kakikudibibirmu..




Quote dubuk 16-6-2014 10:04 PM
mulut masing masing lancang rasanya
Quote mizahanan 16-6-2014 10:06 PM
Baru betui bestari jaya, kuala selangor

Dgn budak x tumbuh bulu lagi pon pokcik nak buat gaduh
Quote gusikuberdarah 16-6-2014 10:08 PM
noor2 posted on 16-6-2014 09:58 PM
itula....

msti terbayangkan gusi yg meleleh2 penuh ngn darah kan?
Quote R2D2 16-6-2014 10:11 PM
kerana pulut santan binasa
Quote batu kikir 16-6-2014 10:16 PM
Aku harap pakcik ni dihukum gantung secepat mungkin.
70 tahun dah puas hidup.......puas ngesek.
Budak 14 tahun baru nak ngecap kehidupan. Cilako.
Quote Anak_Nogori 16-6-2014 10:21 PM
Berdarah dipeha boleh mati..pelik
Quote MissNigga 16-6-2014 10:23 PM
Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadian di Bestari Jaya, Kuala Selangor, kira-kira 9.30 malam semalam.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi kuat di tempat kejadian sebelum ditemui oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah.

Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang menerima maklumat dari orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi rawatan.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital itu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 akibat pendarahan teruk akibat luka di peha kanan.

Polis yang menerima laporan dari pihak hospital menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun untuk membantu siasatan.



Budak lagi tueeeeeeeeeeeeeeeeeee ...



Quote siti_kus 16-6-2014 10:23 PM
Org tua ni kan makin tua makin mcm budak. Nyanyuk.
Quote xAthenax 16-6-2014 10:24 PM
MissNigga posted on 16-6-2014 10:23 PM
Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadia ...

mesti jenis yang press minyak kuat2 depan umah orang ni...
kesian...
Quote satriastendet 16-6-2014 10:30 PM
MissNigga posted on 16-6-2014 10:23 PM
Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadia ...

Parents x reti nk didik anak....mcm ni la antara kesudahannya
Quote Anak_Nogori 16-6-2014 10:36 PM
satriastendet posted on 16-6-2014 10:30 PM
Parents x reti nk didik anak....mcm ni la antara kesudahannya

nak2 dah selalu sgt agaknya..lesen plak tak ada.

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top