CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Maut Digilis- Suami Kutip Organ Dalaman Isteri

17-6-2014 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36312| Komen: 347

Suami sebak kutip organ dalaman isteri yang maut digilis lori pasir


Hafiz

KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.

Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.



Noorshah

“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.

Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 17-6-2014 12:33 PM
Inalillah..

takziah..
Quote penari 17-6-2014 12:34 PM
kesian bro apiz..sabar bang..dugaan Allah
Quote nacein 17-6-2014 12:37 PM
Al-Fatihah....lori ni apasal time org nk p kerja time tu la dia mnyelit jugak.... huh
Quote girly.. 17-6-2014 12:37 PM
takziah.. sedih baca

kong ajau btl mercz tuh..
Quote kucing_gebu 17-6-2014 12:37 PM
innalillah...kesiannya..
tp tu lah bahayanya...aku selalu jumpa penunggang motor yg suka menyelit2 tak kira lori ke bas ke...
semoga jadi pengajaran kt kita semua....

lepas ni si suami terpaksa la bekerja pulak utk menyara diri dan anak sambil belajar agama...
tanggungjawab memelihara anak wajib ditunaikan...
Quote cmf_conan 17-6-2014 12:42 PM
aku bukan tanak kesian tapi dah kenapa dok lalu jugak antara lori ngan kereta tu?
byk kali dah aku tgk gini.. takleh tunggu kejap kete lori tu gerak dulu ke?
lori sah2 tak perasan moto tu.. buatnye tengah menyelit, moto tu dok kat blind spot kete
bile kete gerak memang la tak nampak.. setakat gesel sikit, bukan kete tu rasa pon..
TAPI kalo kete tu memang nampak moto dan saje dengki tanak bagi lalu, memang tak patut laa..
ATAU kete tu tak perasan moto tu tapi nampak moto tu dah tergolek, pastu die cabut. Sama ada tak terfikir die penyebab atau takut dan terus cabut.

byk kali gak aku tgk moto menyelit antara bas ngan lori.. dah la lori ngan bas tu pon rapat2.. memang cari maut betul..
Quote kumbang7 17-6-2014 12:43 PM
cmf_conan posted on 17-6-2014 12:42 PM
aku bukan tanak kesian tapi dah kenapa dok lalu jugak antara lori ngan kereta tu?
byk kali dah aku  ...

kdg2 moto ni dok rasa org akan bg laluan kt dia..padahal org xperasan pun
Quote ronin 17-6-2014 12:44 PM
bahaya mencelah-celah di antara kenderaan. mcm lori tu....patutnya dia fikir risiko yg tinggi especially bila bawak penumpang.....tapi dah berlaku nak buat mcm mana.....
Quote lasagnaklcc 17-6-2014 12:51 PM
Mengutip jantung hati dan paru2....  
Quote amyainsamad 17-6-2014 12:54 PM
takziah..........
Quote mie07 17-6-2014 12:55 PM
Sedihnya..sedih juga fikirkan anak kecil tu....................ditinggal ibu...
Quote haryatie 17-6-2014 12:56 PM
ya Allah...kesiannyer...
bawak motor mencelah celah ni mmg membahayakan...

Quote Artemesiaa 17-6-2014 12:58 PM
Innalillah...takziah pada keluarga mangsa.  Biar lambat asalkan selamat tak perlulah menyelit2 yang sah2 boleh membahayakan.  
Quote Czaziq 17-6-2014 01:02 PM
sebelum nk mencelah hon la dulu. xpun tgu kete tu lepas baru lah jalan. yg penting pemandu mercedes pakcik tua tu harus dibelasah veramai2 sbb xbertanggungjawab. apapun alfatihah n takziah diucapkan.
Quote suatumasa 17-6-2014 01:03 PM
aku sedihhhhh.....
Quote blackred99 17-6-2014 01:03 PM
takziah diucapkan..

harap sedara dpt bekerja selepas ni utk menyara hidup anak.
Quote cfa 17-6-2014 01:04 PM
kenapa dia kata kereta tu lari, apa salah kereta tuh, yang salah dia dah tau bahaya dok menyelit lagi, satu lagi yang salah pokcik warga emas tuh yang menghimpit moto dia , dan satu lagi lori yang lenyek bini dia...so apa fungsi kereta nih yang menyebabkan kena tuduh melarikan diri dari tempat kejadian..?
Quote shahx 17-6-2014 01:09 PM
?

?

?
Quote shahx 17-6-2014 01:10 PM
?

?

?

Last edited by shahx on 17-6-2014 05:23 PM

Lihat semua komen(347)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.064735 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top