LABU – Gara-gara mengelak lembu melintas, seorang pemandu berusia awal 30-an cedera di bahagian dada apabila kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang, di Jalan Tiroi Baru 6, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa hilang kawalan selepas terlihat lembu yang tiba-tiba melintas jalan. Difahamkan, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Sikamat, Seremban menghala ke Shah Alam untuk ke tempat kerja. Menurut saksi, Mohktar Ahmad, 43, kejadian disedari selepas dia menghantar anaknya ke sekolah kira-kira 8 pagi. “Dalam perjalanan pulang, saya terlihat beberapa lelaki duduk di tepi jalan, sementara menunggu lori tunda datang. “Ketika berbual dengan pemandu itu, saya dimaklumkan bahawa kereta itu hilang kawalan semasa mengelak lembu sedang melintas di kawasan berkenaan. “Akibatnya, kereta mangsa terjunam ke dalam longkang sehingga menyebabkan kereta tersebut rosak di bahagian atas,” katanya.
|
10
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
olee_77 posted on 20-6-2014 04:36 PM
gila awal lembu tu kuar carik makan...
last 2 weeks pun masa tengah drive kat jalan tu, segerombol ...
annehuda posted on 20-6-2014 03:58 PM
lembu tetiba berlari melintas jalan mcm babi kah? ke mmg pemandu die tgh berangan gitu
ADVERTISEMENT