Harga menarik di bawah AFTA untuk penunggang di Malaysia bagi model F 800 R dan BMW F 800 GS Dua buah motosikal yang merupakan model terawal dipasang oleh BMW di Asia Tenggara kini baru sahaja diperkenalkan kepada pasaran Malaysia. Ia adalah model F 800 R dan F 800 GS. Walaupun dipasang di Thailand, kualitinya tetap sama kerana semua bahagian masih lagi diimport dari Jerman dan pemasangannya dikawal rapi. Kedua-duanya menggunakan enjin empat strok dua silinder berkapasiti 798cc dan padanan kotak gear enam kelajuan namun masing-masing mempunyai karekter yang berbeza; F 800 R sebagai sebuah ‘roadster’ manakala F 800 GS pula sebuah motosikal kembara. INFO Ciri-ciri F 800 R / F 800 GS Kuasa maksimum 87hp / 85hp Tork maksimum 86Nm / 83Nm Ciri keselamatan Brek ABS / Brek ABS, Automatic Stability Control (ASC) sebagai pilihan tambahan Pilihan warna Oren, biru, putih, hitam Putih, biru, perang Ketibaan dua buah motosikal ini dijangka menggoncang pasaran kerana melalui pemasangan yang dilakukan di Thailand dan mengambil peluang daripada Perjanjian Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA), ia dapat ditawarkan pada harga yang lebih menarik bagi pengguna. RM63,800 untuk F 800 R dan RM73,900 untuk F 800 GS, kedua-duanya turut didatangkan dengan pakej servis istimewa atau 40,000 kilometer (yang mana tiba dahulu) dan jaminan antarabangsa selama dua tahun (tanpa had batuan). Selain itu, pengguna juga mempunyai pilihan untuk memiliki F 800 GS yang direndahkan pada kos tambahan RM3,000 dan pelbagai aksesori lain. Melalui pakej servis itimewa tersebut, barang yang ditukar seperti minyak, penapis minyak, gasket, palam pencucuh dan beberapa bahagian lain akan diberikan percuma termasuk kos upah. Walaubagaimanapun barang yang lusuh akibat dipakai (wear and tear)seperti pelapik brek, sprocket dan rantai tidak termasuk dalam pakej ini.
|
ADVERTISEMENT