CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Berselfie Tinggal Anak OKU Kurus Kering

23-6-2014 10:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7605| Komen: 9

Ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah


Seremban : “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.


Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.


Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.


“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=811953


1

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ana_w_houb 24-6-2014 06:48 PM
orang susah tak selfie dlm kete....depa selfie kat dalam bas,tepi bas stand.....

apapun aku harap kakak ni bertaubat lah....
Quote reenr 24-6-2014 02:51 PM
kesian anak OKU tu.. apa lah dosa kau adik? :(
Quote Knowlee 23-6-2014 07:18 PM
hurm... ada jugak orang2 luar yg membela si ibu ni... entah la...
Quote adikacu 23-6-2014 05:06 PM
apa nak jadi la dgn sifat manusia skg ni.
Quote helmeita 23-6-2014 04:53 PM
hem.. bila ibu pentingkan perut sendiri berbanding keperluan anak... ni lah hasilnya
Quote nabil87 23-6-2014 03:31 PM
0wg ssh sguh eyh dia. ad nset canggih, make up, berselfie smua ad ms. mampu beli kete. ttb xd ms plk nk jg anak. tahi pny ppn.
Quote garyura 23-6-2014 03:17 PM
duit abis beli tudung dan henset...tak sempat nk tgk anak2 kerana sebok bekerja, berselfie dan berfb
Quote Eljie 23-6-2014 03:08 PM
malunya aku bila aku tau mak dia ni asal dari negeri yang sama dengan aku. oh tidakkkk!!
Quote BlackRed 23-6-2014 12:43 PM
Dalam pic tu berisi la lg... Yg terbaru ni kurus kering apahal??? Ade plak duit beli mekap, baju cantik2 bagai? Makan anak tak mampu bagi. Nasi goreng pun tak mampu nak masak bg anak makan ke? Patut amek tindakan kat betina mcm neh!!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.138528 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top