KUALA LUMPUR: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyeru semua masjid di republik itu untuk tidak berkonfrontasi atau mengecam kumpulan pengamal seks songsang atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebaliknya memberi sokongan dan pertolongan untuk mereka berubah.
Kenyataan MUIS itu merujuk kepada penganjuran acara tahunan Pink Dot yang akan berlangsung di republik itu pada minggu depan, lapor laman web akhbar Today. Perhimpunan di Speakers’ Corner itu adalah acara sokongan kepada golongan LGBT.
Laporan itu memetik pekeliling nasihat yang dikeluarkan kepada semua masjid. Dalam pekeliling itu, MUIS menegaskan ia menentang usaha menggalakkan gaya hidup LGBT tetapi ia tidak juga menganjurkan pendekatan konfrontasi dengan mereka.
“Kita tidak setuju dengan cara hidup LGBT dan tidak dapat bersetuju dengan usaha mengalakkannya.
"Bagaimanapun, kita perlu merancang sesuatu yang bukan saja mengukuhkan pertahanan masyarakat kita daripada gaya hidup LGBT tetapi juga membantu mereka yang mengamalkan gaya hidup ini untuk meninggalkannya dan pada masa sama, membantu mereka yang cenderung ke arah gaya hidup itu mengatasi kemahuan itu dengan memberi sokongan kepada mereka," kata MUIS seperti dipetik oleh Today.
Pekeliling itu juga meminta semua program yang dianjurkan oleh masjid tidak dilihat sebagai menentang golongan tersebut, lapor Today.
Pekeliling itu bertarikh pada Jumaat dan ditandatangani oleh pengarah pembangunan agama MUIS, Mohd Murat Aris. Ia juga dilaporkan tersebar di jaringan media sosial Facebook dan Today mengesahkan kesahihannya dengan badan agama itu.
Pekeliling itu juga menyebut perkara-perkara utama yang dibincangkan antara Pejabat Mufti dengan pegawai-pegawai masjid pada 12 Jun lepas. Sesi itu diatur untyk Mufti Mohamed Fatris Bakaram menyediakan garis panduan untuk membina keutuhan ummah menghadapi gaya hidup LGBT.
Ia antara lain menganjurkan penekanan kepada mesej yang menggalakkan institusi kekeluargaan dan pentingnya pendidikan kepada ahli keluarga agar tidak terjebak ke jalan LGBT. Mesej itu harus digalakkan sepanjang bulan Ramadan nanti tetapi tidak semestinya terhad kepada isu LGBT saja.
Mengenai pendekatan tidak berkonfrontasi, MUIS berkata: “Yang pertama dan terutama ialah memastikan mereka tidak menjauhkan diri daripada agama dan masjid. Kedua, mengelak daripada terlibat dengan perbahasan yang tidak perlu dengan mereka yang akan menjejaskan usaha jangka panjang kita. Pada masa sama, kita juga tidak mahu mereka mendapat publisiti."
Pekeliling itu juga meminta masjid-masjid agar "tidak dilihat terlibat" dalam perbalahan antara penganjur perhimpunan Pink Dot dengan penganjur kempen Pakai Putih. Kempen siber itu digerakkan oleh pendakwah muda, Noor Deros.
Noor menggesa umat Islam mengenakan pakai serba putih Sabtu depan sebagai membantah homoseksualiti dan mempertahan nilai tradisi kekeluargaan. Kempen itu kebetulan digerakkan pada hari pertama bulan Ramadan yang sangat mulia kepada umat Islam.
Noor mempertahankan kempennya itu. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berharap kempen pakai putih itu akan dapat diadakan setiap tahun.
Laman Facebook kempen itu mendapat sokongan hampir 3,000 orang. Ia juga mencetuskan kritikan di media sosial kerana disifatkan memecah-belahkan masyarakat.
Kaji selidik sebuah institusi kajian dasar minggu lalu mendapati masyarakat Islam dan Kristian Protestan di Singapura menentang isu-isu moral seperti hubungan seks sejenis, seks luar nikah, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis serta judi.
Seorang paderi kanan pada Jumaat turut mengumumkan sokongan terhadap kempen pakai putih. "Saya gembira kerana masyarakat Islam Singapura membuat pendirian lantang dan secara visual demi moral dan keluarga," kata paderi Lawrence Khong dari gereja Faith Community Baptist. Tambah beliau, pihaknya juga akan menganjurkan penganut Kristian yang berpendirian sama memakai putih minggu depan untuk menunjukkan sokongan.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura bulan lalu menolak permohonan sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh paderi itu untuk mengadakan rapat umum acara kekeluargaan. Acara itu menyeru pesertanya memakai merah pada Sabtu depan untuk melawan acara Pink Dot. atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebaliknya memberi sokongan dan pertolongan untuk mereka berubah.
Kenyataan MUIS itu merujuk kepada penganjuran acara tahunan Pink Dot yang akan berlangsung di republik itu pada minggu depan, lapor laman web akhbar Today. Perhimpunan di Speakers’ Corner itu adalah acara sokongan kepada golongan LGBT.
Laporan itu memetik pekeliling nasihat yang dikeluarkan kepada semua masjid. Dalam pekeliling itu, MUIS menegaskan ia menentang usaha menggalakkan gaya hidup LGBT tetapi ia tidak juga menganjurkan pendekatan konfrontasi dengan mereka.
“Kita tidak setuju dengan cara hidup LGBT dan tidak dapat bersetuju dengan usaha mengalakkannya.
"Bagaimanapun, kita perlu merancang sesuatu yang bukan saja mengukuhkan pertahanan masyarakat kita daripada gaya hidup LGBT tetapi juga membantu mereka yang mengamalkan gaya hidup ini untuk meninggalkannya dan pada masa sama, membantu mereka yang cenderung ke arah gaya hidup itu mengatasi kemahuan itu dengan memberi sokongan kepada mereka," kata MUIS seperti dipetik oleh Today.
Pekeliling itu juga meminta semua program yang dianjurkan oleh masjid tidak dilihat sebagai menentang golongan tersebut, lapor Today.
Pekeliling itu bertarikh pada Jumaat dan ditandatangani oleh pengarah pembangunan agama MUIS, Mohd Murat Aris. Ia juga dilaporkan tersebar di jaringan media sosial Facebook dan Today mengesahkan kesahihannya dengan badan agama itu.
Pekeliling itu juga menyebut perkara-perkara utama yang dibincangkan antara Pejabat Mufti dengan pegawai-pegawai masjid pada 12 Jun lepas. Sesi itu diatur untyk Mufti Mohamed Fatris Bakaram menyediakan garis panduan untuk membina keutuhan ummah menghadapi gaya hidup LGBT.
Ia antara lain menganjurkan penekanan kepada mesej yang menggalakkan institusi kekeluargaan dan pentingnya pendidikan kepada ahli keluarga agar tidak terjebak ke jalan LGBT. Mesej itu harus digalakkan sepanjang bulan Ramadan nanti tetapi tidak semestinya terhad kepada isu LGBT saja.
Mengenai pendekatan tidak berkonfrontasi, MUIS berkata: “Yang pertama dan terutama ialah memastikan mereka tidak menjauhkan diri daripada agama dan masjid. Kedua, mengelak daripada terlibat dengan perbahasan yang tidak perlu dengan mereka yang akan menjejaskan usaha jangka panjang kita. Pada masa sama, kita juga tidak mahu mereka mendapat publisiti."
Pekeliling itu juga meminta masjid-masjid agar "tidak dilihat terlibat" dalam perbalahan antara penganjur perhimpunan Pink Dot dengan penganjur kempen Pakai Putih. Kempen siber itu digerakkan oleh pendakwah muda, Noor Deros.
Noor menggesa umat Islam mengenakan pakai serba putih Sabtu depan sebagai membantah homoseksualiti dan mempertahan nilai tradisi kekeluargaan. Kempen itu kebetulan digerakkan pada hari pertama bulan Ramadan yang sangat mulia kepada umat Islam.
Noor mempertahankan kempennya itu. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berharap kempen pakai putih itu akan dapat diadakan setiap tahun.
Laman Facebook kempen itu mendapat sokongan hampir 3,000 orang. Ia juga mencetuskan kritikan di media sosial kerana disifatkan memecah-belahkan masyarakat.
Kaji selidik sebuah institusi kajian dasar minggu lalu mendapati masyarakat Islam dan Kristian Protestan di Singapura menentang isu-isu moral seperti hubungan seks sejenis, seks luar nikah, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis serta judi.
Seorang paderi kanan pada Jumaat turut mengumumkan sokongan terhadap kempen pakai putih. "Saya gembira kerana masyarakat Islam Singapura membuat pendirian lantang dan secara visual demi moral dan keluarga," kata paderi Lawrence Khong dari gereja Faith Community Baptist. Tambah beliau, pihaknya juga akan menganjurkan penganut Kristian yang berpendirian sama memakai putih minggu depan untuk menunjukkan sokongan.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura bulan lalu menolak permohonan sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh paderi itu untuk mengadakan rapat umum acara kekeluargaan. Acara itu menyeru pesertanya memakai merah pada Sabtu depan untuk melawan acara Pink Dot.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|