CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Khalid Tak Popular, Wan Azizah Mb Baru Selangor

25-6-2014 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5087| Komen: 13

Keputusan mesyuarat Perhubungan PAS Selangor pada 20 Jun lalu mungkin menggemparkan bagi sesetengah pemerhati politik, namun desakan agar MB Khalid Ibrahim meletak jawatan telah pun kedengaran dalam partinya, PKR sejak pertengahan tahun lalu.




Dasar Khalid mula dipertikai pada pertengahan 2012 apabila menolak banyak cadangan projek-projek kecil DUN untuk pilihan raya. Tanpa projek-projek kecil tersebut, ADUN sukar memperlihatkan mereka 'bekerja' di kawasan masing-masing. Parti juga tidak mungkin menjana wang menghadapi pilihan raya umum. Mereka terpaksa meminta derma.

Khalid berlagak seolah-oleh mentadbir negeri di Eropah yang mana kerajaan memberi dana berkempen kepada setiap parti bertanding  dengan tujuan parti yang menang tidak akan terikat kepada kapitalis yang menyumbang dana.

Akibatnya, dalam pilihan raya umum lalu banyak DUN tidak mampu memberi elaun kepada petugas memasang bendera dan poster. Mujurlah negara dilanda gelombang ‘Ini Kalilah’ - dengan harapan memerintah Putrajaya - PR Selangor mendapat undi yang lebih banyak berbanding 2008.

Langat 2 pro BN

Selepas PRU, Khalid dinasihatkan agar mengubah perangai. Beliau diminta lebih menghargai pendapat ADUN-ADUN dan pemimpin parti yang meletakkan beliau ditangga kuasa. Malangnya, Khalid menjadi lebih degil daripada sebelumnya.

Banyak keputusan dibuat sendiri dan hanya dirundingi bersama setiausaha Arfaezah dan Faekah serta beberapa pegawai dari GLC kerajaan negeri. Salah satu yang menimbulkan kemarahan pemimpin PR ialah projek Langat 2 yang hanya dibawa ke pengetahuan Exco selepas MB memberi persetujuan kepada MoU Kerajaan Persekutuan.

Langat 2 tidak sepadan dengan tukaran mengurus aset air Selangor, sedangkan kroni BN mendapat untung berpuluh juta melalui projek bernilai lebih RM2 bilion itu. Tarif air juga dijangka naik apabila kerajaan persekutuan campur tangan dalam industri air Selangor. Sebagai langkah memantau Khalid berhubung isu air, Majlis Presiden PR melantik tiga pemimpin politik Selangor sebagai penasihat.

Malangnya, sehingga setengah tahun kemudian, Khalid masih enggan bertemu anggota majlis penasihat itu, apatah lagi menerima nasihat yang diusulkan. Hal itu diakui sendiri oleh salah seorang daripada anggota panel, Dr Dzulkifly Ahmad (Sinar Harian, 21 Jun).

Kidex menyusahkan

Khalid juga membuat keputusan sendiri apabila berdegil meneruskan projek lebuh raya Kidex yang dibantah penduduk Petaling Jaya. Konsesi lebuh raya yang diluluskan pada 2012 itu dimiliki oleh kroni Umno yang terlibat menjatuhkan kerajaan PR Perak pada 2009.



Bagaimanapun, bukan itu isu utama. Kidex dianggap penduduk Petaling Jaya sebagai pengkhianatan kerajaan PR terhadap rakyat. Beberapa ahli parlimen DAP, seperti Tony Pua dan Gobind Singh Deo mengkritik secara terbuka projek itu yang dijangka menambahkan lagi kesesakan trafik. Lebuh raya sewajarnya dipersetujui penduduk yang bakal menggunakannya, bukan kerajaan memaksa pembinaan dan menyusahkan perjalanan trafik penduduk tempatan.

Khalid berkeras tidak mendengar pendapat jawatankuasa penduduk yang menentang Kidex, sebaliknya cenderung menyokong pemaju yang ingin untung segera dengan perjanjian konsesi tol kira-kira 48 tahun lamanya.

Rampasan Bible

Kes rampasan Bible dan serbuan ke majlis perkahwinan pasangan Hindu satu lagi perkara yang merosakkan kredibiliti kerajaan PR Selangor. Kelemahan Khalid ialah terlalu memberi muka kepada Mais. Serbuan dan rampasan Bible tidak berlaku semasa Umno memerintah Selangor. Biarpun wujud enakmen mengawal penyebaran agama bukan Islam sejak 1988 dan Bible bahasa Melayu telah lama tersebar sebelum itu. Jadi siapakah dalang serbuan dan rampasan Bible ketika PR memerintah?




Mais menggambarkan mereka mempunyai kuasa eksekutif yang diberi Sultan. Kerajaan negeri lebih rendah dan tidak boleh memberi arahan kepada mereka. Namun kuasa itu tidak wujud pada zaman Umno. Rujuk serbuan Jais dalam kes pertandingan ratu cantik pada hujung 1990an lalu.

Serbuan itu sah dilakukan ke atas orang Islam dan Jais tidak memerlukan kelulusan dari exco sebagaimana serbuan ke atas bukan Islam. Tetapi MB Umno ketika itu menempelak Jais dan memalukan badan penguatkuasa itu berhari-hari lamanya dalam media arus perdana. Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom tidak disambung kontrak akibat konflik itu.

Tidak wujud pun kuasa Mais, Jais apalagi kuasa Sultan dalam isu ini.Apa yang dilihat hanya kuasa MB Umno mengatasi segala-galanya.

PAS mendakwa sabotaj melibatkan hal agama itu adalah ‘tangan-tangan ghaib’ Umno dalam Agenda Rampas Selangor, satu projek jangka panjang parti itu dari 2012 hingga PRU ke 14. Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad  mendakwa Mais menerima arahan dari Umno. Malah Ketua Pengarah Mais yang dilantik Istana, Datuk Mohamad Adzib adalah ahli Umno. PAS menggesa MB agar jangan tunduk kepada ARS.

Kedekut beri peruntukan

Sikap Khalid yang paling tidak digemari adalah perangai kedekutnya melayan kehendak ADUN meminta peruntukan. Seorang Exco pernah berkata beliau terpaksa menyediakan tujuh atau lebih kertas kerja untuk satu projek di kawasannya. Adakah perlu cara membida projek di Guthrie  dipraktikkan Khalid dalam pentadbiran negeri? Kertas kerja sepatutnya minimum kerana projek ADUN melibatkan rakyat yang menanti pembelaan kerajaan negeri.

Itu tidak termasuk cerita lucu, apabila projek dibawa ke meja Khalid, beliau mengeluarkan kalkulator dan memotong kos sehingga kontraktor hampir tiada untung. Sekiranya bangunan yang dibina kerajaan Selangor roboh beberapa tahun akan datang maka umum faham apakah puncanya.

Pemimpin PKR muak dengan telatah Khalid, oleh itu mereka merasa lega apabila Anwar merancang Langkah Kajang pada Januari lalu untuk mengambil alih kerusi MB. Malangnya Umno BN menghukum Anwar dengan  penjara 5 tahun. Khalid selamat.

Kutipan pasar malam

Menurut bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Rani Osman, beliau pernah memberitahu Khalid parti itu tidak berminat menukarnya tetapi Khalid mestilah berubah. Ketika itu sokongan kepada Khalid diperolehi dari PAS dan dua per tiga ADUN DAP. Manakala hampir seluruh ADUN PKR menolak Khalid

Namun pada Jun, PAS juga tidak sebulu dengan Khalid apabila MB itu menghalang JKKK mengutip sewa tapak pasar malam. Sewa dipindahkan kepada PBT dengan alasan berlaku penyelewengan.

Hal itu menjadi tamparan hebat kepada kegiatan akar umbi parti-parti PR. Tanpa dana gerak kerja kemasyarakatan mustahil dilakukan; gotong royong, kenduri rakyat, pertandingan sukan untuk anak muda tidak akan terjadi jika mengharapkan peruntukan DUN yang tidak seberapa. Kampung-kampung juga semakin terbiar apabila tidak mampu melaksanakan program rakyat.

Manakala DAP marah kepada Khalid kerana terlalu mengikut nasihat SPAN dalam catuan air sejak Mac lalu. Sedangkan empangan Sungai Selangor mampu membekalkan air secukupnya kepada penduduk di Lembang Kelang.

Wan Azizah ganti Khalid

PAS dan DAP berpendapat Khalid wajar digantikan oleh calon yang lebih berwibawa dan pandai berpolitik. Calon itu tidak lain adalah presiden PKR Dr Wan Azizah. Setelah tokoh koporat gagal menangani pelbagai masalah, seorang doktor mata dilihat lebih mampu untuk memimpin Selangor.

Azizah dijangka lebih mudah mengagihkan peruntukan DUN berbanding Khalid yang menyimpan wang Selangor sebanyak RM3 bilion tetapi sebahagian PBT terdesak sehingga gagal memotong rumput sebulan sekali atau membersihkan sampah yang berlonggok-longgok kerana tiada wang menender  kontraktor.

Wan Azizah juga telah teruji kehebatan politiknya menghadapi cabaran BN di Pulau Pinang selama dua penggal dan pernah menjadi Ketua Pembangkang wanita pertama di Parlimen Malaysia.

Menurut PAS, jika langkah drastik menggantikan Khalid tidak diambil, maka Selangor tidak dapat diselamatkan pada PRU 14. Pemimpin PR diharap bertegas dan menyerang Khalid yang akan berlindung di sebalik Sultan Selangor bagi menyelamatkan kuasanya.


Manakala Umno pula jangan mengambil kesempatan dan memperlecehkan langkah PR menggantikan Khalid kerana mereka juga telah melakukannya di Terengganu sehingga negeri itu secara teknikalnya tiada kerajaan majoriti selama dua hari pada bulan Mei lalu


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albatross 23-6-2014 03:44 PM
Dasar Khalid mula dipertikai pada pertengahan 2012 apabila menolak banyak cadangan projek-projek kecil DUN untuk pilihan raya. Tanpa projek-projek kecil tersebut, ADUN sukar memperlihatkan mereka 'bekerja' di kawasan masing-masing.

Kerja ADUN bukan buat projek-projek kecil. kerja ADUN di dewan undangan negeri, bahas tentang polisi, undang-undang. diorang diundi utk jaid badan legislative negeri, bukan eksekutif. bodoh nak mampus geng pakatan ni. kalau yang tu pun tak tau memang bengap betul lah diorang ni.

Parti juga tidak mungkin menjana wang menghadapi pilihan raya umum. Mereka terpaksa meminta derma.

Khalid berlagak seolah-oleh mentadbir negeri di Eropah yang mana kerajaan memberi dana berkempen kepada setiap parti bertanding  dengan tujuan parti yang menang tidak akan terikat kepada kapitalis yang menyumbang dana.

Akibatnya, dalam pilihan raya umum lalu banyak DUN tidak mampu memberi elaun kepada petugas memasang bendera dan poster. Mujurlah negara dilanda gelombang ‘Ini Kalilah’ - dengan harapan memerintah Putrajaya - PR Selangor mendapat undi yang lebih banyak berbanding 2008.

Habis tu takkan nak guna duit rakyat untuk jana jentera parti pakatan? duit rakyat tu untuk kegunaan semua rakyat, bukan nak bagi elaun kpd pekerja PR. Kalau nak bagi kat orang PR, kena lah bagi kat semua pihak, tak kisah lah BN ka PR ka ataupun independent. Sapa lah yg bodoh sangat nak ambil duit rakyat uk kegunaan parti?

Manakala Umno pula jangan mengambil kesempatan dan memperlecehkan langkah PR menggantikan Khalid kerana mereka juga telah melakukannya di Terengganu sehingga negeri itu secara teknikalnya tiada kerajaan majoriti selama dua hari pada bulan Mei lalu

diorang ingat orang UMNO saja ka yang tak bersetuju dengan diorang? rakyat pun dah nak naik meluat dengan kerajaan pakatan nih. daripada diorang risaukan pendapat UMNO, lebih baik diorang risaukan pendapat rakyat. tapi yg tu mereka tak kisah pulak.
Quote Al-Patih 30-6-2014 06:55 AM
ARTIKAL BERKAITAN

Penduduk Selangor mahu Abdul Khalid kekal orang nombor satu
Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 29 JUN: Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu. Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor
http://bm.selangorku.com/
Quote Al-Patih 30-6-2014 06:57 AM
ARTIKAL BERKAITAN - TAMBAHAN

Anwar: Henti spekulasi, kedudukan Menteri Besar keputusan bersama PR
Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 29 JUN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pimpinan parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menghormati perlantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Katanya, hal itu ekoran perlantikan sebagai Menteri Besar dilakukan atas perkenan Sultan.

http://bm.selangorku.com/
Quote Al-Patih 6-7-2014 09:06 AM
ARTIKAL BERKAITAN

Kerusi MB satu, yang berminat ramai
Oleh LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 5 JUL: Kritikan dan serangan bertubi-tubi yang dilancarkan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan sesekali memberi tekanan kepada beliau. Beliau berkata, semua itu menjadikan dirinya lebih kuat berusaha untuk melakukan yang terbaik demi rakyat Selangor. Katanya, beliau kini perlu bekerja kuat lagi demi membuktikan bahawa dirinya layak untuk memegang jawatan nombor satu negeri itu.

http://bm.selangorku.com/

Ramai yang nak perabiskan duit reserve S'gor


Quote Al-Patih 6-7-2014 09:08 AM
ARTIKAL TAMBAHAN

Abdul Khalid profesional, kepentingan rakyat jadi keutamaan
Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 5 JUL: Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan semua pihak asalkan membawa manfaat dan kebaikan kepada Selangor dan rakyat di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri juga tidak keberatan menjalin kerjasama baik dengan Barisan Nasional (BN) demi rakyat negeri itu atas prinsip berkenaan. Katanya, perbezaan politik tidak wajar dijadikan halangan seterusnya membantutkan peluang rakyat mendapat manfaat dengan latar belakang korporat dan profesional yang beliau miliki.

“Saya akan bekerjsama dengan orang Jepun, Korea, BN dan sesiapa sahaja untuk kebaikan negeri. Dalam kerjasama itu, ada perkara yang kita akan setuju, ada perkara tidak setuju, semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

http://bm.selangorku.com/


Quote cenkudu 7-7-2014 02:05 PM
jawatan MB ni jawatan politik. khidmat cemerlang mcm mana pun perlu sokongan politik. aku punya assumption dia diminta berundur cara baik tp dia x nak (kira sama mcm pemimpin kanan PKR juga dulu ). jadi orang terpaksa guna mcm2 cara la nak tunjuk dia jalan keluar.

pada aku lebih baik buat usul undi x percaya di DUN daripada nak buruk kan MB ni banyak sangat. kdg2 sampai menidakkan jasa yg dia dah buat. mmg betul bila org x suka apa kita buat dulu2 mmg org dah x peduli. tp jangan la buat gitu..kata tak nak tiru perangai BN
Quote sahamboi 8-7-2014 11:15 AM
gila pr ni... dulu masa umno perintah dia kata umno banyak membazir buat banyak program dan projek. tapi bila mb cut cost diorg marah pulak mb sebab tak dapat telan projek... memang parti kencing rakyat betul...
Quote munchkin 22-7-2014 03:17 AM
Hihihi. Vote for the wifey.
Quote lantanao8 22-7-2014 08:44 AM
Mak Jijah Proxy Pak Sheikh...
Quote crossfire 22-7-2014 09:09 AM
sahamboi posted on 8-7-2014 11:15 AM
gila pr ni... dulu masa umno perintah dia kata umno banyak membazir buat banyak program dan projek.  ...




Keh keh keh..belum selesai lagi pemilihan parti Pkr..Anwar dah namakan isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor yang baru..mampos..dia ingat Selangor ni mak bapak dia punya kot..pui..
Azmin Ali tersenyum atau garu kepala dengan tindakan bosnya yang dilihat sudah hilang arah dalam dunia politiknya sendiri..makin nyanyuk atau cuba tunjuk betapa berkuasanya beliau di Selangor..mampu buat apa sahaja tanpa pedulikan apa kata Sultan !!
Langkah Kajang akhirnya dilihat berjaya? Atau Langkah Khalid yang terakhir adalah bubar saja Dun Selangor dan beri mandat kepada Rakyat Selangor untuk selesaikan masalah ini..Langkah Rakyat ?
Senyum gembiralah Rafizi yang dikatakan mencipta Langkah Maut untuk tamatkan karier politik Khalid Ibrahim ini..
nak sangat lihat reaksi Rakyat Selangor..berdemo sokong Jijah atau berdemo halang kehendak Anwar..Langkah Istana !!
Bubar Dun Selangor jalan terbaik untuk matikan semua Langkah Iblis yang dirancang Anwar !!


Quote Al-Patih 23-7-2014 07:00 AM
ARTIMAL BERKAITAN

Abdul Khalid: “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”
Oleh: AFIX REDZUAN

KUANG, 22 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Bercakap kepada media di Masjid Kampung Sungai Serai Abdul Khalid berkata, perkara ini juga terserah kepada rakyat Selangor.

“Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya akan menjadi Menteri Besar kalau tidak diganti saya akan teruskan.

“Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya kepada media.

Kata Adun Pelabuhan Klang ini lagi, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.

Beliau menambah, tugas sebagai Menteri Besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah.

http://bm.selangorku.com/


Sindir penganti dio ....hati hati le


Quote jack_ainsley 24-7-2014 12:15 AM
dah berbulan2 orang kempen lawan khalid ni... sebelum pilihanraya jaja khalid ni hebat.. lepas pilihanraya jatuhkan dia.. memang dog eat dog punya dunia betul la..
Quote Acong 14-8-2015 09:33 PM
PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
FMT Reporters | August 14, 2015
PKR mengaku dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bukan bukti muktamad bahawa Khalid melakukan apa-apa perlakuan rasuah atau salah laku.



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com ... thash.GbwB18cZ.dpuf

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.107615 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top