CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tarif Elektrik Dijangka Naik Lagi

26-6-2014 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7948| Komen: 63



Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.        MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.
                                                                               
"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.
        
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.
"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.


Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.
Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.

"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.

"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.

Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). 

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-6-2014 12:58 AM
kalau gas turun bukan nak turun takrif. penipu betul
Quote AbukRokok 26-6-2014 01:13 AM
babi la tau babi

bila nak buat Malaysia Spring ni
Quote airfilterkotor 26-6-2014 01:26 AM
Letrik naik, harga tiket bas pun akan turun merasa tempiasnya.
Quote courtney_xo 26-6-2014 01:30 AM
Mentang2 tgh musim panas korok! Mentang menatang sungguh!
Quote auntieagony 26-6-2014 01:45 AM
Choy sungguh.... Dahlah el-nino tgh melanda... Mmg susah ler nak kurangkan penggunaan elektrik.

Does the "electric saver" thing tu works? The one that my en suami bought doesn't! Any recommendation from those who are currently using it?
Quote Acong_II 26-6-2014 01:48 AM
auntieagony posted on 26-6-2014 01:45 AM
Choy sungguh.... Dahlah el-nino tgh melanda... Mmg susah ler nak kurangkan penggunaan elektrik.

D ...

ko dah kena kelentong.....

dalam tu cuma ada kapasitor
Quote Cik_Andak 26-6-2014 06:50 AM
Naik...naik..naik....otometik semua barang naik...
Quote FlowerGirl 26-6-2014 06:52 AM
Sial lah....!!
Quote NHolmes 26-6-2014 07:01 AM
Biasalah satu naik semua lah naik

Memberi efek :Q
Quote sarajevo 26-6-2014 07:09 AM
vongokkkk!!!...
Quote shoryu 26-6-2014 07:12 AM
Asyik naik je la..
Quote blastoff 26-6-2014 07:12 AM
Kerajaan kalau nak bagi rakyat marah kat kerajaan maka silalah naik letrik ye , TNB akan dapat banyak untunglah , tapi kerajaan akan dapat banyak kutukan dan kemarahan dari rakyat yang akan di terjemahkan pada PRU akan datang .

TNB boleh bagi kroni kerajaan untung besar tapi ketika pilihanraya TNB mahupun kroni tak punya kuasa majoriti pun

Ingat orang bandar je ke yang akan merasa impak nya bila caj letrik naik ? Keseluruhan rakyat dan pelabur asing merasakan impak nya !

Para pengilang dan para peniaga paling banyak guna elektrik , so kos akan meningkat mendadak sebab nak kena bayar bil lebih tinggi tu , suka tak suka barang dari kilang , pemborong hingga peniaga runcit semua akan terpaksa di naikkan harga untuk cover peningkatan kos .

Suasana pelaburan dan perniagaan dah jadi tak kompetitive lah lagu tu. Kalau ada negara lain yang boleh offer lebih baik maka pelabur nak tunggu lagi ka kat M'sia ?

Gaji rakyat tak naik mendadak every 6 month macam caj letrik tu , malah bertahun pun naik ciput je, habis tu kalau terpaksa bayar caj letrik tinggi di tambah dengan harga semua barangan meningkat , depa nak survive kok mana ?

Lagi kurang daya beli rakyat , akan kurang pendapatan peniaga lalu kurang cukai yang kerajaan boleh kutip dari rakyat dan peniaga .

Yang dok kampung pun ada gak anak cucu yang tinggal di bandar, kalau depa tengok anakcucu depa merana di bandar menanggung kenaikan harga barangan yang tinggi dengan gaji ciput tu orang kampung pun akan rasa marah kat kerajaan jugak lah kan .

So tindakan menaikkan caj letrik ni memang betul2  political suicide lah , la kroni kerajaan untung tapi PRU akan datang kerajaan akan rugi truk so berbaloi kah ? Dah la dapat undi pun majoriti nyawa-nyawa ikan aje , lagi nak buat tindakan yang mengundang kemarahan semua rakyat ka ?

Kerugian yang kerajaan tanggung cukup besar gitu masih nak senangkan hati a few kroni jugak ka ?   
Quote Czaziq 26-6-2014 07:12 AM
tahniah. syumulnya negara msia
Quote ultra78 26-6-2014 07:27 AM
Bila cadang nak bina loji nuklear bantah pulak. Hadaplah kenaikan bahanapi
Quote rosasa 26-6-2014 07:28 AM
yeay !
Quote zamnie 26-6-2014 07:33 AM
syukur mesia masih aman....
Quote R2D2 26-6-2014 09:03 AM
sebelum dia naikkan
media akan buat forum
minta pendapat2 pensyarah IPTA, pakar2
masing2 akan keluarkan pendapat
hidup sederhana, hidup jimat cermat
cari side income
redha etc...


pastu baru la naik!
semua kes kenaikan mcm tu modus operandi dia
Quote budakmanentah 26-6-2014 09:16 AM
gampang btol! asyik naik je...bila nk turun ni?
Quote slippergombak 26-6-2014 11:58 AM
budakmanentah posted on 26-6-2014 09:16 AM
gampang btol! asyik naik je...bila nk turun ni?

janji dicapati, rakyat didahulukan... menepati janji..BN menang, Rakyat senang, BN=Barang Naik.. pangkah lah lagi....

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.053438 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top