CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

60 Peratus Kereta Mewah Pakai Petrol Ron95

30-6-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13574| Komen: 92


SUNGAI PETANI 28 Jun - Lebih 60 peratus daripada pemilik kenderaan yang mengisi petrol jenis RON95 di stesen-stesen di negeri ini terdiri daripada kereta mewah.

Ketua Pengarah Jaringan Me-layu Malaysia (JMM) Kedah, Roslan Mat Daud berkata, statistik tersebut diperoleh berdasarkan pemerhatian pihaknya dalam beberapa sesi tinjauan yang dilakukan di stesen minyak di negeri ini.

Dengan perkembangan itu, kata-nya, JMM khuatir program rasionalisasi subsidi petrol yang dilakukan kerajaan tidak menepati golongan sasaran.

"Dalam pemerhatian hari ini misalnya, kita telah mengambil masa tiga jam memantau stesen minyak bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang. Hasil yang didapati adalah daripada 90 buah kenderaan yang mengisi minyak RON95, seba-nyak 54 kereta merupakan kategori mewah.

"Itu baru satu stesen. Jika mengambil kira stesen-stesen lain, sudah tentu membimbangkan. Jadi, kita berharap kerajaan dapat me-lakukan sesuatu bagi memastikan subsidi minyak dapat disalurkan kepada golongan sasaran dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di beberapa stesen minyak di Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini.


Roslan berkata, JMM turut me-lahirkan kebimbangan terhadap para pemilik kereta mewah yang mengambil kesempatan mengisi petrol RON95 dalam jumlah banyak.

"Hasrat kerajaan adalah memberi subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Namun nampaknya golongan berkereta mewah salah gunakan subsidi. Le-bih membimbangkan, minyak petrol RON95 masih diisi secara berleluasa oleh pemilik kenderaan dari negara jiran," katanya.


18

Bagus
26

Marah
13

Terkejut
22

Sedih
18

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 30-6-2014 03:03 AM
mcm mane klasifikasi kereta mewah. dari segi harga, cc or jenama. dorang ni x sayang kereta ke guna ron95. aku yg guna LC135 pun guna ron97.
Quote SissySembah 30-6-2014 03:18 AM
drivethru posted on 29-6-2014 07:03 PM
mcm mane klasifikasi kereta mewah. dari segi harga, cc or jenama. dorang ni x sayang kereta ke guna  ...

dah kaya sangat kot sis, sebab kereta mewah kan,
kalau enjin rosak repair sahaja or else beli baharu terus.
buat apa nak simpan kereta mereput terbarai tengah jalan katanya.

Quote anonims 30-6-2014 03:52 AM
Adakah ramai yg biar papa asal bergaya... atau sangka baik saja, org2 kaya pun berjimat cermat, atau sbb being frugal itu depa kaya??
Quote Acong_II 30-6-2014 03:56 AM
enjin kereta mewah mmg boleh guna RON 95..... kecuali CIVIC Type R dan Swift Sport.....

kereta mana lagi takleh guna RON 95?
Quote Dzunnun 30-6-2014 05:28 AM
Yam diesel pong ado yam mewah kan? Kan? Kan?
Quote intriQue 30-6-2014 05:29 AM
Boleh jer guna Ron95. Dalam buku manual kereta kata boleh guna. I follow Last edited by intriQue on 30-6-2014 05:45 AM

Quote rdzaccess 30-6-2014 05:37 AM
Acong_II posted on 30-6-2014 03:56 AM
enjin kereta mewah mmg boleh guna RON 95..... kecuali CIVIC Type R dan Swift Sport.....

kereta ma ...

kereta lembu, kereta kuda dan kereta tolak ...
Quote MengkuduMasam 30-6-2014 05:41 AM
blh je kete ni suma pkai ron 95... slalu min depa buleh sumbat ron92....

udah gomen bijak sgt pi introduce ron95 sapa suruh... mmg laa depa pkai...

lpas ni bleh laa introduce blk ron 92.... lagi bagus ron89 terus...
Quote myoujin 30-6-2014 05:46 AM
Nak tau gak 54 bijik tu keter cap apa dan tahun bila.. Ke semua keter lain mewah selain wira, maibi, viva dan saga..
Quote wiseguy 30-6-2014 05:53 AM
Apa masalah org pakai kereta mewah pakai ron95? Masa introduce ron 95 tak pernah ada arahan kereta mewah tak boleh guna ron95. Kebanyakan kereta ni memang tak ada masalah pun pakai ron95.
Quote alinone78 30-6-2014 05:56 AM
Acong_II posted on 30-6-2014 03:56 AM
enjin kereta mewah mmg boleh guna RON 95..... kecuali CIVIC Type R dan Swift Sport.....

kereta ma ...

Kereta sorong salut emas real
:
Quote alinone78 30-6-2014 05:57 AM
wiseguy posted on 30-6-2014 05:53 AM
Apa masalah org pakai kereta mewah pakai ron95? Masa introduce ron 95 tak pernah ada arahan kereta m ...

Entah...salah k kalau depa yang kaya nak pakai barang2 murah

Lepas ni keluar pula arahan kereta mewah tak boleh beli ron95
Pening bangla yang jaga atendan tau
Quote alinone78 30-6-2014 05:58 AM
myoujin posted on 30-6-2014 05:46 AM
Nak tau gak 54 bijik tu keter cap apa dan tahun bila.. Ke semua keter lain mewah selain wira, maibi, ...

Selain proton n perodua kot....
Quote noor2 30-6-2014 06:01 AM
pakai viva ja mudah...save banyak duit...daripada membaziaq ke kereta beribu...lebih baik boleh guna macam2 dan simpan..

nila konsep biar papa asai bergaya..sesetengah malu nak pakai kereta murah..
Quote amiraira 30-6-2014 06:04 AM
Pehal tah derang ni, pakai salah x pakai salah
Quote myvios 30-6-2014 06:11 AM
kan kerajaan bercadang nak buat subsidi petrol ikut cc kereta...
Quote alieyrina 30-6-2014 06:47 AM
Aku pakai ron97 sbb ada beza nya bila guna ron95..

aku memg kesian org pkai keta mahal tp duk guna 95...mungkin duit byk kut...kalu ada masalah enjin nanti, tukaq ja keta baru...
Quote senahsanasini 30-6-2014 06:54 AM
alieyrina posted on 30-6-2014 06:47 AM
Aku pakai ron97 sbb ada beza nya bila guna ron95..

aku memg kesian org pkai keta mahal tp duk gun ...

Depa banyak duit kot, tu yg sja rosakkan enjin so boleh beli keta baru..
syukur ke hadrat ilahi atas rezeki yg kau limpahkan kekdahnye..
Quote intriQue 30-6-2014 07:29 AM
Tang mana lah nak rosak enjin kalau manual kata ron95 safe to use?



Last edited by intriQue on 30-6-2014 07:31 AM

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083564 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top