CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kumpulan Militan (Isil) Ingin Memusnahkan Kaabah

4-7-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13027| Komen: 40



Militan Kumpulan negara Iraq dan Jajahannya (Isil) merancang untuk menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah, lapor media Turki.

Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.

"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah.

"Mereka ke Mekah untuk menyentuh batu dan bukan kerana Allah," lapor India Today memetik sumber berkenaan.

Isil pada Isnin mengisytiharkan penubuhan 'kerajaan khalifah Islam' di kawasan yang ditawan ketika tentera Iraq melancarkan operasi menawan semula bandar Tikrit, lapor AFP.

Dalam rakaman audio yang disebarkan melalui Internet, Isil turut mengangkat ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan pemimpin umat Islam di seluruh dunia.

Melalui pengumuman itu, Isil mendakwa, kerajaan baharu itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala, dua wilayah yang masih dikuasai oleh militan tersebut, lapor agensi berita itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu.
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sahamboi 1-7-2014 06:21 PM
ni berita dari mana
Quote lavapuasa 1-7-2014 06:22 PM
many have tried all have failed...takbirrrrr

Quote Badut.Sarkas 1-7-2014 06:26 PM
Errr.. isele isis ni lain mcm rupanya ye
Quote lavapuasa 1-7-2014 06:26 PM
tt ni mesti dgn sukarela nak join geng abrahah ni robohkan kaabah...



Quote AdamBillionaire 1-7-2014 06:31 PM
kaabah akan runtuh tak silap adam masa betul2 dajjal dh turun muka bumi.

Quote DTECCONAN 1-7-2014 06:40 PM
adakah ini satu propaganda Yahudi dan Nasrani?
Quote Badut.Sarkas 1-7-2014 06:41 PM
Jom salahkan yahudi dan nasrani cam biasa
Quote shaykays 1-7-2014 06:44 PM
Roboh dalam erti kata penjajahan minda isle
Quote turboturtle 1-7-2014 06:45 PM
Lu kutip mana berita ni paderi..... bila masa plak diorg nak runtuh kan kaabah, diorg nk roboh kan berhala kat karbala lah

lu pun kaki fitnah jgak.....
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2014 06:47 PM
akak okay jah ummah nak hancurkan hajarul aswad @ Awloh
Quote polkovnik 1-7-2014 06:55 PM
lebih ganaz dari wahabi..
Quote SissySembah 1-7-2014 06:58 PM
terasa happy jah akak lehat berita ini
Quote the_killer 1-7-2014 07:11 PM
Puak2 munafik dan musyrikin..mesti suka dengar berita ni lol
Quote gnote_2 1-7-2014 07:15 PM
SissySembah posted on 1-7-2014 06:58 PM
terasa happy jah akak lehat berita ini

ape yg happy nya tu
Quote GhostWalking 1-7-2014 07:16 PM
lavapuasa posted on 1-7-2014 10:22 AM
many have tried all have failed...takbirrrrr

Baru bangun kerrr
Quote boyagombak 1-7-2014 07:23 PM
kakikuDibibirmu posted on 1-7-2014 06:47 PM
akak okay jah ummah nak hancurkan hajarul aswad @ Awloh

lu semua okey saja
kalau ada orang nak robohkan / nak hancurkan rumah lu pun, we all okey saja

Quote Badut.Sarkas 1-7-2014 07:27 PM
Jangan risau, Allah akan lindungi kaabah dari sebarang ancaman
Quote bluehedgehog 1-7-2014 07:58 PM
ting tong tiong tong...akhirnya salah israel dan yahudi...lps tu salahkan cina dan dap pula...mentaliti org malaysia ni...
Quote scorpionkiki 1-7-2014 07:58 PM
Kaabah Allah punya....Allah will take care of it. Kita jaga iman...kalau Beria sangat nak Cari gaduh dgn puak ni pasal ugutan diaorang nak runtuh kaabah dah mcm tunjuk keyakinan Tak yakin PD kekuasaan pencipta kita pulak

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.138157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top