CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mahu Bekerja Bantu Keluarga, Bapa Pukul Anak Sampai Mati

7-7-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47654| Komen: 392

Bapa Pukul Anak Sampai Mati

Gambar hiasan


ALOR GAJAH: Hanya kerana menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, seorang remaja maut dipukul bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani,17, dikatakan menyatakan niat berkenaan kepada bapanya yang berusia 52 tahun sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, berkata ketika bertengkar suaminya mengambil sebatang kayu lalu memukul anak sulung daripada 10 beradik itu.

Beliau berkata, anaknya yang tidak bersekolah itu hanya menyatakan hasrat mahu bekerja bagi mencari wang untuk membeli juadah berbuka puasa.

"Arwah hanya memberitahu bapanya dia mahu mencari kerja untuk mencari wang bagi membeli juadah berbuka puasa kerana sebelum ini kami sekeluarga hanya mampu menikmati bubur, pisang goreng dan air kosong setiap kali berbuka.

"Namun, suami tiba-tiba naik berang lalu mengambil sebatang kayu dan memukul anak bertubi-tubi sehingga dia rebah di ruang tamu sebelum saya menariknya masuk ke dalam bilik," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, dia menyedari anaknya itu sudah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam selepas masuk ke dalam bilik tidur untuk mengejutkan bangun sahur dan mendapati mangsa sudah tidak lagi bernyawa. 

"Saya kemudian menghubungi ambulans dan pemeriksaan mendapati dia (Muhamad Hafiz) sudah meninggal dunia, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Alor Gajah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata suspek kini sedang diburu polis selepas bertindak melarikan diri dari rumah yang disewa sejak dua bulan lalu itu.

"Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam tadi hingga 4 pagi tadi dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh," katanya.

5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marine_admiral 6-7-2014 04:39 PM


SALAH seorang adik mangsa meninjau anggota unit forensik melakukan siasatan ke atas mayat abangnya yang mati dipukul bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah, semalam. Mangsa dikatakan menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga kepada bapanya yang berusia 52 tahun, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka. - Foto Arifin Salleh
Quote marine_admiral 6-7-2014 04:40 PM
eh gambar x keluar
Quote azrain98 6-7-2014 04:41 PM
bapak dia kenapa
Quote mamat2009 6-7-2014 04:41 PM
al fatihah
mcm2 kes la ni. 17 tahun, mksdnya sekolah xabis. nape xdibenarkan keje...
ooo manusia
Quote TuntungReturn 6-7-2014 04:44 PM
Aku igt dekat china..
Quote mikasa 6-7-2014 04:45 PM
Bapak dia pikir masa depan anak laki. Paling tidak tunggu abis spm dulu.pastu boleh la nak keje
Quote alahai 6-7-2014 04:50 PM
anak sulung umur 17(si mangsa), ibu umur 38..bapa 52, ada 10 org anak, si mangsa dah tak bersekolah....hari2 berbuka ngan bubur air kosong, goreng pisang...WTH dgn sibapa , udah tak sekolahkan si anak, anak minta izin nak kerja pun kena bunuh!!!
Quote CiliPadiSedap 6-7-2014 04:51 PM
mikasa posted on 6-7-2014 04:45 PM
Bapak dia pikir masa depan anak laki. Paling tidak tunggu abis spm dulu.pastu boleh la nak keje

budak tu xsekolah.

bapak dia bangsat sgt.
Quote barchains 6-7-2014 04:51 PM
bapak arwah merasakan maruah dia tercelarlah kalau anak berkerja...
apa punya mentaliti...
Quote johndoe17 6-7-2014 04:53 PM
mikasa posted on 6-7-2014 04:45 PM
Bapak dia pikir masa depan anak laki. Paling tidak tunggu abis spm dulu.pastu boleh la nak keje

anak tu kan xsekolah...
dah xsekolah biarlah bekerja...anak sulung..mesti keluarga xmampu bg sekolah...
Quote mikasa 6-7-2014 04:53 PM
CiliPadiSedap posted on 6-7-2014 04:51 PM
budak tu xsekolah.

bapak dia bangsat sgt.

Aah budok tu tak sekolah. Ini mest kes anak silap cakap kot. Bapak terus tercabar. Kalau anak tu cakap elok2 mungkin bapak dia tak terkejut.
Quote mak_wa95 6-7-2014 04:53 PM
dah xsekolah..bagi je la anak kerja...
bapa tercabar kut..dia malas kerja,anak pula minta nak kerja..

yang mak tu pun anak ramai sangat..xsempat nak jengah anak,sian mati sensorang..
Quote noor2 6-7-2014 04:56 PM
mak_wa95 posted on 6-7-2014 04:53 PM
dah xsekolah..bagi je la anak kerja...
bapa tercabar kut..dia malas kerja,anak pula minta nak kerja ...

bapak dia tahu buat anak ja...
Quote prettymanja 6-7-2014 04:56 PM
pukol Anak cmpai mati..
xmenyesal & trauma ke bspak Arwah tu? Cian.. Abg yg sanggop berkorban utk adik2 tp umo xpanjang..
Kijam Ankel tu..
Quote CiliPadiSedap 6-7-2014 04:57 PM
mikasa posted on 6-7-2014 04:53 PM
Aah budok tu tak sekolah. Ini mest kes anak silap cakap kot. Bapak terus tercabar. Kalau anak tu c ...

anak sulung form 5, ayah plak malas sekolah kan anak.

kalau kaka jumpa kaka panggil bodyguard kaka @MissNigga suruh lempang bapak ni guna breast harus bersepai gigi bapak ni
Quote aechae 6-7-2014 04:58 PM
eloklah bg keja dr terbiar buat keja haram mengabih boreh je...tgk, dh hlg sorg ank n kna dkwa lg...ni klu msuk penjara bini n ank 9 org berceret tu sape nk bg mkn??
Quote mak_wa95 6-7-2014 04:59 PM
noor2 posted on 6-7-2014 04:56 PM
bapak dia tahu buat anak ja...

tu la..umur 52...tenaga kuat lagi,,sedapla bantai anak..

silap2 pak tu penagih..
Quote alieyrina 6-7-2014 05:01 PM
Bapak from hell
Quote mak_wa95 6-7-2014 05:01 PM
CiliPadiSedap posted on 6-7-2014 04:57 PM
anak sulung form 5, ayah plak malas sekolah kan anak.

kalau kaka jumpa kaka panggil bodyg ...

haippppp..kaka,pose2 ni..cakap elok2 sikit haaa

Lihat semua komen(392)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top