KOTA BHARU - Seorang buruh yang didakwa merogol remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Paloh Rawo, Machang, mengaku tidak salah di mahkamah sesyen di sini, semalam. Tertuduh, Muhamad Rusydi Buliamin, 21, didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun empat bulan di dalam bilik sebuah rumah di kampung berkenaan antara jam 1 sehingga 2.30 pagi, 1 Jun 2011. Muka perogol Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon penangguhan untuk pengurusan kes. Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh. Hakim, Mohd Yusof Yunus kemudian membenarkan kes ditangguhkan ke tarikh 7 Ogos depan dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin. Tertuduh ditahan pihak berkuasa pada 1 Julai 2014 susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa. Tertuduh tidak diwakili peguam pada prosiding itu.
|
3
Bagus |
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ryshaNur posted on 8-7-2014 02:41 PM
dia tak mengaku salah & minta dibicarakan
nanti sepanjang prosiding habis semua benda dicerita
mal ...
ADVERTISEMENT