CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pencuri Yang Koma Telah Meninggal Dunia

14-7-2014 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17028| Komen: 162

Pencuri Yang Koma Telah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Lelaki disyaki terbabit kes curi komponen kenderaan yang koma sejak 4 Julai lalu selepas dibelasah orang awam, meninggal dunia, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munasamy berkata, pihak Hospital Kuala Lumpur mengesahkan sebelum ini lelaki berusia 34 tahun koma dan dirawat di wad neuro unit rawatan rapi (ICU) HKL sejak 4 Julai lalu.

Gambar hiasan


“Hasil bedah siasat mendapati lelaki itu meninggal dunia disebabkan kecederaan pada otak dan kegagalan beberapa organ dalaman,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu ditangkap orang awam 3 Julai lalu di Bandar Baru Sentul selepas orang awam ternampak dia bersama seorang lagi rakannya dipercayai mencuri komponen kenderaan.

“Semasa orang awam cuba menangkap kedua-dua suspek yang melarikan diri, salah seorang terjatuh dan berjaya ditangkap  sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata,  polis segera menghantar suspek yang cedera ke hospital. Selepas suspek disahkan meninggal dunia, kes ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan  mencuri,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_Andak 14-7-2014 11:09 AM
Elok la dia mati...daripada hidup menyusahkan orang....
Quote nanie 14-7-2014 11:11 AM
selayaknya lah...
Quote zacrin 14-7-2014 11:13 AM
bagus pun mati..hati dah mati buat apa jasad hidup tapi harap dapat tgkap sekor lagi yg terlepas tu
Quote redz85 14-7-2014 11:21 AM
orang awam dah jadi pembunuh
Quote edee_91 14-7-2014 11:22 AM
menjawab lah korang dengan pulis.
Quote ice_sky92 14-7-2014 11:27 AM
Selanyaklah jugak...
Quote Simunggu 14-7-2014 11:28 AM
biasanya org jahat ini akan terus buat jahat...penjara dah mcm rest house buat mereka..kadang kadang org mcm mati lagi bagus...
Quote leylapple 14-7-2014 11:29 AM
selayaknya lah..

hidup pun menyusahkan org...

yang nak membela penjenayah nie, pikir2lah tentang mangsa diorang yang ada meninggal sebelum nie...

Quote GhostWalking 14-7-2014 11:30 AM
Aku tengah membayangkan pukul or belasah yang macamana yang boleh menyebabkan kematian
Quote hasmania 14-7-2014 11:31 AM
jadi pengajaran pada pencurik lain ....
Quote cmf_premierleag 14-7-2014 11:39 AM
ayat peberet si senah
"Elohim bayar cash"
Quote Babai 14-7-2014 11:42 AM
Elok pon mampos jenis2 camni.
Quote mixed 14-7-2014 11:45 AM
hmmmm selayak dilanyak menyusahkan org lain
kesian forumer yg keta viva kena togel dik pencuri komponen
Quote satrianaga 14-7-2014 11:47 AM
menjawabla di akhirat kelak si pencuri dan si pembunuh....
Quote sueism 14-7-2014 11:57 AM
redz85 posted on 14-7-2014 11:21 AM
orang awam dah jadi pembunuh

yes aku setuju.

Quote pengetipkuku 14-7-2014 12:02 PM
satrianaga posted on 14-7-2014 11:47 AM
menjawabla di akhirat kelak si pencuri dan si pembunuh....

Betul2..niat baik tapi cara lak tak betul.
Quote beautifulliar 14-7-2014 12:10 PM
cmf_premierleag posted on 14-7-2014 11:39 AM
ayat peberet si senah
"Elohim bayar cash"

Ayt peberet sbb otak die kn sempit,tu duk troll ayt2 tipikal yg sme je..senah si bapok lorong tu penjilat bontot yehudi gigih fefeling nk jd jews sedangkn diri sendiri berkerak..
Quote lasagnaklcc 14-7-2014 12:22 PM
Jenuh nak siasat pukulan siapa yg sbbkan kematian.
Quote chinta89 14-7-2014 12:23 PM
elok la mati dr menyusahkan org..

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top