CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

3 Produk Jenama Popular Kek & Kuih Salah Guna Logo Halal

21-7-2014 12:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19235| Komen: 59

3 Produk Jenama Popular Kek & Kuih Salah Guna Logo Halal

Pegawai Jakim dan KPDNKK menyerbu premis yang menyalahgunakan logo halal pada produk kek dan kuih di ibu negara, Khamis.



KUALA LUMPUR: Tiga jenama popular produk membuat kek dan kuih dikenal pasti menyalahgunakan logo halal pada label dan pembungkusan produk mereka.
Perkara itu terbongkar apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan serbuan di tiga premis secara berasingan, pada Khamis.

Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini yang menjalankan kerja-kerja melabel dan pembungkusan semula, manakala serbuan kedua dan ketiga membabitkan dua pasaraya borong dan runcit khusus menjual barangan membuat kek dan pastri di cawangan Cheras dan Semenyih.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hab Halal Jakim, Mazlina Jalani berkata, hasil serbuan mendapati ketiga-tiga premis terbabit menjual dan mengedarkan produk membuat kek dan kuih tanpa menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

"Di premis pertama yang diserbu, kita dapati mereka membungkus bahan-bahan membuat kek dan kuih dan kemudian melabelkannya menggunakan logo halal tanpa mempunyai sijil halal Jakim atau Jain. Ia membabitkan dua jenama popular.

"Bagi serbuan kedua, pasaraya berkenaan bukan pemegang sijil halal tetapi mengeluarkan banyak produk menggunakan jenama yang sama dengan nama pasarayanya menggunakan logo halal seolah-olah ia dikeluarkan oleh Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan tiga serbuan, di sini, Khamis.


Salah seorang pekerja premis pembungkusan dan pelabelan menjalankan tugas-tugasnya seperti biasa ketika serbuan dijalankan.


Menurut Mazlina operasi bersepadu secara besar-besaran menjelang Aidilfitri itu dilakukan setelah risikan dibuat kira-kira dua minggu yang lalu.

Kesemua produk berkenaan, yang menggunakan jenama dengan ciri 'kemelayuan' dan 'keislaman' itu telah disita dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Antara produk yang disita termasuk serbuk penaik, shortening, gelatin, krim tartar, kekacang dan mentega.

"Kita anggarkan nilai sitaan di ketiga-tiga premis ini sebanyak RM500,000 dan jumlah produk yang disita adalah 300 .

"Semua produk yang disita akan disiasat dan sampelnya akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua jenama produk tanpa logo halal sah yang dikenal pasti hasil serbuan pertama diedarkan di pasaraya besar dan popular di seluruh negara yang dikunjungi pengguna Muslim.

"Kita tidak mahu pengguna, terutamanya umat Islam keliru atau dikelirukan dengan logo halal tidak sah.

"Apabila mereka memilih bahan membuat kek dan kuih, pastikan logo halal pada label atau bungkusan dikeluarkan oleh pemegang sijil halal Jakim," katanya.

Beliau berkata, Jakim dan KPDNKK juga akan menyita produk terbabit yang berada di pasaran.

Dalam pada itu, serbuan ini juga berjaya mengesan taktik peniaga yang menggunakan logo halal dari luar negara seperti Singapura dan Indonesia walaupun nama syarikat didaftarkan di Malaysia, tetapi bukan pemegang sijil halal yang sah.

Terdapat juga produk bakeri yang langsung tiada logo halal, menggunakan logo halal generik atau mempunyai logo halal tetapi nama syarikat atau kilangnya dipotong.

12

Bagus
17

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nordin84 19-7-2014 07:40 AM
produk2 tu brand NUR, PLUSMORE dan RAKAN..kpd sume yg nk buat kek raya ke kuih raya ke hati2 ngan produk ni..iols semalam da terbeli 1..nsb bk tgk berita tv1,dorg yg reveal nme brand ni..tepon jakim mtk pengesahan cam harom je jwpn..iols nk bukti sahih supaya dpt tkr brg ni kat supermarket,blh plk pegawai jakim tu tipu iols ckp kat paper ade bg tau nme produk..JAKIM mmg keje tido je ea?
Quote alinone78 19-7-2014 08:09 AM
nordin84 posted on 19-7-2014 07:40 AM
produk2 tu brand NUR, PLUSMORE dan RAKAN..kpd sume yg nk buat kek raya ke kuih raya ke hati2 ngan pr ...

Mana2 jabatan la
Bukan semua multitasking tau apa jabatan depa buat
Patutnya operator yang angkat tpon pun boleh jawab soalan ko tu

Quote zacrin 19-7-2014 09:01 AM
nordin84 posted on 19-7-2014 07:40 AM
produk2 tu brand NUR, PLUSMORE dan RAKAN..kpd sume yg nk buat kek raya ke kuih raya ke hati2 ngan pr ...

mata berat tertutup dengan duit kih3
Quote shernazz 19-7-2014 09:51 AM
Aku slalu bli kat bake with yen
.huhu..
Quote zamj75 19-7-2014 10:09 AM
dok.pong pang pong pang jenama tak bagi tau...
Quote bougainvillaea 19-7-2014 10:10 AM
yg lg haru ni..aku dh terbeli semua bahan2 kt bakeri yg langsung
xde logo halal juz label syarikat dia...

mmg dr dulu biasa beli kt bakeri ni..

cmne ekk..nk buang syg plk dh beratus abiss..

redho je leh x?? Ya Allah..ampunkan la aku..
Quote whadda 19-7-2014 11:22 AM
aku tak pandai buat kek so tak beli bahan2 tu... tapi harap2 kek/biskut yang aku beli ready made tu takde la pakai dari jenama2 tuh atau yg mengandungi cadbury...
Quote drivethru 19-7-2014 11:38 AM
brand NUR jer pernah tgk n selalu beli. brand ni dh lame ade di pasaran. sepatut nye jakim buat pemeriksaan ni sebelum atau awal ramadhan. kuih raya dh siap berbalang balang, baru nk ckp xde sijil halal. nk bg org mkn biskut raya pun dh rase bersalah.
Quote ninja boy 19-7-2014 12:39 PM
biskut2 tak payah buat le, buat kerepek pisang ubi bawang muruku aja le
Quote emmaisa 19-7-2014 01:06 PM
Brand nur tu byk jual kat byk tempat...
kenapa yg dia org ni taknak apply halal dgn jakim dah bertahun2 jual...melainkan dia org th bahan2nya meragukan...
Quote SUHA 19-7-2014 02:11 PM
Kedai ape ni... Jenama bagus ke.
Quote mattzzx 19-7-2014 02:54 PM
Kenapa pihak berwajib tidak membuat data base terhadap makanan yang tidak halal ...baru pengguna Islam tanpa was was ..
Quote auntie_girl 19-7-2014 03:19 PM
1 pun taknah came across

tapi wartawan mmg macam cadbury kan?

kalau bab org khalwat,kemain nama penuh dia p letak.

bila isu mcm ni, haram ada nama.

ptuih.

ok. sambung istighfar
Quote nordin84 19-7-2014 03:35 PM
emmaisa posted on 19-7-2014 01:06 PM
Brand nur tu byk jual kat byk tempat...
kenapa yg dia org ni taknak apply halal dgn jakim dah berta ...

iol tepon jakim,katenye dorg repackaging..iols beli white chocolate tu mmg logo halal JAKIM yg sah..tup2 xhalal..iols pening nk tkr brg ni..igt supermarket bodo2 nk terime alasan tanpa bukti
Quote nordin84 19-7-2014 03:49 PM
alinone78 posted on 19-7-2014 08:09 AM
Mana2 jabatan la
Bukan semua multitasking tau apa jabatan depa buat
Patutnya operator yang angka ...

die tranfer panggilan smpi 3line..last2 dpt kat PRO..blh plk PRO ckp ade sebut name brand kat paper..iols ckp iols da bc BH ngan metro xde pon sebut..sheols suh iols bc mstar ngan utusan plk..iols tye kompom ke ade?sheols tanpa was2 ckp ADA..xrs bersalah pon tpu iols..iols just mintak blacknwhite dr JAKIM ckp produk ni xhalal..blh plk ckp xdehbs yg iols da beli ni?igt senang ke nk mtk tkr kalo xde bukti..ni TV1 je ade berita ni..seingat iols member iols ckp tv9 xde..da la ngam2 br lps beli..pihak JAKIM xde rs bersalah ke kt umat ISLAM dgn perangai xsemenggah dorg ni?
Quote emmaisa 19-7-2014 04:07 PM
nordin84 posted on 19-7-2014 03:35 PM
iol tepon jakim,katenye dorg repackaging..iols beli white chocolate tu mmg logo halal JAKIM yg sah ...

Ooo...maksudnya maybe dia org dpt yg halal dr jakim utk bulk product, pastu dia org repackage dan letak logo halal sendiri kat pakej baru ie tiru jakim punya logo yg asal? Klu camtu maybe diserbu sbb masalah perundangan dan tak semestinya sbb tak halal.

maybe jakim serbu sbb nak pastikan produk yg direpackage tu adalah product yg sama dgn yg bulk product tu...kdg2 ada peniaga ni campurkan dgn product entah dr mana dpt pastu menumpang kasih halal jakim utk save cost.

Itu apa yg akak paham la klu isu repackaging ni...
Quote emmaisa 19-7-2014 04:16 PM
Tapi dlm kes ni dia org mmg takde sijil halal jakim atau yg diiktiraf jakim langsung kan? Sbb klu baca kat mstar tu kata premis pertama guna logo halal tanpa sijil dr jakim atau jain. Premis kedua guna logo halal dgn konon2nya jakim keluarkan tapi bukan.

Masalahnya kenapa jakim tak blh hebahkan nama produk tu. At least klu dihebahkan secara rasmi pengguna muslim takde la tertanya2. Katakanlah maybe jakim blh kata buat sementara waktu pengguna dinasihatkan jgn menggunakan product abc sehingga ujian makmal diumumkan.
Quote ultra78 19-7-2014 04:17 PM
Antara biskut kegemaran aku adalah biskut tausa yang berinti kacang hijau tu. Sedap sangat. Mungkin ini satu makanan yang turun dari syurga.

Malangnya susah nak jumpa ada logo halal jakim..





cc @Acong_II  
Quote emmaisa 19-7-2014 04:18 PM
nordin84 posted on 19-7-2014 03:49 PM
die tranfer panggilan smpi 3line..last2 dpt kat PRO..blh plk PRO ckp ade sebut name brand kat pape ...

Kat mstar takde pun sebut nama product.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056694 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top