CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kelapa Dapat RM1,200 Sehari

21-7-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8828| Komen: 50

KUALA TERENGGANU – Peniaga kelapa mampu memperoleh untung berganda apabila permintaan makin bertambah menjelang Aidilfitri.

Seorang peniaga kelapa, Wan Mohd Shukri Wan Muda berkata, biasanya dia akan menjual 1,000 biji sehari tetapi menjelang Aidilfitri permintaan meningkat sehingga 2,000 sehari.

“Permintaan kelapa akan meningkat lagi menjelang dua atau tiga hari sebelum tibanya Aidilfitri apabila ia menjadi bahan utama dalam masakan musim perayaan,” katanya yang berniaga di Pasar Chabang Tiga.

Kata Wan Mohd Shukri, dia perlu  menyediakan stok kelapa lebih 10,000 biji bagi memenuhi permintaan.

“Saya perlu sedia bekalan yang cukup supaya pelanggan tidak merungut,” katanya.

Dia yang mengusahakan perniagaan warisan keluarga sejak 25 tahun lalu itu memulakan perniagaan seawal jam 4 pagi dan berakhir 6 petang, mengakui mampu memperoleh RM1,200 sehari.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan pembekal terpaksa mengimport kelapa dari Indonesia kerana bekalan daripada pekebun tempatan tidak mencukupi,” katanya.

Sebiji kelapa dijual pada harga RM2 manakala kelapa parut RM6 sekilogram dan santan pula pada harga RM8 sekilogram.

Walaupun berniaga kelapa mampu beroleh pendapatan lumayan, namun kata Wan Mohd Shukri perniagaannya juga berdepan risiko apabila bekalan kelapa diterima rosak atau jika berlaku gangguan bekalan elektrik di pasar itu.

“Apabila ada gangguan bekalan elektrik menyebabkan kelapa tidak dapat diproses menjadi santan dan kelapa parut..oleh itu saya hanya bergantung pada pelanggan yang datang membeli buah kelapa yang tidak diproses.

“Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan,” katanya.

Wan Mohd Shukri turut dibantu 12 pekerja dalam menyediakan santan dan kelapa parut yang diminta pelanggan.

6

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 21-7-2014 08:19 AM
kalau ikhlas dalam business.....insyaAllah...murah rezeki
Quote mybluegetz 21-7-2014 08:22 AM
Org yg rajin murah rezeki
Quote Crystars 21-7-2014 08:25 AM
dulu2 org tebang pokok kelapa ganti kelapa sawit
Quote kokocrunch 21-7-2014 08:28 AM
Alhamdulilah murah rezeki pak cik nie
Quote wanlya 21-7-2014 08:28 AM
go kelapa...go kelapa
Quote Yoongie 21-7-2014 08:38 AM
Time raya produk kelapa semuanya laris.  santan, air, kelapa parut, daun kelapa etc.
Quote seri_mawr 21-7-2014 09:42 AM
sebulan jual kelapa

sama dgn gaji aku +-4 bulan...

huhuhuhu....

masyuk2..... Last edited by seri_mawr on 21-7-2014 10:01 AM

Quote Crystars 21-7-2014 09:50 AM
seri_mawr posted on 21-7-2014 09:42 AM
sebulan jual kepala

sama dgn gaji aku +-4 bulan...

Kepala sapa tu???
Quote seri_mawr 21-7-2014 10:02 AM
Crystars posted on 21-7-2014 09:50 AM
Kepala sapa tu???

dah edit dah....

hahahaha......
Quote mikasa 21-7-2014 10:12 AM
pendapatan rm1200 sehari...kalau tolak kos...untung bersih rm300 ..sebulan dekat rm10k ...

Quote AdsMsia 21-7-2014 10:47 AM
seri_mawr posted on 21-7-2014 09:42 AM
sebulan jual kelapa

sama dgn gaji aku +-4 bulan...

berenti la
pi jual kelapa pulak
Quote DTECCONAN 21-7-2014 10:49 AM
Ni untung bersih ker, dpt untung kasar 1200? Ada 12 pekerja lagi. Kdg2 kata ja dpt beribu2 sehari, tapi untung blm tentu dpt seribu.
Quote seri_mawr 21-7-2014 10:51 AM
AdsMsia posted on 21-7-2014 10:47 AM
berenti la
pi jual kelapa pulak

kena tanam kelapa dulu....klu ada ladang kelapa ..dh berhenti dah keje hari ni.....

huhuhuhu........klu tahu lepas SPM terus tanam kelapa....

Quote AdsMsia 21-7-2014 10:56 AM
seri_mawr posted on 21-7-2014 10:51 AM
kena tanam kelapa dulu....klu ada ladang kelapa ..dh berhenti dah keje hari ni.....

...

ohhhh camtu
lepas spm dulu tanam apa ?
anggur ?
Quote seri_mawr 21-7-2014 11:04 AM
AdsMsia posted on 21-7-2014 10:56 AM
ohhhh camtu
lepas spm dulu tanam apa ?
anggur ?

sempat la tanam anggur kejap...
pastu x sempat amik hasil "anggur" dah masuk U lor....

abis semua pokok anggur mati....


Quote Aliaskotonggo 21-7-2014 11:05 AM
santan cair recycle kelapa tu berkali2 sampai kering kontang hampas kelapa tu....banyak untung beb
Quote Leonarzi 21-7-2014 11:12 AM
Berniaga dgn niat betul insyaAllah rezeki berkat dan murah... Jgn jd mcm cina kapitalis bila permintaan tinggi je terus dia naikkan harga utk kaut untong lebih
Quote mamanurulhasbi 21-7-2014 11:13 AM
mana tak untung harga kelapa makin naik..santan, kelapa parut je dh brp
Quote jojo67 21-7-2014 11:18 AM
bulan posa ni bukan takat jual kelapa ja yg dapat untung lebih...kedai runcit pun sama gak ,depa akan dpt keuntungan yg lebih drp bulan2 biasa....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047797 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top