CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Gores Dan Menang Naik Hantu

23-7-2014 07:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9602| Komen: 84

 Mangsa penipuan gores menang naik angin

Mangsa-mangsa terlibat mengerumuni pintu masuk syarikat gores dan menang terbabit, semalam

SEREMBAN - Berang tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa, kira-kira 30 mangsa penipuan gores dan menang di negeri ini nekad membuat terjahan ke premis syarikat terlibat, semalam.

Selain mangsa, serbuan mengejut kira-kira 1.30 petang di Pusat Komersil Bukit Kepayang, dekat sini itu disertai Ahli Parlimen Seremban, Teo Kok Seong; Adun Port Dickson, M Ravi dan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian ke premis terbabit, semalam mendapati ia berkunci dan seolah-olah tidak berpenghuni.

Kecewa dengan keadaan itu, beberapa mangsa yang mula hilang sabar telah memecahkan beberapa kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat dan menendang pintu gril premis berkenaan sebelum beredar.

Enggan berputus asa, kesemua terlibat mengambil keputusan pergi ke sebuah pasar raya di Oakland, dekat sini bagi mengesan beberapa pekerja syarikat itu untuk disoal siasat, namun mereka sempat melarikan diri.

Salah seorang mangsa, Bihah (bukan nama sebenar), 22, berkata, dia bersama yang lain sebulat suara membuat terjahan kerana mahu mendapatkan semula wang mereka, walaupun sedar tindakan sedemikian boleh mengundang pelbagai risiko.

“Kami sudah muak berurusan dengan pihak berkuasa yang asyik tolak menolak antara satu sama lain, sedangkan sipelaku masih bebas menjalankan kegiatan mereka. Kami pula diperlakukan seperti bola yang ditendang sana-sini,” katanya.

Menurutnya, seandainya keadaan ini berterusan, nampaknya harapan untuk mendapatkan semula wang sebanyak RM12,300 kepunyaan ibu bapanya agak tipis.

“Sampai sekarang masih tiada tindakan drastik diambil terhadap syarikat terbabit, sedangkan ibu bapa saya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan sejak April lalu.

“Kami amat memerlukan wang itu untuk menanggung pengajian saya di universiti, selain membuat persiapan hari raya,” katanya yang memberitahu ibu-bapanya diperdaya wakil syarikat tersebut pada 3 April lalu di sebuah pasar raya di Seremban 2, di sini.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 22-7-2014 10:17 PM
Soklan:
Dorang semua ni x pernah baca paper/tengok berita ke?

Lagi mau kena tipu.
Pastu meroyan
Masuk paper.
Pastu ade lg si baghal lain pulak kena tipu.
Camtulah seterusnya.

Quote clarizsa 22-7-2014 10:20 PM
kesiannya tertipu.... lainkali kna hati hati...
Quote ladydutch 22-7-2014 10:21 PM
Percaya sebab kawan itu pesan suruh solat zohor





Seorang ibu tunggal yang juga suri rumah dan mempunyai enam anak dari Port Dickson yang hanya mahu dikenali sebagai Roslin, 48, berkata beliau telah ditipu sebanyak RM50,000.

“Saya ditunjukkan senarai hadiah yang boleh dimenangi termasuk kereta Toyota Camry, pakej Umrah dan pakej melancong ke luar negara.

“Walaubagaimanapun saya ditawarkan juga skim gandakan wang.”

“Dengan pelaburan sebanyak RM35,000, saya dijanjikan akan mendapat RM50,000. Iaitu keuntungan sebanyak RM15,000.

“Atas sebab untuk menambah pendapatan saya menyerahkan duit RM50,000 secara berperingkat-peringkat.

“Saya percaya pada mereka, kerana ada sekali ketika saya dalam perjalanan ke pejabat mereka untuk membayar duit itu, salah seorang lelaki meminta saya menunaikan solat Zohor terlebih dahulu di sebuah surau sebelum pergi ke pejabat mereka.

“Mereka sentiasa telefon saya. Sebab itu saya percaya sebab tidak ada tanda-tanda mereka mahu tipu atau melarikan diri.

“Walaubagaimanapun selepas tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, saya sedar saya telah ditipu,” katanya.
Quote mak_wa95 22-7-2014 10:22 PM
xserik2.....
Quote eco_internet 22-7-2014 10:34 PM
suruh solat zuhur pun kena tipu... kah kah kah...
Quote chaintea 22-7-2014 10:34 PM
Duh..i pernah kena
Sumpah x caya lgsg
Masa gores depa yg bersorak lebih
I haram x heran..just look at them with blank face..
Pehtu depa tunjuk hrga brgn depa yg x masuk akal tu..
I said No..No..No
Depa kata rugi kak..dlm 1 malaysia ni akak sorang je dpt..i jwb..its ok..u take it..sy xmo
Quote salimrock 22-7-2014 10:37 PM
ladydutch posted on 22-7-2014 10:21 PM
Percaya sebab kawan itu pesan suruh solat zohor

errr....mcm mana mau komen ek...

kira kalo org tu suruh solat, kira org tu warak la..

zaman skrg ni tak leh caya dik ooiiii...

jgn la percaya kan keajaiban...
Quote salimrock 22-7-2014 10:40 PM
aderaderker posted on 22-7-2014 10:17 PM
Soklan:
Dorang semua ni x pernah baca paper/tengok berita ke?

itu yg wa heran, diroang ni duduk kampung ceruk mana ek..suratkabar tak smpai ke tempat depa ni...

ke depa baca suratkabar bhgn artis..che ta, awie , erra , aaron ajiz je...ke baca bhgn disorok bunian, di kawin dgn bunian..di terjah pontianak jah...atau kisah raja bomoh teropong pakai buluh ajaib.....
Quote razhar 22-7-2014 11:06 PM
tu semua malayu...
Quote kucen_miang 22-7-2014 11:11 PM
Tak penah belajar ke dorang ni.ingat gores2 boleh jadi kaya ke
Quote senahsanasini 22-7-2014 11:11 PM
Yg bertudung labuh pon belom tentu suci murni lg okeyh, inikan pula menyuruh solat..
Cairr iman didada kekdahnyeeeee
Quote batmana 22-7-2014 11:46 PM
ayat2nye memukau kot.. tambah lagi pkai mamat ensem, minah cun2..


cube kalu agen dia muke tk mandi..mmg confirm tarak org kene tipu..
Quote cubby_qt 23-7-2014 12:07 AM
Yang suka buat berita havoc begini adalah metro... kupasan demi kupasan dibuat... TAPI... ada yg kutuk n anti metro ....
Quote jengkoil 23-7-2014 12:38 AM
chaintea posted on 22-7-2014 10:34 PM
Duh..i pernah kena
Sumpah x caya lgsg
Masa gores depa yg bersorak lebih

Depa bersorak buat muka terkejut tu dah SOP diaorg...tak caye try la layan geng2 ni lagi..anggap laa masa yg terbuang layan diaorg tu sbg hiburan..
Quote DTECCONAN 23-7-2014 01:00 AM
Adeh, x tau nak kata apa dah
Quote matamata 23-7-2014 01:01 AM
minyak naik...korang pon nak naik minyak

Quote mommymonster82 23-7-2014 01:14 AM
50 ribu tu baik byr dpayment keta xpon gi jer amik pakej melancong...
Quote lavaketupat 23-7-2014 01:19 AM
mommymonster82 posted on 23-7-2014 01:14 AM
50 ribu tu baik byr dpayment keta xpon gi jer amik pakej melancong...

pastu ambik gambar masuk facebook kata menang skim gores dan menang...

mesti yg tertipu tu panas jer tgk...



Quote mommymonster82 23-7-2014 01:37 AM
lavaketupat posted on 23-7-2014 01:19 AM
pastu ambik gambar masuk facebook kata menang skim gores dan menang...

mesti yg tertipu tu pana ...


Wakakaka...betul jugak... K mah pon sokong p cik  

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056216 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top