CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Biskut Raya Terbeban

24-7-2014 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21065| Komen: 167



MARANG - Ketika ramai pengguna mengeluh mengenai kenaikan harga makanan, peniaga biskut raya turut merasai kesannya apabila jualan kurang mendapat sambutan berbanding tahun lalu.        Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Marang mendapati biskut raya beraneka jenis dan warna yang dijual kurang mendapat sambutan ketika tinggal seminggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal.

Malah peniaga biskut raya yang ditemui mendakwa perniagaan mereka tahun ini agak perlahan sambil mengakui ia kesan daripada kenaikan beberapa barang keperluan termasuk bahan mentah untuk membuat biskut.

Rata-rata peniaga juga berpendapat kuasa beli pada tahun ini tidak memberangsangkan kerana orang ramai terlalu berhati-hati berbelanja.

Bahan mentah naik, tetap jual murah

Seorang peniaga biskut raya, Zaharah Hasan, 36, dari Kelulut, berkata, dia memulakan perniagaan sejak lima tahun lalu dan mampu menjual hampir 1,000 bekas biskut raya pada harga RM16 sebekas pada tahun lalu.

Menurutnya, biskut raya yang dihasilkan antaranya tat nanas, ‘cornflake madu’, biskut kelapa, biskut kacang, ‘coklat rice’ dan lain-lain termasuk pelbagai jenis kek akan dihantar ke sebuah pasar raya di daerah ini pada harga borong.

“Walaupun harga bahan mentah naik, saya tetap jual setiap bekas biskut raya dengan harga borong iaitu RM13 satu bekas. Malah masih mengekalkan saiz dan bahan yang digunakan seperti (tahun) sebelum ini.

“Walaupun ramai peniaga biskut raya naikkan sedikit harga jualan tahun ini, tetapi saya terpaksa jual murah kerana persaingan ramai, lagi pun biskut raya yang dijual di pasar raya ternama, mereka jual dengan harga rendah,” katanya.

Zaharah berkata, bahan mentah yang digunakan untuk membuat biskut naik termasuk bekas kuih.

Katanya, tahun lalu bekas biskut raya dijual pada harga RM22 untuk 24 biji, namun tahun ini naik kepada RM26 untuk kuantiti sama.

“Bahan-bahan lain yang turut naik adalah planta, sebelum ini hanya RM42 kini RM50, kacang badam dari RM28 kepada RM29 sekilogram.

"Sukar mendapat untung sekiranya saya mengenakan harga mahal walaupun barang naik,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 23-7-2014 08:08 AM
Rasa2 tgu last minute shopping la. Org Msia kn suka beli lg2 mlm raya. Harga murah habis kiranya
Quote espritvin 23-7-2014 08:24 AM
kalau tak sedap..mmg takde sape nak beli la...
Quote leylapple 23-7-2014 08:25 AM
tapi mmg tak dinafikan mahal...

sedap nya pun tak jugak..bek buat sendiri...setin mentega dapat beratus biji...kalo beli dgn org (ikut jenis biskut) 30 bijik pun lebih rm30
Quote haryatie 23-7-2014 08:26 AM
RM13 tu ok la...x de la mahal..
kat KL/Putrajaya ni mahal lagik...tp org beli jugak..
tp nak dpt murah..beli malam raya last minit kan..kata org la
tp aku x pernah lak membeli time tu..
da smpai kpg da pun..
kat negeri2 pun ada buat mcam tu ..tp x pernah gak pegi..
malas.. da la jln jem giler..nak cari tempat parking pun boleh stress.
Quote straycat 23-7-2014 08:26 AM
Trend sekarang, orang sanggup beli biskut mahal asalkan sedap.

Usually orang akan beli biskut daripada peniaga yang dia dah kenalpasti biskutnya memang sedap.
Quote jofizo 23-7-2014 08:30 AM
dari beli biskut raya baik gi beli kepek ngan jeruk...... yg tu org balun dulu masa mai rumah.......
Quote drivethru 23-7-2014 08:33 AM
tahun ni nyk beli kekacang, kerepek n bahulu. benda ni jer yg org cari mase raya. biskut2 ni cpt muak.

Quote sakurahati 23-7-2014 08:33 AM
macam tahun lepas aku ada beli biskut tart blueberi n tart apple..rupa mmg cantik...tapi bila makan tak sedap pn..manis sesaje...takde rasa blueberi n apple pn..mak n kakak aku makan pn kata tak sedap..smp nak masuk raya haji pn tak habis biskut tu..last2 aku buang je...tahun ni aku beli 2 bekas je kuih raya...beli yg biasa2 je, cam almond london n tart nenas tu..malas dah nak beli biskut jenis macam2 sgt..sbb membazir je bila tak makan..
Quote airfilterkotor 23-7-2014 08:35 AM
Oang mayu mana lagi makan beskot/kueh raya jenih kering berderai ni...
Quote siputsedut 23-7-2014 08:46 AM
tahun ni buat sendiri...kos dia murah sikit...tp dpt penat la...iols cuma beli sejenis biskut...dr seller yang mmg dikenalpasti jual sedap..dan sbb harga dia tak naik..tp kuantiti taktau la..baru nk gi ambik
Quote fifie_olin 23-7-2014 08:50 AM
agak2 rugi jual kueh tu...jual la menda lain plak....
Quote krustykrab 23-7-2014 09:06 AM
kos beli barang2 buat kuih RM70  dapat la buat 4 jenis kuih dan kek buah kukus
Quote hasmania 23-7-2014 09:06 AM
beli kekacang lagi baik ....muruku ke .....macam2 perasa ada .....
jual kueh bukan main mahal smpai RM 23.00 gitu walhal kalo letak harga RM18.00pun dahn untung .... tamak punya pasal bukan kisahpunnnn .... dah lepas raya menyesal tak sudah jual kueh mahal ...
kekadang kasihan tengok muka2 yg jual kueh mahal nih .....agaknya jual mahal nak beli apa agak nye ??? nak settle hutang ke ....nak beraya sakan ke ????? ...... baik lah den masak mee rebus di hari raya .........
Quote MengkuduMasam 23-7-2014 09:07 AM
byk beli dari homemade punya... mahal sket.. tp rasa mmg sedap...

mcm aku ade laa 1-2 kuih yg betul sedap... lain tu beli kerepek2 jer..

bende2 masin nih laa org lantak dulu..
Quote kerunai 23-7-2014 09:07 AM
aku rasa sambutan raya kt negara kita makin lama makin hambar la ..
Quote HANIMUSLIMAH 23-7-2014 09:11 AM
jofizo posted on 23-7-2014 08:30 AM
dari beli biskut raya baik gi beli kepek ngan jeruk...... yg tu org balun dulu masa mai rumah.......

betui..dari pemerhatian saya tetamu lebih suka makan kerepek..
dan makanan yang kita masak seperti mi goreng dll..
kuih/biskut tu macam lambat sikit..
Quote cutebaby5907 23-7-2014 09:12 AM
kat pekan meru tu menimbun biskut raya
tiap kali aku lalu xde plak nampak org beli
& x nampak pun susut timbunan biskut tu
sampai raya haji masih jual lagi
respek betul aku..gigih niaga
tiap2 tahun lak tu
Quote zafira 23-7-2014 09:16 AM
Aku pun tiap-tiap tahun meniaga kuih raya untuk customer tetap (kawan2, relatives, etc..) tapi tahun ni aku stop sebab harga bahan mahal sangat.  Macam tak munasabah kalau nak charge lebih sebab kita tahu orang pun bukannya mampu nak beli  mahal2.  Asalnya aku start buat kuih  pun sebab tak sanggup nak beli kat luar.  Mahal sangat.  



Quote MissNigga 23-7-2014 09:17 AM
iols lik kampung 26hb... 25hb cuti... so, ingat nak serbu kompleks PKNS shah alam mlm 24 dan mlm 25, kowt kowt dapat rega murah.

last year.. malam2 terakhir... perniaga lelong abis .. mana2 yang berega RM50 utk 3 bekas... deyols jual RM50 utk 5 bekas...

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.135139 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top