CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Kaki Judi Gusti Isteri Yang Membebel

25-7-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12162| Komen: 44

ALOR SETAR - Seorang wanita mendakwa terpaksa menanggung derita apabila kerap dipukul suaminya di bilik sewa mereka di Jalan Shahab, Terminal Shahab Perdana, dekat sini.

Tidak tahan dipukul suaminya, wanita berusia 42 tahun dikenali Ani bertindak melarikan diri dari kediaman tersebut sebelum menumpang teduh di merata-rata tempat.

“Siapa suka apabila suami bermain judi 24 jam. Jadi, apabila saya membebel pada suami yang berusia 30-an, dia memukul kepala menggunakan tangan. Malah, saya pernah ditumbuk dan dilempang.


“Buat masa ini, saya menyewa sebuah bilik motel selepas dipukul beberapa hari lepas. Namun, saya pernah tidur merempat di stesen bas selepas dipukul olehnya,” katanya.

Meskipun ada mempertahankan diri selepas dipukul pada Rabu lepas, katanya, namun dia tidak mampu menahan tindakan agresif suaminya itu.

“Saya tidak marah, sebaliknya hanya meminta dia lebih bertanggungjawab untuk menyara kehidupan kami. Jikalau, barang keperluan sudah cukup, itu berbaloi,” katanya.
Katanya, dia yang menyara kehidupan mereka berdua sebagai pembantu kedai makanan, manakala suaminya tidak bekerja tetap dan bergantung pada pendapatannya semata-mata.

“Dulu, dia pernah bekerja, namun tidak menentu. Itu pun, dalam kedai judi terbabit. Apabila, dia menerima wang dia lupakan mengenai rumah tangga kami,” katanya.

Malah, suaminya tidak segan silu untuk memukul dirinya di khalayak ramai apabila dia pergi ke tempat kerja suaminya untuk memanggil lelaki terbabit sebelum ini.            

Menurutnya, kali terakhir dia membuat laporan polis pada Disember tahun lalu selepas dipukul suami, namun belum melakukannya pada kali ini kerana sudah tidak larat.

Meskipun takut dipukul suami, namun dia sedia memberi peluang kedua buat suaminya untuk berubah demi kebahagiaan hidup mereka di masa depan.

Ani berkata, dia mengharapkan kehidupannya tidak lagi terumbang-ambing, malah mendapat pembelaan mana-mana pihak berkenaan supaya boleh menjalani kehidupan bahagia.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 25-7-2014 11:57 AM
Asal berlaki yer kak
Quote din_atos 25-7-2014 11:57 AM
apa la nasib dpt laki sial camtu
Quote munchkin 25-7-2014 12:02 PM
Dah tu? Cerai taqliq jelah. Kumpul duit hidup sendiri
Quote zacrin 25-7-2014 12:09 PM
alahai baik la janda dari berlaki macam tu..sementara ada usia ni cerai je pastu kawin lain sampai bila nak menyeksa diri
Quote TuntungReturn 25-7-2014 12:13 PM
klo lakk nk kawen lagik dan2 nk mintak cerai..klo laki pukul leh sabar..heran pompuan ni
Quote magnus 25-7-2014 12:15 PM
TuntungReturn posted on 25-7-2014 12:13 PM
klo lakk nk kawen lagik dan2 nk mintak cerai..klo laki pukul leh sabar..heran pompuan ni

Takyahla heran sgt...heran kat lelaki yg kaki pukul dan kaki kawen ..puiiii
Quote cikatilia 25-7-2014 12:16 PM
Meskipun takut dipukul suami, namun dia sedia memberi peluang kedua buat suaminya untuk berubah demi kebahagiaan hidup mereka di masa depan.


as usual,
peluang kedua ketiga

ada org aku kenal sampai laki dia mati dia kena pukul
tp bila dgr citer dia, mulut dia pon boleh tahan berdesign

contoh: aku xmati kebulur la xmakan duit engkau - katanya kpd suami

ada plak baru kawan 6 bulan pon dah kena pukul
pastu beria2 membacking org yg nasihat dgn alasan
"dia tak sengaja  and who dont know us. dont judge us sambil meleleh2 merayu meratap kan jantan tu"


Last edited by cikatilia on 25-7-2014 12:17 PM

Quote sueism 25-7-2014 12:17 PM
zacrin posted on 25-7-2014 12:09 PM
alahai baik la janda dari berlaki macam tu..sementara ada usia ni cerai je pastu kawin lain sampai b ...

Setuju aje kalau berlaki hari2 makan sepak terajang
baik Jadi janda.
Quote nebulagazer 25-7-2014 12:17 PM
Kaki judi..biarla dia mati sengsorg kam..baik idup sndr
Quote sueism 25-7-2014 12:18 PM
cikatilia posted on 25-7-2014 12:16 PM
Meskipun takut dipukul suami, namun dia sedia memberi peluang kedua buat suaminya untuk berubah demi ...

Tulah sekali bagi peluang gerenti laki tu buat lagi.

Quote cikatilia 25-7-2014 12:20 PM
sueism posted on 25-7-2014 12:18 PM
Tulah sekali bagi peluang gerenti laki tu buat lagi.

lagi 1
kalau masa blom kahwin dah pukul, kaki betina, kaki botol

mmg payah la lepas kawin nak jadi loving caring and tak kaki betina botol
Quote sueism 25-7-2014 12:23 PM
cikatilia posted on 25-7-2014 12:20 PM
lagi 1
kalau masa blom kahwin dah pukul, kaki betina, kaki botol

Betul tu, lepas tu Ada plak yg benggak lebih kata nanti lepas Kawin
tukar lah perangai , Jgn lah harap memang x ubah dah. Only Akan
berubah aje kalau telur Dan batang tu bagi anjing makan baru Gerti
dok rumah .
Quote ice_sky92 25-7-2014 12:24 PM
Peluang kedua abah kau. Memang tak serik kot. Ish2. Perempuan perempuan...
Quote prettyuglybabe 25-7-2014 12:27 PM
dah ko pun sendiri jenis hadap asal berlaki
main judi boleh maafkan
kena terajang boleh maafkan
tak bagi nafkah boleh maafkan
asalkan jangan ............
Quote famri7 25-7-2014 12:28 PM
Pasngan pprt nih suka masocism and sadism kah? Siap peluang kedua bagai.
Quote cikatilia 25-7-2014 12:36 PM
ice_sky92 posted on 25-7-2014 12:24 PM
Peluang kedua abah kau. Memang tak serik kot. Ish2. Perempuan perempuan...

cinta itu buta katanya
kerana cinta aku turutkan badan

ada yg merasakan pukul 2 tu tanda syg cemburu dan caring
lagi elok dari diabai

seriously mmg wujud spesis gini
Quote emmaisa 25-7-2014 12:37 PM
peluang kedua tu kalau baru sekali suami buat perangai
kalau dah hari2, peluang kedua amendanya?

laki perangai cam ni la salah satu calon gelandangan di hari tua...atau duduk kat rumah orang2 tua
lepas tu masuk suratkhabar bagi kisah sedih katanya keluarga tak peduli...

bukan semua ya...saja je nak cakap...
Quote annehuda 25-7-2014 12:44 PM
“Saya tidak marah, sebaliknya hanya meminta dia lebih bertanggungjawab untuk menyara kehidupan kami. Jikalau, barang keperluan sudah cukup, itu berbaloi,” katanya.


kebangangan apekah ni? selalu sgt kene pukul smpi otak pun terencat kah?
Quote haryatie 25-7-2014 12:50 PM
laaaa..da tau dr awal kaki judi..nak jugak..
jnji x pukul..setakat cukup makan/minum pun xpe...nak berjudi seumur hidup pun rela..
ada jugak org mcam ni....
takut sgt jd andartu/janda...
apa la yg ada dlm fikiran dia org ni..hina sgt ke jd andartu/janda...
musykil....

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.100223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top