CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Maut Serta Merta Makan Kambing?

4-8-2014 12:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11100| Komen: 109

Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.


Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan.

Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.

JENAZAH Abdul Kader dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. 

Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.

"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal.

“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nagapompuan 31-7-2014 09:54 PM
Eh, kata sunnah? Khasiat melimpah ruah. Guano meninggal lak?

Alfatihah dek...
Quote Changa 31-7-2014 09:58 PM
Akak hanya mampu senyum sinis
Quote Changa 31-7-2014 10:00 PM
nagapompuan posted on 31-7-2014 09:54 PM
Eh, kata sunnah? Khasiat melimpah ruah. Guano meninggal lak?

Alfatihah dek...


Bukan itu sahaja sis. Siap salahkan ummah suci Yahudi katanya sebab sembunyi kan khasiat daging kambing ini. Ujung 2? Innalillah Sebab Yahudi sembunyi kan khasiat ini sis.
Quote nagapompuan 31-7-2014 10:03 PM
Changa posted on 31-7-2014 10:00 PM
Bukan itu sahaja sis. Siap salahkan ummah suci Yahudi katanya sebab sembunyi kan khasiat daging  ...

Huhuhu...apa pula alasan deme lepas ni? Kambing itu diracun yahudi? Tak habis habis mengarut....
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:07 PM
Aku rasa la kan sebab makan apa pun tak boleh terlebih.Pernah aku tanya kat doctor if meat is harmful,carbs pun harmful maybe being a full vegan is the best way?The doc cakap the best is to eat in moderation tu saja.small portion tau kalau moderation tu.bukan penuh pinggan.ikut la nak jd vegan ka xka tapi kena moderate
Quote apam 31-7-2014 10:11 PM
setau aku nabi muhammad saw lebih kpd vegetarian
Quote jengkoil 31-7-2014 10:12 PM
Tred terlewat 9 menit...
Quote sigila 31-7-2014 10:19 PM
GhostWalking posted on 31-7-2014 10:07 PM
Aku rasa la kan sebab makan apa pun tak boleh terlebih.Pernah aku tanya kat doctor if meat is harmfu ...

Pak arab sekor kambing sorang kira moderate lah kaka
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:20 PM
apam posted on 31-7-2014 02:11 PM
setau aku nabi muhammad saw lebih kpd vegetarian

Ye ke pam?apa menu dia?menarik gak nih
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:22 PM
sigila posted on 31-7-2014 02:19 PM
Pak arab sekor kambing sorang kira moderate lah kaka

Eeee aku taktau lah kan apa beza kambing dia dengan kita?ke penerimaan badan kita n dia berbeza?ko ce citer sikit nape ereb makan siap boleh sendawa
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:23 PM
jengkoil posted on 31-7-2014 02:12 PM
Tred terlewat 9 menit...

Ye ke alamak..
Quote apam 31-7-2014 10:29 PM
GhostWalking posted on 31-7-2014 10:20 PM
Ye ke pam?apa menu dia?menarik gak nih

vege biasa je mcm bijirin, labu, kekacang taugey etc. Cuba kau vege beberapa hari, kau akan rasa lebih sihat. cubela....ekekeke
Quote jengkoil 31-7-2014 10:31 PM
GhostWalking posted on 31-7-2014 10:23 PM
Ye ke alamak..

Takpe...mod masih lg melayan serdak serdak biskut.. ehehehee. ..
Quote jengkoil 31-7-2014 10:33 PM
Setaz setaz ckp...yg sunnah tu kambing muda...yg umat melayu melahap...kambing pencen...

wallahualam. ..
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:36 PM
apam posted on 31-7-2014 02:29 PM
vege biasa je mcm bijirin, labu, kekacang taugey etc. Cuba kau vege beberapa hari, kau akan rasa l ...

Dah pernah try memang elok.Satu je bila kita turn to vegetarian+fruits asyik gi toilet je sbb sistem pencernaan laju je.hahahahha
But seriously badan rasa rejuvenate kan.
Quote GhostWalking 31-7-2014 10:38 PM
jengkoil posted on 31-7-2014 02:33 PM
Setaz setaz ckp...yg sunnah tu kambing muda...yg umat melayu melahap...kambing pencen...

wallahua ...

Kambing pencen banyak penyakit heheheh
Quote sigila 31-7-2014 10:40 PM
GhostWalking posted on 31-7-2014 10:22 PM
Eeee aku taktau lah kan apa beza kambing dia dengan kita?ke penerimaan badan kita n dia berbeza?ko ...

Arab mkn kambing dgn lemon dan salad... melayu mkn kambing dgn nasi, kuah kacang, teh, kopi maner x darah naik mencanak... lg pon org arab tgk saiz la kaka tank memasing beso
Quote apam 31-7-2014 10:42 PM
GhostWalking posted on 31-7-2014 10:36 PM
Dah pernah try memang elok.Satu je bila kita turn to vegetarian+fruits asyik gi toilet je sbb sist ...

ye, rejuvenate. that's the word....ekekeke
Quote sigila 31-7-2014 10:42 PM
jengkoil posted on 31-7-2014 10:33 PM
Setaz setaz ckp...yg sunnah tu kambing muda...yg umat melayu melahap...kambing pencen...

wallahua ...

Betul lah tu bang jeng.... tapi jgn lupa berenti sebelum kenyang.....

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top