CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Remaja di belasah oleh polis sehingga patah tangan.

4-8-2014 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8796| Komen: 42

Georgetown:

“Niat ikhlas ingin membantu, namun saya pula dipukul hingga patah tangan,” kata Muhammad Faiz Abdul Ghani, 20 yang mendakwa dipukul dengan kayu besbol oleh seorang anggota polis ketika cuba memberi pertolongan dalam kejadian di Jalan Balik Pulau, di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Muhammad Faiz bersama seorang rakan menunggang motosikal dari Teluk Kumbar menghala ke Balik Pulau.

Menceritakan kembali kejadian itu Muhammad Faiz berkata, dia dan rakan kemudian terserempak dengan sebuah kereta Honda dinaiki seorang lelaki berhenti di tepi jalan dengan memasang lampu kecemasan dan mereka berniat untuk membantu dan menghampiri lelaki terbabit.

Menurutnya, sebaik menghampiri kereta terbabit, dia memberi salam kepada pemandunya dan cuba bertanya apa yang boleh dibantu, namun lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengeluarkan kayu besbol kerana menyangka dia penyamun.

Foto
MUHAMMAD Faiz menunjukkan tangan kirinya yang patah selepas mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika cuba membantu di Jalan Balik Pulau.

“Rakan yang takut dipukul terus memecut motosikal dan saya juga cuba melarikan diri, namun terjatuh di atas jalan sebelum lelaki berkenaan memukul saya tanpa sebarang belas kasihan.

“Saya tidak tahu apa dosa saya kerana niat sebenar memang mahu membantu, namun kini tangan kiri saya pula patah akibat dipukul,” katanya.

4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
2

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 30-7-2014 06:18 AM
macam tak logik ja ...


Quote clarizsa 30-7-2014 06:36 AM
mental kah polis tu? boleh ye usung kayu besbol dlm kete? xyah pkai stereng lock dah la ye?
Quote peYno 30-7-2014 06:42 AM
mmg ada rupa penyangak

mmg patut dibaseball kan
Quote nurul_akmar 30-7-2014 07:12 AM
salah faham kot
Quote redz85 30-7-2014 07:25 AM
dah pukul 11 malam.. abang polis pun takut
Quote eLiaD 30-7-2014 07:50 AM
peYno posted on 30-7-2014 06:42 AM
mmg ada rupa penyangak

mmg patut dibaseball kan

Aq setuju..klo btul niat nk menolong npe plak rakan melarikan diri?..kt situ da x lojik!
Quote peYno 30-7-2014 08:00 AM
nak bagi meraih simpati ummah agama melayu... kunun cakap bagi salam laalahai
Quote saladin780 30-7-2014 08:16 AM
Ramai sgt penyangak skrg ni..x bleh beza dah dgn org nk menolong
Quote munchkin 30-7-2014 10:54 AM
Salah identiti. Sian pula dia. Moga segera sembuh
Quote otai_g 30-7-2014 12:37 PM
saman dik jgn x saman.

polis pun manusia jgk. bkn maksum dan x lps dr kesalahan.

kalo dah wat salah ini la makan dia. c u in court!
Quote imransulaiman 30-7-2014 01:01 PM
munchkin posted on 30-7-2014 10:54 AM
Salah identiti. Sian pula dia. Moga segera sembuh

Anggap saja salah identiti kan? Hehehe...

Selamat hari raya
Quote Simunggu 30-7-2014 01:49 PM
kadang kadang niat nak membantu org terpaksa dibatalkan takut jadi kes salah faham mcm ini....

kadang kadang kita Nampak ditepi jalan tapi terpaksa jalan terussss...sorry...
Quote aderaderker 30-7-2014 02:24 PM
Cerita sebelah pihak.
Abang polis xde citer ker kenapa dia tetiba mengsivaji?
Quote Cik_Andak 30-7-2014 03:42 PM
Lain kali xpayah la baik hati nak membantu.....
Quote munchkin 30-7-2014 06:06 PM
imransulaiman posted on 30-7-2014 01:01 PM
Anggap saja salah identiti kan? Hehehe...

Selamat hari raya

Mungkin polis tu ingat org yg ada niat tak baik. Rupanya nak menolong org dlm kesusahan. Sia pulak dgn remaja tu.

anyway selamat hari raya maaf dihulurkan pada imran and family.
Quote peYno 30-7-2014 06:29 PM
Dah keen belasah baru nak Buat baik ... tgk muka pon day tau.. muka melayu penyamun
Quote imransulaiman 30-7-2014 07:08 PM
peYno posted on 30-7-2014 06:29 PM
Dah keen belasah baru nak Buat baik ... tgk muka pon day tau.. muka melayu penyamun

Tu lah jugak. Mana tau ada niat lain...kan?

Zaman sekarang ni, orang nak buat baik atau tak baik pun kita susah nak bezakan...
Quote imransulaiman 30-7-2014 07:11 PM
munchkin posted on 30-7-2014 06:06 PM
Mungkin polis tu ingat org yg ada niat tak baik. Rupanya nak menolong org dlm kesusahan. Sia pulak ...

By the way, remaja ni dikira umur dari berapa tahun ke berapa tahun ye? Kekadang tu 20 tahun dipanggil remaja, ada juga yang panggil pemuda/pemudi
Quote lavasyawal 30-7-2014 07:12 PM
imransulaiman posted on 30-7-2014 07:08 PM
Tu lah jugak. Mana tau ada niat lain...kan?

Zaman sekarang ni, orang nak buat baik atau tak ba ...

jgn purcaya cakap peyno...

muka dia pun muka penyamun..



Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top