CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Israel Akui Kehebatan Pejuang Hamas

4-8-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15701| Komen: 99

Israel Akui Kehebatan Pejuang Hamas

Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.


KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.  

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘bodoh’.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.

“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.  

“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.


Gerakan bawah tanah

Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.

“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.

Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit  bagi  memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir .

Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.

Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.

Menurut laporan itu,  semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.

“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.


Bukan kerugian besar

Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.

Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.

“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.

“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.

“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.


Ajaran Hizbullah

Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza.

Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.

Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.

“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.

Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.

Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.


Strategi Hamas menjadi

Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.

“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.

Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .

Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.

“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.

Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.

Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.

Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.

Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.

Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza.


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kedaiacikdar 27-7-2014 11:23 AM


news yang tidak di laporkan oleh banyak pihak.

Quote mattzzx 27-7-2014 11:44 AM
Israel dah mula takut tuuuu....
Quote LUNCH 27-7-2014 11:56 AM
Bole caya kerr? Atopun shyok sendiry?
Quote spiderman80 27-7-2014 12:27 PM
Tanda kemenangan Islam dan kejatuhan kaum terpilih Yahudi lahanat. Welcome to hell Zionis.
Quote SissySembah 27-7-2014 01:42 PM
Islam sunni maksom jannah telah menang?
Quote SissySembah 27-7-2014 01:43 PM
LUNCH posted on 27-7-2014 03:56 AM
Bole caya kerr? Atopun shyok sendiry?

entah betul ke tidak, selama ini memang ummah sunni syok sendiri pun sis, untuk tenteramkan hati mereka kata nya..

Quote ladydutch 27-7-2014 01:45 PM
israel boleh je bunuh semua palestine tu guna senjata dia
cuma kalau dia buat, dia kena kecam antarabangsa la
takde nye israel nak takut
kekuatan senjata dia beratus kali ganda lagi kuat dari hamas
Quote ladydutch 27-7-2014 01:47 PM
Quote mat@bronok 27-7-2014 01:59 PM

tak lama lepas ni yg tinggal hanya jurucakap zion berkerak aje...

Komander.jpg


yg berkerak ni rasa selamat sbb duk kat mulaisia..kalau duk kat luar, alamat

ini makan dia...




Quote lavasyawal 27-7-2014 02:04 PM
LUNCH posted on 27-7-2014 11:56 AM
Bole caya kerr? Atopun shyok sendiry?

Budak2 cam lu nak caya ka tarak caya ka...

Tarak jadi apa apa punnn...







Quote boyagombak 27-7-2014 02:19 PM
ladydutch posted on 27-7-2014 01:45 PM
israel boleh je bunuh semua palestine tu guna senjata dia
cuma kalau dia buat, dia kena kecam antar ...

ko nk kata Yisroel boley guna nuklear weapon hantam. Klau dia guna chemical, nuclear Yisroel pun akn terbias sama kena kesan radioaktif & chemical reaction. Lainlah Gaza tu beribu batu jauh dari Yisroel, mmng US dh lama hantam dgn chemical bomb mcm kt Iraq & Syria. Tapi mcmmana canggih pun senjata, semangat juang soljar paling utama
Quote lavasyawal 27-7-2014 02:22 PM
boyagombak posted on 27-7-2014 02:19 PM
ko nk kata Yisroel boley guna nuklear weapon hantam. Klau dia guna chemical, nuclear Yisroel pun a ...

Hiduppp anwarrrr..hidupp anwarrrr..

Quote boyagombak 27-7-2014 02:24 PM
lavasyawal posted on 27-7-2014 02:04 PM
Budak2 cam lu nak caya ka tarak caya ka...

Tarak jadi apa apa punnn...

posting2 pun mcm budak2 Tadika. abam senyum sinis jer membacanya
Quote jazaa 27-7-2014 02:25 PM
lavasyawal posted on 27-7-2014 02:22 PM
Hiduppp anwarrrr..hidupp anwarrrr..

cepatnya kau berrsyawal laba.......
tak sampai hati mod nak ban kau........





hidup anuart...hidup anuart....




Quote biosfree 27-7-2014 02:27 PM
Tapi hakikatny...

Org awam jg ramai mati

Dan

Israel gelak.ketawa sambil.puji2 hamas aka.qasam
Quote lavasyawal 27-7-2014 02:32 PM
jazaa posted on 27-7-2014 02:25 PM
cepatnya kau berrsyawal laba.......
tak sampai hati mod nak ban kau........


Wa puasa 2 hari awal..

Boleh raya 2 hari awal la...

Ikut logik manak ni..

Quote lavasyawal 27-7-2014 02:38 PM
boyagombak posted on 27-7-2014 02:24 PM
posting2 pun mcm budak2 Tadika. abam senyum sinis jer membacanya

Budak2 baru nak belajar merempit..lempangkan sekali nangis la tu..





Quote derihje 28-7-2014 05:37 AM
Bukan jalan yg mudah bagi israel utk menang perang ini
Quote LUNCH 28-7-2014 05:48 AM
biosfree posted on 27-7-2014 02:27 PM
Tapi hakikatny...

Org awam jg ramai mati

Kanzz. Yahudi ajak berdamai hamas tak mau. Yang jadi mangsa rakyat jelata. Ketua dan keluarga hamas gelak guling guling tengok warga Palestine jadi mangsa.

Berdamai je lah. Ajar rakyat tu hidup aman damai. Tak siapa pun yang rugi.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090552 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top