CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Warga Malaysia Masih Setia Dengan Produk Israel

4-8-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9977| Komen: 68

Ada pengguna 'setia' produk Israel



Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. 

SHAH ALAM - Kesetiaan segelintir pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dari Israel punca mengapa masyarakat di negara ini sukar memberi sokongan terhadap kempen boikot barang negara tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maaamor Osman berkata, ketaksuban segelintir masyarakat yang tidak mahu menggunakan produk tempatan sebagai ganti akan menyebabkan kempen boikot tidak berkesan.

"Hanya melalui sekatan ekonomi sahaja yang boleh mengajar kebiadaban tentera rejim Zionis itu daripada terus menodai bumi Palestin.

"Kita nyatakan desakan kepada dunia agar negara itu berhenti berperang. Jangan sekadar berkata-kata, kita harus bertindak.

"Hanya impak ekonomi dapat mengajar kebiadaban mereka. Masyarakat perlu memboikot barangan Israel sebagai tanda bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Maamor, jika selama ini pengguna setia menggunakan produk Israel, maka kesetiaan itu perlu ditujukan kepada produk tempatan. Beliau menegaskan, walaupun ia mungkin bersifat sementara, sekurang-kurangnya ia dapat membantu penduduk di bumi Gaza yang menderita akibat peperangan.

"Secara tidak langsung kita turut menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembelian barangan tempatan," katanya.

Maamor berkata, kempen boikot itu tidak akan memberi kesan ketara kepada pendapatan peniaga di Malaysia.

10

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 26-7-2014 08:21 AM
ARTIKAL BERKAITAN

Astro dituntut beri penjelasan berurusan dengan syarikat Israel

PETALING JAYA: Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta pihak Astro beri penjelasan kerana telah berhubung dengan Amdocs sebuah syarikat milik Israel. Katanya di dalam status Facebooknya, Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak ‘Subscriber Management System’ oleh Astro. “Astro harus beri penjelasan atau diboikot kerana berurusan dengan syarikat Israel. “Jika tidak, rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin,” jelasnya di laman web ismaweb.net.
http://www.freemalaysiatoday.com/
Quote encikWawad 26-7-2014 08:59 AM
mekdi tak makan - kepc takpe - tak evil katanyaaa~
Quote monreyes 26-7-2014 09:44 AM
dlm byk2 list tu hanya product Nestle je yg aku guna...
and indirectly astro - kat umah sume gila bola...
Quote edee_91 26-7-2014 09:49 AM
Yay masa untuk boikot astro pulak.
Quote edee_91 26-7-2014 09:50 AM
Ananda pasti senyum sinis aja... Ye lah siapa pulak yg sanggup terminate astro kan? Ekekekeke.
Quote spiderman80 26-7-2014 09:52 AM
edee_91 posted on 26-7-2014 09:49 AM
Yay masa untuk boikot astro pulak.

Mestilah cakap macam tu, cuba kalau masa ni masih bulan World Cup. Bukan main gigih lekat kat Astro. Wakakaka......
Quote edee_91 26-7-2014 09:55 AM
spiderman80 posted on 26-7-2014 09:52 AM
Mestilah cakap macam tu, cuba kalau masa ni masih bulan World Cup. Bukan main gigih lekat kat Astr ...

Sukan, kilauan emas, raja lawak bodoh, tah ape2 sinetron lagi... Aish mana boleh tinggalkan semua tu ye dak? Ekekeke.
Quote VuJiE 26-7-2014 11:23 PM
edee_91 posted on 26-7-2014 09:50 AM
Ananda pasti senyum sinis aja... Ye lah siapa pulak yg sanggup terminate astro kan? Ekekekeke.

hahahaaha betul tak boleh terminate astro, nanti nak tengok akademi fantasia tak dapat. major problem tu hahaha
Quote cmf_premierleag 26-7-2014 11:35 PM
Akak senyum sinis jah tgk ummah2 fesbuk reramai kata nak boikot mekdi n lain2 yg related dgn yahudi
Tp gigih lak guna fesbuk milik yahudi mark zuckerberg utk tayang selfie dgn tudung fareeda baru dan hadap puji pujian
Hanjeng sungguhh golongan sebegini
Quote SissySembah 26-7-2014 11:51 PM
masalah nya boikot itu udah bertahun2 di lakukan namun tidak pernah selesai isu konflik gaza itu, apa ke bimbo sangat ummah sunni, no wonder lah mereka mundur sahaja, mahu serang yahudi pun pakat2 tunggu pohon dan batu besuaru.

dari ikot boikot2 ini baik akak pegi tabur garam lagi elok.
Quote letter2 26-7-2014 11:52 PM
buang masa
Quote SissySembah 26-7-2014 11:53 PM
cmf_premierleag posted on 26-7-2014 03:35 PM
Akak senyum sinis jah tgk ummah2 fesbuk reramai kata nak boikot mekdi n lain2 yg related dgn yahudi
...

kemudian ada lah akak bimbo kata boleh gunakan facebook untuk tujuan kebaikan,
habis itu makanan nestle yg berkhasiat dan astro yg ada rancangan pelajaran itu bukan untuk kebaikan kah?
statement akak2 bimbo memang lucu bila mahu coverina diri sendiri.

Quote KLVIPER 27-7-2014 02:15 AM
Orang melayu nak boycott product Israel? Emmmmm. Sampai tua pun tak boleh lah kut. Bycott dalam hati boleh lah.
Quote mrseller 27-7-2014 05:42 AM
Jum geng pemboikot yisrael unsubscribe asterok ari ni.ada tulur? :lol bole tgk rtm 100% produk mesia
Quote biggirlduncry 27-7-2014 05:47 AM
monreyes posted on 26-7-2014 09:44 AM
dlm byk2 list tu hanya product Nestle je yg aku guna...
and indirectly astro - kat umah sume gila b ...

Itulah.. aku pun tgh proses nak abiskan apa2 product Nestle kat rumah aku. Kang buang membazir pulak kan. Mcd starbucks tu dah lama aku boikot. Opis aku lak mmg order product Nestle..
Astro mmg aku xde.
Quote scarflicious 27-7-2014 05:49 AM
cmf_premierleag posted on 26-7-2014 11:35 PM
Akak senyum sinis jah tgk ummah2 fesbuk reramai kata nak boikot mekdi n lain2 yg related dgn yahudi
...

Aku senyun sinis gak....sbb kesian.. Educated dah given. Lagi tak tahu mana satu brg nak kena boikot atau tidak...
Quote scarflicious 27-7-2014 05:50 AM
SissySembah posted on 26-7-2014 11:51 PM
masalah nya boikot itu udah bertahun2 di lakukan namun tidak pernah selesai isu konflik gaza itu, ap ...

Ko pergilah je lah tabur garam. Sbb ummah macam ko buat semak aje.
Quote kluangman 27-7-2014 05:54 AM
edee_91 posted on 26-7-2014 09:50 AM
Ananda pasti senyum sinis aja... Ye lah siapa pulak yg sanggup terminate astro kan? Ekekekeke.

Aku ok je.
Convert kepada NJOI.
Quote kekure 27-7-2014 06:04 AM
Orang Malaysia boikot bermusim..
Elokla boikot fast food tu nanti obese bila naik lrt terpaksa conquer 3 seats sorang..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.269823 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top