CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Eina Azman Bakal Bernikah Dengan Datuk Paduka?

5-8-2014 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 287383| Komen: 1195

Eina Azman Bernikah Dengan Lelaki Sikh Hujung Tahun Ini 




Pelakon wanita yang sering kali dilanda kontroversi, Eina Azman akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Sikh pada penghujung tahun ini.


Jejaka yang berjaya menambat hati gadis berusia 19 tahun ini, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada mulanya tidak mengetahui Eina adalah seorang pelakon kerana mengakui kurang mengenali nama-nama selebriti tempatan.

Eina mendedahkan sikap bertanggungjawab, matang dan suka menasihatinya, merupakan ciri-ciri yang ada pada Gurmet yang berjaya mencuri hatinya untuk menjalinkan perhubungan dengan jejaka tersebut.


“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami,” katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu, Eina menyatakan perbezaan agama dan jurang usia yang besar bukanlah menjadi halangan buat mereka kerana ibunya turut membantu teman lelakinya memahami ajaran Islam sedikit demi sedikit.

 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eksotik 5-8-2014 01:29 AM
bagus.. layan jer suami tu. jgn muncul lg.hahaha
Quote eksotik 5-8-2014 01:30 AM
tp 1 jer aku suka dia ni , sbb ada ketinggian. tp rupa, dan sikap tak pernah minat.
Quote toxicated 5-8-2014 01:30 AM
ni pun dia caras laki tu dari tunang ke awek dia kan.
Quote alieyrina 5-8-2014 01:34 AM
Lps kawen jgn la lakon lg..kayu jati sgt taww
Quote chaintea 5-8-2014 01:36 AM
Ikan besar ko...dasat
Quote CrowneGlory 5-8-2014 01:36 AM
Kejadah rupa datuk paduka mcm gengster koliang film Tamil ni... Atas dasar apa la bole dpt pangkat tu... Kompom beli
Quote maxim 5-8-2014 01:39 AM
alieyrina posted on 5-8-2014 01:34 AM
Lps kawen jgn la lakon lg..kayu jati sgt taww

pilem zombie kg biskut...blakon jdk hantu tercegat pn kayu..hazab
Quote pendrive 5-8-2014 01:41 AM
Datuk paduka? Mcm tokey jual dvd jaa..
Quote bookehkahkoh 5-8-2014 01:44 AM
serius muka dia ni takde rupa 19
Quote eksotik 5-8-2014 01:46 AM
maxim posted on 5-8-2014 01:39 AM
pilem zombie kg biskut...blakon jdk hantu tercegat pn kayu..hazab

citer tu pun azab gak maxim.. lawak sumer tak sampai.. ntah apa apa..
Quote skymania 5-8-2014 01:48 AM
alahai.. tkde function ko kat donia hiburan neh cebik ceduk oiii...

ko menikah lah cpt...dok dediam jaga laki..
Quote famri7 5-8-2014 01:51 AM
Si Senduk berjaya mengaut lauk besar kali ini.tahniah dik.
Quote imthegirl 5-8-2014 01:53 AM
Jangankan jejaka sikh datuk paduka gurmet singh, aku pon tak kenal eina azman ni rupa macam mana.
Quote tepisket.. 5-8-2014 02:00 AM
Dia nye family ni urban ka? Tgk rambut kaler2 ni x marah ke?
Quote doubleA 5-8-2014 02:03 AM
Tahniah dan selamat menjadi datin paduka eina azman

Ekau ado?
Quote miss_baby 5-8-2014 02:14 AM
mcm idung dafi
Quote mommymonster82 5-8-2014 02:16 AM
Sesuai.. Sorang hidung mancung sorg dagu mancung...

Tahniah
Quote gusikuberdarah 5-8-2014 02:19 AM
fuyohhh..jd datin paduka la kau..jgn gaduh2 ngn mak mertua pulak nti...xpsl2 kne cerai usia muda..
Quote Ferr_Remy 5-8-2014 02:54 AM
Tahniah Senduk kerana berjaya berjumpa dengan Bontot Kuali

Lihat semua komen(1195)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.095989 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top