CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disko Rimba Di Ipoh Dari Jam 7malam Hingga 5 Pagi

6-8-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8477| Komen: 33

Ipoh: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan  kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Boleh diibaratkan seperti ‘disko rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik.

Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.


ANTARA pelanggan yang asyik berjoget di kedai makan di sebuah perkampungan FELDA.


Intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke termasuk lagu Hindustan dan dangdut.

Selama hampir tiga jam berada di kedai itu bermula jam 11 malam didapati kebanyakan penyanyi terdiri daripada pelanggan berusia 40 tahun ke atas.

20

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biskutsusu 6-8-2014 08:58 AM
felda kat ipoh kat mana ?
i dok ipoh dari kecik sampai besar tak tau pun ada felda kat ipoh
Quote kucen_miang 6-8-2014 09:01 AM
felda mana ni? nampak hangus2 jer pelanggannya.
Quote shernazz 6-8-2014 09:04 AM
Ada felda kah..ke kat besout pon dikatanya ipoh gak:lol
Quote damian_lee 6-8-2014 09:07 AM
mmang ada "aktiviti" mcm ni dlm FELDA .... worse expected ...
Quote nikaido 6-8-2014 09:08 AM
perempuan yg pakai seluar petak-petak sgt gigih tatkala org lain relax sajo
Quote AHMADVW 6-8-2014 09:08 AM
jkkk poe mano?
Quote LUNCH 6-8-2014 09:08 AM
Itu juga satu senaman.
Quote nuryakmal 6-8-2014 09:09 AM
biskutsusu posted on 6-8-2014 08:58 AM
felda kat ipoh kat mana ?
i dok ipoh dari kecik sampai besar tak tau pun ada felda kat ipoh

yang felda residence hot spring tu
Quote LUNCH 6-8-2014 09:16 AM
Kalau joget macam ni ok ke?

http://m.youtube.com/watch?v=RUX5hh9VCeU
Quote otai_g 6-8-2014 09:16 AM
mn gmbr awek gerudinya? tak dok pun.... leh ganti inul ke?
Quote ninjago 6-8-2014 09:18 AM
nie bukan dh lama punye cite ke...
Quote abas8888 6-8-2014 09:19 AM
wartawan buat repot dari Ipoh..gambar member ambik kat ladang..
Quote mank 6-8-2014 09:21 AM
ipoh ade ladang ke
takkan sungkai dalam daerah ipoh
Quote GhostWalking 6-8-2014 09:23 AM
otai_g posted on 6-8-2014 01:16 AM
mn gmbr awek gerudinya? tak dok pun.... leh ganti inul ke?

Ada kiri sekali dalam gambor
Quote bluehedgehog 6-8-2014 09:23 AM
wah...felda dh maju mcm bandar skg...tahniah FGV
Quote GhostWalking 6-8-2014 09:24 AM
nikaido posted on 6-8-2014 01:08 AM
perempuan yg pakai seluar petak-petak sgt gigih tatkala org lain relax sajo

Sambil pakai seluar tidur
Quote mute 6-8-2014 09:24 AM
hangus hangus je ni...mane la dieorang ni
Quote annehuda 6-8-2014 09:24 AM
nuryakmal posted on 6-8-2014 09:09 AM
yang felda residence hot spring tu

felda residence hot spring tu kt trolak bukan kt ipoh. wartawan fail geografi kah? aiyoyoyoyo

Quote otai_g 6-8-2014 09:26 AM
GhostWalking posted on 6-8-2014 09:23 AM
Ada kiri sekali dalam gambor

itu bukan gerudi. tu mcm aksi mak cik wok sakit lutut n tergeliat kaki ja

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073554 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top