CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Terbalik, Ribuan Susu Bertabur

11-8-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10725| Komen: 42

Bentong: Seorang pemandu lori yang mahu menghantar bekalan susu tin ke Kuantan tersepit hampir satu jam sejurus lori dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an cuba dibantu orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai memandu laju sebelum lori berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di laluan berselekoh di kawasan berkenaan.


Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari orang awam yang secara kebetulan ternampak beberapa susu tin bertaburan di atas lebuh raya.

“Berikutan itu mereka berhenti di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan sebelum terkejut menemui mangsa tersepit di dalam lori.


“Mangsa dikeluarkan orang awam dari dalam lori sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.

Ribuan susu tin bertaburan selepas lori terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Susulan kejadian itu orang ramai mengambil kesempatan mengutip ribuan stok susu tin tanpa menghiraukan amaran diberikan.

“Polis akan bertemu dengan mangsa yang masih mendapatkan rawatan di HB untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



16

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 11-8-2014 09:15 AM
wah.. pasni ramai la org bentong kena kencing manis
Quote sashin 11-8-2014 09:17 AM
omg..slamber jer makcik pakcik tu amik...ni kira curi ler kan,
pakai apron..ada kedai makan la kot ni
Quote APOLLYON 11-8-2014 09:19 AM
Buruk weh perangai...ni mesti indon nih..
Quote Vellfire 11-8-2014 09:22 AM
seronok makcik tu ambik tin susu free
Quote stillen 11-8-2014 09:23 AM
OA kot..Hindon pun leh jadi
Quote afie_m 11-8-2014 09:23 AM
wahhhhhhhhhhhh...siap bawa plastik tu...
Quote R2D2 11-8-2014 09:25 AM
kalau lori babi terbabas
tiada siapa nk bantu
..dan paling utama sekali
tiada kenderaan dibelakang yg berani dan sanggup  langgar belakang lori
Quote nexusys 11-8-2014 09:26 AM
dah biar lelama situ, kompom bau basi ba'eng tak hengat...... nak2 bawah matahari...
(makcik tu cam hendon jah)
Quote CrowneGlory 11-8-2014 09:28 AM
Pekerja gerai mana la tu... Masih dgn apron mencuri.. Dgn guni sekali dtg...

Quote LUNCH 11-8-2014 09:33 AM
Alamak akak tu siap lari dari dapur restaurant nak kuteb susu pree gitewwww! Mamat tu dah ready dengan plastic bag.
Quote ellZack 11-8-2014 09:39 AM
lori babi terbalik hari tu, sorang pun tak nak tolong selamatkan babi babi tu...
apalah nasib babi babi dianaktirikan...








Quote budakmanentah 11-8-2014 09:42 AM
laju je makcik tu
Quote Dia_Yuni 11-8-2014 09:47 AM
Vellfire posted on 11-8-2014 09:22 AM
seronok makcik tu ambik tin susu free

Siap dgn apron, peniaga nampaknye. Untunglah susu pree, halal haram tolak tepi.
Quote fifie_olin 11-8-2014 10:01 AM
ape ye hukum amek brg yg eksiden mcm ni...halal kaa
takot kang minum asyik memerut sajok kekdahnya
Quote Vellfire 11-8-2014 10:01 AM
Dia_Yuni posted on 11-8-2014 09:47 AM
Siap dgn apron, peniaga nampaknye. Untunglah susu pree, halal haram tolak tepi.

ntah2 pagi ni ader yg minum susu pree lori terbalik
Quote prettyuglybabe 11-8-2014 10:08 AM
buruknya perangai..
Quote PulutDereyan 11-8-2014 11:02 AM
diorang tulung kutip susu...
yang dreba lori tu diorang tulung dak??
Quote clarizsa 11-8-2014 11:05 AM
cam susu dairy champ je.... bongoknya yg suka mencuri dr mangsa eksiden...
Quote aderaderker 11-8-2014 11:08 AM
Aku dedolu bila buat air termanis sikit nenek aku mesti sindir baekkk punya..
"lori gula/susu terbalik kerrr??"..

Makcik hendon ni nanti mesti buat air manis..sebab susu freeee

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.101428 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top