CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fareeda Perkenal Kerongsang Serendah Rm30

11-8-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17817| Komen: 112



SYARIKAT pengeluar tudung, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memperkenalkan rekaan kerongsang baharu, Brooch Jarum Berbutang.
       
Pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim berkata, kerongsang jarum berbutang itu merupakan inovasi dalam memudahkan pelanggannya mengenakan kerongsang ditudung mereka.
       
“Kerongsang jarum berbutang merupakan alternatif bagi pelanggan untuk menggunakan kerongsang yang terus dijahit di tudung atau kerongsang berbutang.
       
“Dengan adanya kerongsang ini, ia memudahkan dan menjimatkan masa untuk ditukar dan dipakai ditudung,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran rasmi produk itu di Butik Eksklusif Fareeda Bangi, semalam.
       
Menurutnya, setiap rekaan kerongsang jarum berbutang keluaran Fareeda hanya akan dikeluarkan sebanyak 2,000 unit sahaja dan 500 unit bagi rekaan eksklusif.
       
“Untuk reka bentuk baru kerongsang ini hanya akan dikeluarkan setiap dua minggu dan tiada ulangan reka bentuk selepas ia habis dijual.
       
“Untuk pengenalan kami akan memperkenalkan tiga bentuk rekaan kerongsang jarum berbutang iaitu ‘Love, Rose dan Ribbon’,” katanya.
       
Sementara itu, ditanya mengenai jangkaan sambutan orang ramai bagi kerongsang ini, Mawar berkata, pihaknya mengharapkan sambutan yang lebih daripada pelanggannya.
       
“Macam saya katakan penggunaan kerongsang ini membantu menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan kami, jadi saya berharap mereka akan teruja untuk memilikinya dan memberi sambutan yang menggalakkan,” katanya.
       
Kerongsang jarum berbutang ini boleh didapati di Butik Eksklusif Fareeda Bangi dan diikuti cawangan yang lain dengan harga bermula RM30 dan ke atas bergantung kepada bahan kerongsang yang digunakan.
       
Menariknya pelanggan boleh membeli kerongsang itu lebih daripada satu dengan pembelian mana-mana tudung Fareeda atau kerongsang.

14

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 10-8-2014 11:30 PM
kalo nak beli kena tunjuk payslip 3 bulan jugak ke???nama kena check ctos tak??
Quote pittjie 10-8-2014 11:31 PM
so ... lepas ni akak2 kita beratur dan tdo tepi kaki lima kedai fareeda tuk beli kerongsang la pulak ya?
Quote pittjie 10-8-2014 11:32 PM
-double post le plak
Quote lavasyawal 10-8-2014 11:33 PM
pittjie posted on 10-8-2014 11:31 PM
so ... lepas ni akak2 kita beratur dan tdo tepi kaki lima kedai fareeda tuk beli kerongsang la pulak ...

sesuai buat hantaran tuk lu ni..

kena la dgn kain beli kat indon tu..







Quote pittjie 10-8-2014 11:34 PM
lavasyawal posted on 10-8-2014 11:33 PM
sesuai buat hantaran tuk lu ni..

kena la dgn kain beli kat indon tu..

kalau beri dgn ikhlas ... aku terima dgn ikhlas je va.
Quote R2D2 10-8-2014 11:36 PM
noell posted on 10-8-2014 11:30 PM
kalo nak beli kena tunjuk payslip 3 bulan jugak ke???nama kena check ctos tak??

harus la
tu kerongsang limited edition

Quote lavasyawal 10-8-2014 11:39 PM
pittjie posted on 10-8-2014 11:34 PM
kalau beri dgn ikhlas ... aku terima dgn ikhlas je va.

cam desperate je.............nada dia..









Quote PongKang 10-8-2014 11:40 PM
xnak! baik bli kerongsang 5 biji 10 hengget
Quote pittjie 10-8-2014 11:41 PM
lavasyawal posted on 10-8-2014 11:39 PM
cam desperate je.............nada dia..

yg desperade tu kalau x dibagi apa2 pun redhooo je. kalau kena kongsi duit hantaran sampi 70:30 pun sanggup je va.
Quote mikasa 10-8-2014 11:41 PM
Tak sabar nak tunggu oulet fareeda bukak kat alamanda..boleh aku cuci mata tgok aweks2 yg lawa.

Kalau makcik milf pun ok jugak janji cun
Quote pittjie 10-8-2014 11:42 PM
PongKang posted on 10-8-2014 11:40 PM
xnak! baik bli kerongsang 5 biji 10 hengget

yg 12 biji rm10 pun lawa2 kau. tp batu cepat tanggal. dgn jarum mudah tercabut. stress je.
Quote cah-cah 10-8-2014 11:45 PM
kerongsang jarum berbutang? xleh imajin nasib ada gambaq...tapi mcm x jimat masa je , jenuh nak butang satu2, tapi xpe kita tgk dulu mcm mana...hehe

Quote khaira01 11-8-2014 12:05 AM
ok la tu. janji keronsang tu tahan lama. berkualiti.
Quote TuntungReturn 11-8-2014 12:14 AM
cah-cah posted on 10-8-2014 11:45 PM
kerongsang jarum berbutang? xleh imajin nasib ada gambaq...tapi mcm x jimat masa je , jenuh nak buta ...

sejak bila pompuan besiap die nk jimat masa? bazir masa adela
Quote chaintea 11-8-2014 12:37 AM
Beli kt mydin dgn rm30 I leh dqpt banyaakkkk brooch

Cuma x sehebat brooch fareeda ler
Quote rospinki 11-8-2014 12:58 AM
macam rim keta je.. lol
Quote zehra2 11-8-2014 01:08 AM
nak menjadi saingan Ozel ke?
Quote matchstick 11-8-2014 01:34 AM
Keronsang ultraman
Quote CiliPadiSedap 11-8-2014 02:06 AM
pittjie posted on 10-8-2014 11:42 PM
yg 12 biji rm10 pun lawa2 kau. tp batu cepat tanggal. dgn jarum mudah tercabut. stress je.

beli gam uhu tampal. kalau nak nampak berkilat letak minyak zaiton

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.088120 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top