CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Kualiti Volkswagen Versi R

12-8-2014 11:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14735| Komen: 27


Kehebatan keluaran terbaru Volkswagen iaitu Golf R. Menurut Volkswagen versi R ini adalah barisan model-model terbaik daripada yang terbaik, lebih tinggi status dan keupayaannya daripada versi lagenda terkemuka syarikat itu yang lebih popular, iaitu GTI.

Ini kerana siri R adalah anak emas bagi bahagian pembangunan permotoran Volkswagen dan semua kenderaan R datang dari acuan dan aspirasi tertinggi yang pernah dibayangkan oleh pengeluarnya.


Sekali pandang, Golf R nampak ringkas, dengan rim besar, padanan warna biru khas, muncung ekzos berkembar, gril berlainan dan lencana R yang kecil melekat padanya itu dengan segera menerbitkan rangsangan deria dan keinginan memandu.

Unit Golf R yang diuji adalah versi empat pintu yang nampak kurang menarik secara luaran berbanding versi dua pintu yang lebih menawan.  

Prestasi Golf R
Mari lihat pada dari sudut kuasa terlebih dahulu. Golf R menghasilkan hampir 270hp, lebih kuasa kuda berbanding R32 tetapi tanpa berat yang berlebihan di bahagian hadapannya. Di jalan lurus, Golf R tidak secepat dan selancar R32 namun di jalan yang berliku, ia mempunyai sedikit kelebihan hasil daripada bahagian hadapan yang lebih ringan, pacuan AWD dan ditambah dengan suspensi lebih rendah serta keras.

Ya, jika memasuki selekoh dengan kelajuan yang berlebihan ia tetap akan menyebabkan ‘understeer’ seperti kebanyakan kenderaan 4WD lain; jadi apa yang perlu dilakukan oleh pemandu adalah dengan mengawal input pedal. Ia boleh dibawa menuju ke arah yang dimahukan dan kuasa boleh dilepaskan sebaik keluar daripada selekoh dengan yakin dan cukup bertenaga.


Spesifikasi umum RDari segi bunyi, muncung ekzos berkembar yang digunakan bukan sekadar untuk gaya sahaja. Ia lebih besar berbnading ekzos yang dipakai sebelum ini dan memberi aliran yang lebih lancar dan bunyi lebih garau. Berkenaan kotak gear DSG, tiada apa yang boleh dikata memandangkan ia masih lagi menakjubkan. Walaupun anda seorang peminat tegar kenderaan bertransmisi manual dan tidak menggemari kotak gear automatik, kotak gear DSG ini akan segera memenangi hati anda.

Satu lagi kebaikan daripada penggunaan enjin empat silinder 2.0 kini pada model R ini berbanding susunan V6 3.2L membawa kepada penggunaan bahan api yang lebih jimat.

Pandangan saya tentang Golf R? Ia seperti sebuah kenderaan sport setanding yang pernah anda lihat sebelum ini, tetapi kini tampil dengan lebih ‘ramuan’ tambahan yang mengujakan.

SPESIFIKASI*
Volkswagen Golf R
Enjin: 2.0 liter petrol, TSI, suntikan terus
Transmisi: DSG tujuh kelajuan, pacuan empat roda
Kuasa maksimum: 266hp
Tork maksimum: 350Nm
Suspensi: Pilihan mod “Normal, Comfort dan Sport”
Ciri lain: Brek dipertingkat, rim Talladega 18 inci, tempat duduk sport.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jack_ainsley 14-8-2014 12:25 AM
volkswagen scirocco mantap lagii
Quote mattzzx 14-8-2014 03:51 PM
Kereta bagus dan berkualiti tapi orang takut dengan service volkswagen malaysia..... teruk sangat katanyaa..
Quote pfiza 14-8-2014 07:03 PM
kete kualiti kena servisnya kualiti juga
Quote mattzzx 15-8-2014 01:15 PM
pfiza posted on 14-8-2014 07:03 PM
kete kualiti kena servisnya kualiti juga

Betul tu... Baru pengguna percayakan jenama VW ni..
Quote izaraif 16-8-2014 06:50 PM
harga keta dh rendah ek sekarang ni
keta import ni instalment bulanan rm 699... betul ke jenis VW Jetta or Passat ? atau kena letak deposit tinggi baru bayar bulanan rendah???
deposit 20k???????

http://ummiandnaim.readthisstory.net/my-8190200
Quote mattzzx 18-8-2014 02:09 PM
izaraif posted on 16-8-2014 06:50 PM
harga keta dh rendah ek sekarang ni
keta import ni instalment bulanan rm 699... betul ke jenis VW J ...

Rasanya deposit tetap sama, RM699 tu bayaran untuk tahun pertama saje, tahun ke 2 dan seterusnya akan bertambah lagi....mungkin RM1k lebih atau RM2k..

Quote deanswify 19-8-2014 04:49 PM
da murah da
Quote dragger 20-8-2014 04:22 PM
DSG ni bukan ke org kata ada problem gearbox dia... takleh merembat sgt dalam cuaca panas.. gearbox tak sesuai dgn cuaca panas malaysia..
Quote mattzzx 20-8-2014 05:38 PM
dragger posted on 20-8-2014 04:22 PM
DSG ni bukan ke org kata ada problem gearbox dia... takleh merembat sgt dalam cuaca panas.. gearbox  ...

Tapi pihak VW cakap dah dapat atasi masalah DSG tu menukar minyak gear tu..

Quote majorminor123 21-8-2014 11:11 AM
dragger posted on 20-8-2014 04:22 PM
DSG ni bukan ke org kata ada problem gearbox dia... takleh merembat sgt dalam cuaca panas.. gearbox  ...

Tak la. Tu cite dulu kot. Lepas da tuka minyak gearbox ke minyak mineral, ok je.

pengalaman sbg pengguna kete VW

Quote mattzzx 21-8-2014 01:50 PM
majorminor123 posted on 21-8-2014 11:11 AM
Tak la. Tu cite dulu kot. Lepas da tuka minyak gearbox ke minyak mineral, ok je.

pengalaman sbg ...

Pakai kete VW model apa yaa?

Quote Nocturna 22-8-2014 08:07 AM
Kereta VW ni menggunakan dua jenis DSG.. DSG6 dan DSG7..

Untuk model kereta VW R dan GTI semua menggunakan DSG6.. model VW yang selebihnya DSG7..

dan yang banyak problem adalah DSG7 disbbkan oleh mechatronic dan faktor cuaca.. tapi mcm @majorminor123 dan @mattzzx cakap lepas tukar mineral oil dan VW dah ambil inisiatif untuk tukar mechatronic untuk model2 VW terlibat.. masalah DSG7 dah dapat diatasi..
Quote majorminor123 22-8-2014 11:34 AM
mattzzx: Pakai kete VW model apa yaa?


Jetta 1.4
Quote mattzzx 24-8-2014 02:14 PM
Nocturna posted on 22-8-2014 08:07 AM
Kereta VW ni menggunakan dua jenis DSG.. DSG6 dan DSG7..

Untuk model kereta VW R dan GTI semua me ...

TErima kasih diatas pencerahan yang sangat berguna itu...

Quote mattzzx 24-8-2014 02:16 PM
majorminor123 posted on 22-8-2014 11:34 AM
Jetta 1.4

Beli Jetta 1.4 Ckd? Sepanjang guna Jetta ada masalah besar enjin @ gearbox??

Quote majorminor123 26-8-2014 11:44 AM
mattzzx posted on 24-8-2014 02:16 PM
Beli Jetta 1.4 Ckd? Sepanjang guna Jetta ada masalah besar enjin @ gearbox??

yeah. baru je beli sebenarnye. tapi skrg da 3 bulan. xde problem lg. pick up laju
Quote mattzzx 26-8-2014 01:26 PM
majorminor123 posted on 26-8-2014 11:44 AM
yeah. baru je beli sebenarnye. tapi skrg da 3 bulan. xde problem lg. pick up laju

Saya pun tengah usha2 jugak Jetta facelift nanti.....
Kena tanya juga pendapat orang yang pakai Jetta ni.....

Quote caca3037 27-8-2014 12:52 PM
mattzzx posted on 24-8-2014 02:16 PM
Beli Jetta 1.4 Ckd? Sepanjang guna Jetta ada masalah besar enjin @ gearbox??

nampak apa masalah ke? haha
http://www.youtube.com/watch?v=1BelCApNNZI

inila,.. performance Jetta
Quote mattzzx 27-8-2014 01:56 PM
Memang power Jetta ni...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.280643 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top