CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tegur Penumpang Bising, Pemandu Bas Dilibas Parang

12-8-2014 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5510| Komen: 15

Tegur Penumpang Bising, Pemandu Bas Dilibas Parang


SIMPANG PULAI – Seorang pemandu bas cedera dilibas dengan parang gara-gara menegur seorang penumpang yang membuat bising ketika dalam perjalanan menuju ke Kampar di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun sedang memulakan tugas membawa penumpang dari Stesen Bas Medan Kidd menuju ke Kampar.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, setibanya di Simpang Pulai, suspek yang berusia 25 tahun duduk di bahagian belakang tiba-tiba membuat bising sehingga menimbulkan ketakutan kepada penumpang-penumpang bas lain.

“Mangsa yang sedang memandu bertindak menghentikan bas di tepi jalan dan menyuruh suspek turun menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.

“Suspek bertindak mengeluarkan parang dan melibas beberapa kali ke arah mangsa. Mangsa segera turun daripada bas terbabit dan berlaku pergelutan menyebabkan tangan kiri mangsa cedera ketika menahan libasan itu,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menahan suspek manakala, mangsa menerima 14 jahitan setelah menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa memiliki 4 rekod lampau membabitkan dadah dan merompak. Suspek ditahan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



45

Bagus
32

Marah
23

Terkejut
48

Sedih
28

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (203 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_aly 12-8-2014 11:48 AM
ish.. bahaya.. bahaya...
Quote kauado? 12-8-2014 11:54 AM
parang dgn tuutttt mmg x dpt dipisahkan..
Quote emmaisa 12-8-2014 11:55 AM
agaknya tgh high la tu...
Quote melia_star 12-8-2014 11:56 AM
tgk high la tuh.....sib baik cedera sket jer....dibuatnya kudung tgn ka naya......t.
Quote c===8 12-8-2014 11:56 AM
naik bas pun bawak parang
Quote namirulmukminin 12-8-2014 11:57 AM
Suspek ditahan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Uikkkk... Orang gilak ka ini?
Quote cm_matjawasp 12-8-2014 12:00 PM
Aku pernah ada pengalaman masa mula mula mai KL ..masa tu awal pagi lagi tengah dok minum sambil pekena roti canai kat medan selera Stadium TPCA  , waktu tu orang tak ramai lagi tiba tiba ada orang gila dok sebelah aku cakap sorang sorang sambil pegang parang..memang kecut perut la..dah la baru datang KL
Quote DOUBLE7 12-8-2014 12:17 PM
bila tegur salah, xtegur pon salah...
Quote zacrin 12-8-2014 12:35 PM
bangsat gila perangai mat dadah
Quote tosei 12-8-2014 12:48 PM
teringat kes adik pompuan aku..seblm posa ari tu,dia g tgk wayang ngan tunang dia...sebelah dia ada minah ni ngan laki n anak dia..dok buat bisiing..jakun tgk mark warhlberg adik aku kata..dia wat la signal soh diam..skali minah ni tampar adik aku..adik aku pon apa lagi..bukak la terajang taekwondo dia... hahahahahaa
Quote ninjago 12-8-2014 12:50 PM
tosei posted on 12-8-2014 12:48 PM
teringat kes adik pompuan aku..seblm posa ari tu,dia g tgk wayang ngan tunang dia...sebelah dia ada  ...

gile ahhh.... terus main tampar.. ish2.. keganasan di mana2 kat malaysia nie.. semua org makin takleh nak kawal perasaan dgn waras
Quote ais_kosong 12-8-2014 12:51 PM
mangsa memiliki 4 rekod lampau membabitkan dadah dan merompak?
pemandu bus tu ada rekod jenayah juga ke?
Quote tupaiterbang 12-8-2014 12:55 PM
skg ni kalu nak tegur org gila kena standby senjata...
kalau drebar bas ni dah ready penukul..xde la jadi mcm ni..
soh dia pilih nak terpancut darah atau kepala kemek

I LOVE PENUKUL
Quote DeMax 12-8-2014 12:57 PM
iman_aly posted on 12-8-2014 11:48 AM
ish.. bahaya.. bahaya...

Mental di Gaza dah sampai ke Malaysia..berwaspadalah dgn Syiah tgh menggila
Quote znuyul 12-8-2014 01:34 PM
bahaya la org skrg nih

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.094686 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top