CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sumbat Ibu Dalam Beg - Gambar

14-8-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9359| Komen: 38

Sumbat Ibu Dalam Beg

Denpasar: Mayat seorang pelancong Amerika ditemui dalam beg pakaian di sebuah hotel eksklusif, manakala anak perempuan dan teman lelakinya ditahan berhubung pembunuhan itu, kata polis semalam.

Mayat Sheila von Wiese Mack ditemui disumbat dalam beg berkenaan dan disimpan dalam but sebuah teksi di depan Hotel St Regis, Nusa Dua kelmarin.

Sumber berkata, mayat Sheila ditemui separuh bogel dengan beberapa kesan kecederaan di kepala.

“Polis percaya mangsa melawan ketika cuba dibunuh,” katanya. 



POLIS Bali memeriksa beg pakaian berisi mayat Sheila di depan hotel lima bintang, semalam

Ketua Polis Nusa Dua, Djoko Hari Utomo pula berkata Sheila, 62, menginap di hotel lima bintang itu bersama anaknya, Heather, 19, selama beberapa hari sebelum   teman lelaki remaja terbabit, Tommy Schaefer, 21, datang untuk tinggal bersama.
“Pada malam Isnin, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Sheila bertengkar dengan Schaefer di lobi hotel.

“Keesokan hari,  Heather dan Schaefer mendaftar keluar dengan membawa beberapa beg pakaian yang polis percaya satu daripadanya berisi mayat Sheila,” katanya.
Djoko berkata, mayat wanita terbabit ditemui selepas Heather dan Schaefer menghilangkan diri dan  ditunggu lama pemandu teksi.

Siasatan polis, katanya, menunjukkan pasangan terbabit meninggalkan hotel berkenaan melalui pantai di bahagian belakang.

Polis menjalankan operasi dan   mengesan mereka tidur di sebuah hotel di Legian semalam.

“Ini adalah kes bunuh,” katanya.

Pemeriksaan menunjukkan mangsa dipukul dengan objek tumpul dan satu daripada jarinya patah. 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 14-8-2014 10:38 AM
tragis gila ....
Quote pittjie 14-8-2014 10:42 AM
apa la masalah budak2 ni sampai sanggup bunuh maknya. mak budak tu tak restu dgn bopren anak dia ke apa? umur 19 tahun dah pandai bunuh mak.
Quote mattzzx 14-8-2014 10:56 AM
Kerana cinta atau ikutkan kata boyfriend emak menjadi mangsanyaa..
Quote kikuri 14-8-2014 12:00 PM
yang comot-comot kat beg tu apa...darah ke....kejamnya anak
Quote biggirlduncry 14-8-2014 12:02 PM
kikuri posted on 14-8-2014 12:00 PM
yang comot-comot kat beg tu apa...darah ke....kejamnya anak

bukan kak...tu sirap penenang







jgn mara naa....kita gurau2






Quote budakmanentah 14-8-2014 12:03 PM
perghhh...dia henyak mak dia smpai muat dlm beg tu
Quote tumpanglalu74 14-8-2014 12:17 PM
Kat sana kan kene bagi offering buat penenang kepade hantu setan segale..



Zaman dedulu konfem dorang bubuh kepale kucing ke, kepale anjing ke buat offering neh..  Hatta kepale manusia skalipon.

Zaman sekarang je sgale offering kene vege sahaje..
Quote pittjie 14-8-2014 12:19 PM
kikuri posted on 14-8-2014 12:00 PM
yang comot-comot kat beg tu apa...darah ke....kejamnya anak

darah la. dlm berita malam tadi siap tunjuk boot teksi tu pun banyak kesan2 darah.

Quote missyqaldina 14-8-2014 12:27 PM
da la kt hotel mahal
Quote NuwOn_Nuun 14-8-2014 10:32 PM
kecian'ye... macam2
Quote VuJiE 14-8-2014 10:44 PM
ntah kat mana2 la menyorok budak 19 tahun tu. nak balik mesti tak lepas.
Quote nebulagazer 14-8-2014 10:46 PM
Sian mak dia...da mati
Quote lavasyawal 14-8-2014 10:51 PM
Apa la kafirun ni..belum kawin mak dah kasi duk sama..

Quote magnus 14-8-2014 10:52 PM
Sib baik kat bali
Quote pittjie 14-8-2014 11:08 PM
VuJiE posted on 14-8-2014 10:44 PM
ntah kat mana2 la menyorok budak 19 tahun tu. nak balik mesti tak lepas.

mmg dah kena tahan pun kan budak2 tu. x sempat nak lari kemana sgt pun.
Quote akusukaq 14-8-2014 11:41 PM
'She was a vicious little monster': friends warned widow found butchered in a suitcase NOT to take her teenage daughter on dream trip to Bali after years of fights and 86 police visits

image.jpg

image.jpg

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2723665/Illinois-teen-boyfriend-arrested-Bali-mother-s-body-stuffed-suitcase-outside-5-star-hotel.html#ixzz3ANg1ADKx

Bapak dia pon mati kat hotel jugak tahun 2006.  Komposer & konduktor muzik terkenal mengikut artikel ni:

http://articles.chicagotribune.com/2006-08-16/news/0608160239_1_mr-mack-classical-music-jazz

Last edited by akusukaq on 14-8-2014 11:49 PM

Quote aechae 14-8-2014 11:42 PM
silapnya dia x keringkn darah dh bunuh org tu....drained out darah bru lah drh tu x brsepah....pastu bleh speku kna hisap dek vampire...
Quote kakikuDibibirmu 14-8-2014 11:47 PM
Denpasar dekat mana? Negeri Sembilan?
Quote mystica 15-8-2014 01:08 AM
kejamnya. sampai hati bunuh mak sendiri...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.090324 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top