CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gabung KPM dan KPT tindakan tepat-TPM, CUEPACS pula tuntut penjelasan

17-5-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12016| Komen: 26

Gabung tindakan tepat - TPM



MUHYIDDIN Yassin melakukan gimik Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi. Turut kelihatan dari kiri Abdul Ghafar Mahmud, Idris Jusoh, Mohamad Hasan, Mary Yap Kain Ching, P. Kamalanathan dan Dr. Rosli Mohamed. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN 16 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.

Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.

Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja bagi penggabungan dua kementerian.

Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

''Dengan penggabungan kedua-dua kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

''Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara," kata beliau ketika melancarkan sambutan Hari Guru kali ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Sambutan Hari Guru kali ke-42 tahun ini membawa tema, Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda, sekali gus mencerminkan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi berkata, setiap institusi pendidikan dalam negara ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab.

Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru di Lahad Datu, Sabah ketika berhadapan dengan situasi pertempuran serangan pengganas Kiram, baru-baru ini.

"Saya mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Saabi Hasin dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Buani Lahad Datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan dan minum mereka.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada dalam kawasan pertempuran dan mengajar murid dari sekolah berlainan," katanya di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini malam tadi.

Justeru kata Muhyiddin, ini adalah contoh guru yang disanjung tinggi.



3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 17-5-2013 11:10 AM
CUEPACS tuntut penjelasan

2013/05/17 - 04:56:08 AM Cetak Emel Kawan
     
Putrajaya: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penggabungan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menjadi satu kementerian.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya berharap dapat menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut menerajui Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang baru diwujudkan itu.

Kebajikan kakitangan

Isu ini dibangkitkan Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM) kerana kurang jelas dan bimbang penggabungan itu menjejaskan kebajikan pekerja sokongan.

Penggabungan dua kementerian ini turut membabitkan kebajikan pekerja di dua kementerian.

Ketika ini skim perjawatan masih di bawah selian kementerian berlainan dan kita tidak mahu kebajikan pekerja terjejas kerana tidak jelas dengan penggabungan ini, katanya, di sini, semalam.
Quote putr@polo 17-5-2013 11:11 AM
Mahu kurangkan beban guru

2013/05/17 - 05:35:05 AM Cetak Emel Kawan
  
Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P Kamalanathan bercadang membangkitkan isu berkaitan tugas guru sekarang dalam usaha mengurangkan beban mereka.

Beliau berkata, pendidik sepatutnya hanya mengajar dan bukan menjalankan tugas pentadbiran di sekolah.
Saya berpendapat, kita perlu mengeluarkan garis panduan mengenai perkara ini berikutan ia sering diperkatakan oleh mereka (guru).

Bukan itu saja, saya juga akan meneliti isu lain kerana saya mendapat banyak nota mengenai pelbagai masalah daripada guru ketika berkempen pada pilihan raya lalu, katanya ketika ditemui selepas menghadiri program New Straits Times (NST) Live di Balai Berita The New Straits Times (M) Bhd di sini, semalam.

Interaksi dengan pembaca

Program itu dikendalikan Pengarang NST Online, Badrolhisham Bidin.

Pada program itu, Kamalanathan berinteraksi dengan pembaca NST kira-kira sejam di laman web akhbar terbabit.
Mengulas nisbah pelajar India kini yang kecil di institut pengajian tinggi awam (IPTA), Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor berkata, ia disebabkan pelajar yang memenuhi kriteria ditetapkan saja layak memasuki universiti.

Ini bagi memastikan IPTA hanya melahirkan pelajar berkualiti dan bukan mementingkan kuantiti yang memasuki universiti.

Bagaimanapun, kita perlu meneliti mengapa hanya sedikit pelajar India di IPTA, sama ada ia berpunca daripada sistem pendidikan di sekolah menengah atau aspek teknikal lain, katanya.

Terima kasih kepada PM

Ditanya pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan untuk menerajui kementerian yang mencabar itu.
Quote putr@polo 17-5-2013 11:12 AM
Seragam pelaksanaan dasar

2013/05/17 - 05:33:33 AM Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi Cetak Emel Kawan
  
Nilai: Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan menyeragamkan pelaksanaan dasar bagi melonjakkan mutu pendidikan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi penggabungan itu, semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat.

Urusan lebih cekap

Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke-42 yang bertemakan 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda' di Stadium Tertutup Nilai, di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh serta dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin turut mengumumkan bahawa kementerian baru hasil gabungan dua kementerian itu akan dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, berbanding Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebelum ini, selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.

Transformasi pendidikan

Muhyiddin berkata, dengan penggabungan itu adalah usaha transformasi pendidikan supaya dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.

Sementara itu beliau berkata, pemilihan tema 'Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda' untuk sambutan Hari Guru tahun ini amat bertepatan dengan hasrat kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan.
Quote Dzulqarnain 17-5-2013 11:13 AM
Apa beza kerani sekolah dgn kerani universiti?
Quote leylapple 17-5-2013 11:22 AM
Dzulqarnain posted on 17-5-2013 11:13 AM
Apa beza kerani sekolah dgn kerani universiti?

kerani sekolah deal utk cikgu2...so kira bekerja as kerani lah..

kerani universiti deal dgn student universiti..kadang2 lagak terlebih dari lecturer...hampas!!!!



Quote putr@polo 17-5-2013 11:30 AM
Dzulqarnain posted on 17-5-2013 11:13 AM
Apa beza kerani sekolah dgn kerani universiti?

skop keja sama jer rasanya..
cuma kerani sekolah bwh SPP dan kerani KPT bwh SPA kalau tak silap..
Quote puterikhaleeda 17-5-2013 11:57 AM
patut nya pejabat pelajaran daerah.. negeri di besarkan ... yg kat atas dikuncup kan .... baru boleh dilaksana... ni kat atas tu ramai kemain... yg bagi arahan ramai yg tukang buat sorang
Quote kazaraf 17-5-2013 11:57 AM
aku cuma nampak setiap kali gabung/bubar kementerian masa rombak kabinet ni - tidak membazir ke?

Cth - gabung KPT & Pelajaran - aku rs dah membazir paling kurang LetterHead & kat mana2 tmpat ada penggunaan logo.
tu belum setting emel/website semua.

Membazir!!!!
Quote sitihawa 17-5-2013 12:02 PM
kita dengar komen pensyarah2 dan guru la, sila2 komen dulu. nanti kita orang tambah2
Quote putr@polo 17-5-2013 12:17 PM
ape plak nasib KSU kedua2 kementerian ni nanti..
siapa plak agaknyer yang kena keluar nanti ni..
Quote saladin780 17-5-2013 12:22 PM
leylapple posted on 17-5-2013 11:22 AM
kerani sekolah deal utk cikgu2...so kira bekerja as kerani lah..

kerani universiti deal dgn stu ...

ya betul..time aku stduent dulu..paling leceh adalah jika berurusan dgn staf2 bawahan ni..lagak tu kadang2 mengalahkan propeser

yg aku perasan keja dorang mau 5 6 kali sehari pegi makan kat kafe..pkl 4 55 dah berebut2 beratur depan punch kad
Quote Dzulqarnain 17-5-2013 12:23 PM
Bkn ke timb ada I & II?
- kerani dan kerana...
Quote putr@polo 17-5-2013 04:18 PM
Pelan strategik Pengajian Tinggi diteruskan di bawah penggabungan dua kementerian

2013/05/17 - 15:29:17 PM Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan terus dilaksana dan diperkukuh di bawah penggabungan dua kementerian; iaitu Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengajian Tinggi) kementerian itu, Datuk Mahamed Hussain berkata, PSPTN yang disusun rapi dengan tumpuan kepada aspek keboleh pasaran dan keboleh dapatan graduan perlu diteruskan.

"Apa yang pasti agenda pengajian tinggi akan mendapat fokus yang sama seperti sebelum ini kerana ia adalah Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang penting dalam kementerian," katanya pada majlis prapelancaran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di sini, hari ini.

Mahamed juga yakin PSPTN akan terus diperkasa di bawah kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I.

Menteri II kementerian berkenaan ialah Datuk Seri Idris Jusoh dan timbalan-timbalan menteri, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

Mengenai K3G, anjuran Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bersama Media Prima Bhd, Mahamed berkata, sebanyak 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 300 majikan agensi kerajaan dan swasta.

Karnival tiga hari bermula 14 Jun ini, akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara majikan yang mengambil bahagian ialah Majlis Amanah Rakyat (NARA), Tekun Nasional, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maybank Bhd.

Sesi temuduga secara terus turut diadakan pada hari berkenaan dan graduan digalakkan untuk membawa bersama resume, salinan sijil dan dokumen berkaitan.

Mahamed berkata, lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir, meliputi graduan lepasan ijazah, diploma atau individu yang ingin menukar pekerjaan, mendapatkan latihan kerjaya dan peluang keusahawanan.

Katanya, pengunjung boleh mula melayari portal rasmi K3G di www.k3g.com.my untuk mendaftar dan memasukkan butiran diri khususnya mengenai kelulusan, kemahiran dan pengalaman kerja.

"Butiran maklumat itu akan diberikan kepada majikan untuk memudahkan mereka berhubung terus dengan calon," katanya. - BERNAMA'
Quote Al-Patih 17-5-2013 04:26 PM
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya berharap dapat menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut menerajui Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang baru diwujudkan itu. 


dah sokong meke ...lagi nak soal tanya ...
Quote gaara_X 17-5-2013 04:31 PM
benda senang cari payahkan kerja.....nie sebab ada orang JPA ngan SPP laa nie....tak payah nak combined sepatuitnya..apo laa idea nie.....
Quote putr@polo 18-5-2013 10:54 AM
Pelan strategik pengajian tinggi terus diperkukuh

2013/05/18 - 06:17:36 AM Oleh Mohd Nasaruddin Parzi Cetak Emel Kawan
  
Kuala Lumpur: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan diperkukuh dan terus menjadi agenda utama sungguhpun Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi digabungkan.

Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Pengajian Tinggi, kementerian itu, Datuk Mahamed Hussain, berkata PSPTN yang disusun rapi dengan fokus terhadap aspek kebolehpasaran dan kebolehdapatan graduan perlu diteruskan.

Fokus sama

Apa yang pasti agenda transformasi pengajian tinggi akan mendapat fokus sama seperti sebelum ini kerana ia Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penting kementerian, katanya pada sidang media di majlis prapelancaran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Sri Pentas di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat MPB, Zuraidah Atan.

Beliau yakin PSPTN akan terus diperkasa di bawah kepemimpinan Menteri Pelajaran I, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh serta timbalan mereka, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan.

4,000 peluang pekerjaan


Mengulas mengenai K3G, Mahamed berkata, kira-kira 4,000 peluang pekerjaan dalam jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta ditawarkan pada karnival edisi kelima ini.

Karnival tiga hari bermula 14 Jun depan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan disertai lebih 300 majikan pelbagai sektor.

Antara agensi dan syarikat yang akan menyertainya, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maybank Berhad.

Katanya, karnival itu adalah sebahagian usaha kerajaan menangani isu kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan disamping wadah mengintegrasikan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mewujudkan peluang kerja dan latihan berkualiti.
Quote putr@polo 18-5-2013 10:56 AM
Utama akhlak seiring akademik

2013/05/18 - 06:11:05 AM Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin Cetak Emel Kawan
  
Kuala Terengganu: Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh akan memastikan aspek pembentukan akhlak diberi penekanan seiring pencapaian akademik cemerlang.

Beliau berkata, usaha itu perlu bagi memastikan bidang pendidikan negara mampu dipacu dengan lebih hebat dan bertaraf dunia kerana akhlak baik dan pencapaian akademik tinggi boleh membawa kesejahteraan kepada masyarakat keseluruhan.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yang menjadi antara penggerak penting mengangkat kecemerlangan pendidikan di negeri ini, berkata beliau akan melihat modul yang pernah digunakan di Terengganu termasuk pendekatan Ulul Albab yang diperkenalkannya untuk diaplikasikan dalam konteks lebih besar pada peringkat nasional.

Kesejahteraan rakyat

Paling mustahak yang ingin saya berikan penekanan bukan saja kemajuan akademik, tetapi juga akhlak. Pencapaian akademik tinggi tanpa akhlak murni tidak mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat. Apabila membangunkan masyarakat berakhlak, kita dapat melahirkan warga negara lebih bertanggungjawab.

Harapan kita adalah untuk melihat pendidikan memainkan peranan dalam mewujudkan kesejahteraan rakyat keseluruhan menerusi perancangan yang baik dan penuh strategi, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini semalam.

Katanya, kementerian berkenaan bukan saja boleh menjadi landasan menyatupadukan rakyat, tetapi juga memastikan pendemokrasian pendidikan serta menjamin masyarakat bandar dan luar bandar mendapat pendidikan sama rata.
Insya-Allah, saya akan gunakan pengalaman dan apa yang sudah dilakukan untuk Terengganu, tetapi memerlukan masa bagaimana mahu diterapkan dalam konteks nasional. Ini kerana apa yang baik untuk Terengganu berbeza dengan peringkat nasional yang konteksnya lebih besar berasaskan kepelbagaian kaum termasuk di Sabah dan Sarawak, katanya.

Mengenai dakwaan ada sekolah di Pulau Pinang tidak membenarkan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi negeri ketika perhimpunan di sekolah, Idris berkata, kementerian belum menerima laporan mengenai perkara itu, tetapi akan menyiasatnya.
Quote Muntz 18-5-2013 10:56 AM
kazaraf posted on 17-5-2013 11:57 AM
aku cuma nampak setiap kali gabung/bubar kementerian masa rombak kabinet ni - tidak membazir ke?

...

Betul tu. Paling aku rasa impak terhebat ialah Kementerian Penerangan, sbb of course Jabatan Penerangan nanti kena tukar nama lain jadi Jabatan Komunikasi. Itu melibatkan sangat banyak perubahan dan memakan kos yg agak signifikan besarnya.
Quote kazaraf 18-5-2013 11:18 AM
Muntz posted on 18-5-2013 10:56 AM
Betul tu. Paling aku rasa impak terhebat ialah Kementerian Penerangan, sbb of course Jabatan Pener ...

hehe sepatutnya jab2 kerajaan ni pakai logo Jata Negara je. tak perlu logo sndiri.
Gabung/Pecah kementerian - nak kena buat logo lain. nk ganti signboard lah apa lah..
letterhead lagi, website, emel setting... kan dah banyak bazir kt situ..
hehe

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059920 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top