CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilema Peniaga Pisang Goreng

19-8-2014 03:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13761| Komen: 115

Dilema Peniaga Pisang Goreng


Mohd Salleh unjukkan keledek goreng dan keropok lekor yang dijual di gerainya di Labis sebagai altanatif kepada pelangan berikutan tiada bekalan pisang untuk dijual.

LABIS – Kekurangan bekalan pisang dan kenaikan hasil tanaman tersebut secara mendadak melebihi 100 peratus sejak lebih sebulan lalu menjejaskan pendapatan peniaga pisang goreng di kebanyakan tempat di sini.

Pekebun, Mohd Fahmi Idris,58, berkata, banyak faktor menyebabkan bekalan pisang berkurangan di pasaran antaranya musuh tanaman seperti monyet dan babi hutan yang tidak terkawal serta penyakit beberapa jenis tanaman pisang.

“Selain itu, tidak ramai berminat menanam pisang disebabkan gangguan binatang liar, keadaan cuaca tidak menentu dan lain-lain lagi antara faktor penyebab bekalan pisang semakin berkurangan di sini.

“Pihak berwajib terutamanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) harus membantu penduduk kampung untuk mengawal haiwan perosak tersebut dengan lebih serius terlebih dahulu sebelum menyimpan hasrat menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri seakan serik untuk menanam pisang disebabkan tidak mampu mengawal monyet dan babi hutan yang memusnahkan tanaman seawal anak benih ditanam hinggalah ke peringkat hendak menuai hasil.

Terdapat juga pekebun yang terpaksa ‘berperang’ dengan babi hutan kerana pagar dawai duri yang dipasang tidak memadai menghalang haiwan tersebut yang sering datang pada waktu malam memusnahkan tanaman.

Peniaga, Mohd Salleh Misnan, 50, berkata, pendapatannya menyusut hampir 50 peratus berbanding sebelum ini akibat tidak dapat menjual pisang goreng kerana tidak mampu mendapatkan bekalan pisang.

“Sejak berniaga lebih 10 lalu, pisang goreng merupakan jualan utama saya selama ini dan kesukaran mendapatkan bekalan pisang sekarang membuatkan pendapatan saya terjejas teruk kerana terpaksa bertukar kepada jualan keledek goreng dan keropok lekor buat sementara waktu.

“Saya terpaksa mencari pisang di Muar, Batu pahat dan Pontian, namun bekalan yang saya dapat terlalu sedikit dan tidak mampu menampung keperluan jualan saya setiap hari dan harga pisang di pasaran seperti pisang tanduk juga turut melambung,” katanya.

Salleh juga turut bimbang nasibnya dan rakan peniaga lain jika keadaan ini berterusan kemungkinan dia mungkin tidak boleh lagi menjalankan perniagaan yang telah menjadi punca keluarganya sejak lebih 20 tahun lalu.

Pada masa sama, dia berharap masalah ini mendapat perhatian dari mana-mana pihak berkenaan untuk mencari punca yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan, seterusnya usaha mengatasi masalah tersebut dapat dilakukan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 19-8-2014 12:11 PM
Banyak kes yang hasil tanaman seperti pisang yang di curi dari kebun......Mungkin itu salah satu faktor yang berkurangnya hasil tanaman.
Quote cmf_kunyit 19-8-2014 12:13 PM
cite pisang,keledek,sukun bla..bla mcm ni pon nak bukak benang...adusssssss
Quote GhostWalking 19-8-2014 12:19 PM
cmf_kunyit posted on 19-8-2014 04:13 AM
cite pisang,keledek,sukun bla..bla mcm ni pon nak bukak benang...adusssssss
Kekurangan bekalan pisang dan kenaikan hasil tanaman tersebut secara mendadak melebihi 100 peratus sejak lebih sebulan lalu menjejaskan pendapatan peniaga pisang goreng di kebanyakan tempat di sini.

Betul, sebab isunya kekurangan bekalan dan kalau ada yang nampak benda ni sebagai peluang untuk yang ada tanah boleh la rerajin mengerjakan tanah yang ada untuk menampung kekurangan ini.Peluang untuk siapa yang berminat untuk mengatasi masalah2 yang di sebut juga bagi penanam pisang.

Pekebun, Mohd Fahmi Idris,58, berkata, banyak faktor menyebabkan bekalan pisang berkurangan di pasaran antaranya musuh tanaman seperti monyet dan babi hutan yang tidak terkawal serta penyakit beberapa jenis tanaman pisang.

“Selain itu, tidak ramai berminat menanam pisang disebabkan gangguan binatang liar, keadaan cuaca tidak menentu dan lain-lain lagi antara faktor penyebab bekalan pisang semakin berkurangan di sini.

Quote pittjie 19-8-2014 12:20 PM
tanam pisang .. manjang kena curi je. nak buat barb wire la kat kebun tu.
Quote drivethru 19-8-2014 12:20 PM
Lagi satu pisang mudah dpt penyakit. Xtau ape name nyer, tp ade bintik2 hitam kat kulit tu.

Kat area ulu bendul byk org jual pisang. Aku kalo blk kpg, mmg borong pisang kat situ. Pisang tanduk n pisang nangka jd pilihan. Kalo goreng n buat pengat mmg sdp.

Mcm mane kat n9 sng dpt pisang. Monyet n babi xde ke? Adakah sbb @Anak_Nogori dh tembak sekor-sekor.
Quote ninja boy 19-8-2014 12:26 PM
manusia dan haiwan seolah2 bersaing mendapatkan pisang gituh, haiwan mau percuma, manusia kena berkos,
Quote Anak_Nogori 19-8-2014 12:29 PM
drivethru posted on 19-8-2014 12:20 PM
Lagi satu pisang mudah dpt penyakit. Xtau ape name nyer, tp ade bintik2 hitam kat kulit tu.

Kat a ...

Mmmmmmmm..tu tentu kebun mereka dekat ngan rumah..leh pantau..kalau kebun jauh..mana larat nak pantau monyet yg banyak tu.

saya pun tanam pisang gak...monyet takut sebab saya ada senapang..tak kesian dah kalau dia kacau hasil pisang saya..saya bedil sekor2.

lani nak buat satu program tembak monyet...libatkan rela, yb dan tokey anjing..anjing diperlukan utk buru monyet...bila monyet nampak anjing...dia naik pokok...atas pokok mudah kami tembak berkecai otaknya...kalau tak ada anjing...jenis monyet beruk ni..dari atas pokok dia turun..dah atas tanah kami takut nak tembak..takut kena org plak...jadi anjing diperlukan..
Quote clarizsa 19-8-2014 12:29 PM
monyet mmg... sesaja jahat rosakkan tanaman... orgtua kt kg pun mengeluh x sempat merasa hasil buah buahan kat dusun nun...



uish keledek goreng cam best je...
Quote salimrock 19-8-2014 12:29 PM
mattzzx posted on 19-8-2014 12:11 PM
Banyak kes yang hasil tanaman seperti pisang yang di curi dari kebun......Mungkin itu salah satu fak ...

abis kalo curik pun dia wat apa...jual balik kt peniaga goring pisang kan?

curik dari pekebun..jual pada peniaga ..

takkan dia nak jual pada industry biodiesel...
Quote batmana 19-8-2014 12:30 PM
psl penguatkuasaan senapang angin tu..
kene rampas klu ada tnpa lesen.

ramaila org kampung hanya mampu tgk aja monyet2 bersuka ria atas tanamannya.

tu pun salah satu fktor.

mu kalu nk pnggil org jabatan haiwan dtg , kirim salaamla, lainla ko mak mentua ketua jabatan haiwan, barula dia gigih nk dtg.
Quote kluangman 19-8-2014 12:33 PM
Hutan diteroka menyebabkan porky pinky hutan ni takde tempat nak cari mkn dan menyerang kebun org kg.
Quote shamsadis 19-8-2014 12:35 PM
teringat dulu forumer tegar PAS...pasal dinar emas...dok pung pang pung pang soh kerajaan pakai dinar emas...pastu aku tanya, nak beli pisang goreng RM2.00 pakai dinar besar mana terus senyap tutup kepala keluar rumah pakai purdah beli keledek goreng tak beli pisang goreng...miss that moment
Quote fcl29 19-8-2014 12:39 PM
mattzzx posted on 19-8-2014 12:11 PM
Banyak kes yang hasil tanaman seperti pisang yang di curi dari kebun......Mungkin itu salah satu fak ...

betul... ayah aku pon ada kebun pisang... hasil2 dicurik oleh org2... biasanya time semayang jumaat dorg wat keje mencurik...
tanam pisang ni untung sbb bnyk permintaan...
Quote mattzzx 19-8-2014 12:44 PM
salimrock posted on 19-8-2014 12:29 PM
abis kalo curik pun dia wat apa...jual balik kt peniaga goring pisang kan?

curik dari pekebun.. ...

Betul tu...tapi penanam pisang tu akan mengalami kerugian akibat selalu sangat di curi, jadi mungkin dia tak akan menanam pisang lagi di masa akan datang, itu pasal penawaran pisang akan berkurangan...

Quote mattzzx 19-8-2014 12:45 PM
fcl29 posted on 19-8-2014 12:39 PM
betul... ayah aku pon ada kebun pisang... hasil2 dicurik oleh org2... biasanya time semayang jumaa ...

Memang lah untung tapi kalau dah selalu sangat kena curi mana nak dapat untungnyaa....

Quote zjen 19-8-2014 12:47 PM
sejak iols tahu cara goreng plastik dlm minyak dahulu sebelum goreng pisang, lekor dsb nye spy lebih rangup,  dah lama iols tak berani beli makanan ringan goreng kat tepi jalan

http://penjualcendol.blogspot.co ... k-taktik-licik.html


termasuk kepsi mekdi iols pon dah lama boikot,  sbb cawangan dorg bnyak, mana tahu sesetengah kedai dia ketua mintak staff dia goreng dgn cara camni
Quote salimrock 19-8-2014 12:48 PM
mattzzx posted on 19-8-2014 12:44 PM
Betul tu...tapi penanam pisang tu akan mengalami kerugian akibat selalu sangat di curi, jadi mungk ...

benar juga kata mu itu....


Quote kikuri 19-8-2014 03:22 PM
bukan stakat kene curi orang je...kene curik ngan monyet lagik..mak mertua aku dulu antara pembekal pisang nak-nak time raya orang nak buat kerepek pisang....time posa jual daun pisang pon laku....skang dah malas sebab pisang asik kena curik dek monyet je....
Quote nurul_akmar 19-8-2014 04:19 PM
sedapnya pisang goreng.

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.068060 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top