Ibu saudara tenang walau jenazah Firdaus lewat
Muhamad Firdaus Abdul Rahim TELUK INTAN - Berita kelewatan tiba jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim, diterima dengan hati yang tenang oleh keluarga ibu saudara mangsa nahas MH17 itu. Rohani Che Embi, 70, berkata beliau mengetahui perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakak Muhamad Firdaus yang kini berada di Amsterdam pada kira-kira 10.30 pagi tadi. "Apabila terima SMS itu, saya sedih namun saya reda. Kami tidak membuat apa-apa persiapan penerimaan jenazah memandangkan semuanya dijalankan oleh Pejabat Daerah Hilir Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa agensi lain," kata Rohani kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini. Beliau berkata wakil dari pejabat daerah juga ada bertemu keluarganya bagi memaklumkan persiapan penerimaan jenazah serta upacara pengebumian.
Katanya, jenazah Muhamad Firdaus, 27, akan disembahyangkan sama ada di Masjid Seri Setia atau Masjid Taqwa di sini sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Jalan Sultan Abdullah. Sementara itu, Pengerusi (1) Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak Shuib Bahari berkata pihaknya sudah melakukan persiapan bagi pengebumian jenazah Muhamad Firdaus. "Kami sudah bersedia awal-awal lagi dan bersiap sedia untuk menyempurnakan upacara pengebumian jenazah Muhamad Firdaus, tak kira siang atau malam," katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=49 |
9
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT