CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Sembunyi-Sembunyi Dengan Penguat Kuasa

26-8-2014 05:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4878| Komen: 15

Main Sembunyi-Sembunyi Dengan Penguat Kuasa


Seorang pekerja warga asing sanggup bersembunyi dalam tong dram di tapak pembinaan elak ditahan pihak berkuasa.


JOHOR BAHRU - Seramai 185 warga asing diperiksa Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan ops sapu di tapak pembinaan di Jalan Wong Ah Fook, di sini, Sabtu lalu.

Hasilnya, seramai 150 lelaki dan enam wanita warga asing berusia 19 hingga 43 tahun ditahan dalam serbuan sekitar jam 10.50 pagi itu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan merupakan warganegara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

“Operasi diketuai oleh saya ini disertai pegawai dan anggota Imigresen dari Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar sambil dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Johor.

“Ketika serbuan dilakukan, kami didatangi lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai pengurus tapak projek. Selepas memperkenalkan diri, kami melakukan pemeriksaan ke atas warga asing dan menahan mereka yang didapati melakukan kesalahan,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat segelintir warga asing cuba lari untuk meloloskan diri malah ada yang sanggup terjun dari tingkat dua projek tapak binaan selain bersembunyi di dalam tong dan celah rangka besi namun gagal dan berjaya ditahan pihaknya.

Katanya, warga asing terbabit ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/64; Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika,” katanya.

1

Bagus
9

Marah
15

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 26-8-2014 01:59 PM
JIJ-Jabatan Imigresen Johor
Asal boleh je derang ni sembunyi kan.Sah2 tong takde penutup senang nak jumpa
Quote ninjago 26-8-2014 02:03 PM
gile la tajuk takleh blah. hahahahhaaa
Quote ip_lepat 26-8-2014 02:06 PM
tajuk kelakar betoiiii
Quote nexusys 26-8-2014 02:07 PM
imigresen dan undang2 dipersalahkan pd pendapat aku.
Quote lululun 26-8-2014 02:33 PM
lol.. tajuk gempak tu
Quote ais_kosong 26-8-2014 03:20 PM
huwaaaaaaaaaaaaaaaaa kami tertipu
Quote missdahlia 26-8-2014 03:23 PM
tajuk x blh blah
Quote ida88 26-8-2014 03:36 PM
Abishek bacan
Quote mattzzx 26-8-2014 05:10 PM
Tajuk bikin gempak sajee...rupanya mat bangla....
Quote ang_bess 26-8-2014 05:21 PM
tajuk x menahan..hahahaaa
Quote brums08 26-8-2014 05:31 PM
Betul2 ingat abishek tadi.
Quote kenarikelabu 26-8-2014 05:35 PM
Diorang ni nk nyorok2 apsal....jangan takut. Kena tangkap imigresen pun nnt makan tanggung berak cangkung la. Kerajaan Mulesia tak penah seksa tahanan asing punya
Quote GhostWalking 26-8-2014 07:05 PM
Rambut sama

Quote mak_wa95 26-8-2014 11:24 PM
aduiii la...abishekk...
Quote mommymonster82 26-8-2014 11:31 PM
Marah abishek klu dia faham bm

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.176917 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top